SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, October 27, 2010

SE"HARU-BIRU" HARI INI

~~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~

27 Oktober 2010, aku melalui hari yang mendebarkan. Tersumbat di telingaku tika ini ialah lagu "SEBIRU HARI INI". Pandai2 jer aku ubah tajuknya menjadi tajuk entri ini. SE"HARU-BIRU" HARI INI... hohoho

Hari ini aku telah menyelesaikan agenda paling mendebarkan iaitu pembentangan Projek Tahun Akhir atau dalam istilah kami di UIA ni Final Year Project (FYP) =p Sesungguhnya terus-terang aku katakan, aku kurang berpuas hati pabila menjawab soalan penilai. Balik dari pembentangan, hati memberontak. Degupan jantung laju jer. Dahi berkerut2. Dan minda terkenang2 detik2 yang dihadapi di bilik pembentangan. Dan dalam keadaan begini, aku memilih untuk diam memanjang.

Diam-diam aku ni, gelora perasaan dalam kondisi "tarik-menarik". Sebelah hati ingin marah2 saja. Ingin saja dilontarkan keluar. Dan, sebelah hati memujuk2. Memilih untuk beralah dan melepaskan apa yang sudah pergi dengan redha.

Tatkala itu, teringat sebelum pembentangan tadi, aku menadah tangan, berdoa kepada Ilahi. Sesungguhnya aku telah berusaha dan melakukan persiapan dan penghadaman semampu aku, MAKA AKU BERTAWAKKAL KEPADAMU, YA ALLAH~~~

Akhirnya, aku melakukan terapi ke atas diri sendiri untuk meredakan gelojak jiwa. Sampai2 jer bilik, solat Asar....lalu merenung sejadah. Pastu, naik atas katil dan "menguburkan" diri dengan segala bantal, selimut dan comforter yang ada....buat2 tidoq, pusing kiri, pusing kanan...selama 1 jam...

Selama itulah, aqal mula berbicara:

KALAU SUDAH TAWAKKAL, TIDAK HARUS BEGINI.
LEPASKANLAH...
ITULAH YANG TERBAIK YANG KAMU SUDAH LAKUKAN.
YA, KAMU MERANCANG,
SEBAIK2 PERANCANGAN MILIK SIAPA???
SEGALANYA MILIK ALLAH =)
LEPASKANLAH...BIARKAN IA PERGI.
JADIKAN IA PENGALAMAN UNTUK PELAJARAN SEPANJANG HIDUP.

Ya, baeklah....lagipun bukannya kerana satu soalan itu hancur perancangan hidup! Haishhhh...silalah rasional dan waras! >_< :: Terima kasih kepada kawan2 yang melepak tadi. Lame dah tak melepak. Perbualan sampai pecah perut jadi ironi plak yer. (ironi ke? haha) Kepada KAMU, ya KAMU, bersabarlah dan semoga ALLAH bantu kamu juga. Nah, hadiah buat kawan2 lepak sekalian. Kalo datang musim tensyen, sila jemput untuk melepak lagi...::

*terbukak plak crita kat matrik ye* hahaha*



Coretan HIKAYAT BUNGA di: www.raufasufrina87.blogspot.com

Saturday, October 23, 2010

DR. AAFIA SIDDIQUE

:: BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM ::

Salam. Sekembali dari usrah dari Masjid As-Syakirin KLCC ke bilik kolej kediaman, sahabat sebilik memberikan sehelai artikel yang dia dapat di pasar malam. Saya membelek-belek sumber arikel itu, rupa-rupanya artikel dari satu NGO. Melihat nama NGO itu, saya hampir tawar hati untuk membaca. Namun pabila sahabat saya ini menyatakan: " Fa, kite tak tahu pun kisah ni." Maka, tergeraklah hati ingin membacanya.

Dr. Aafia Siddique. Siapa dia? Hati wanita saya terganggu dan sedikit tercabar. Benarkah kisah yang saya baca ini. Jari jemari terus memanggil En. Google untuk memastikan berapa luas liputan berita mengenai beliau tersebar di dunia ini....Ya, ia bukan berita lapuk. Ayuh, saya mengajak kalian membaca kisah DR. AAFIA SIDDIQUE...



Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).



Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri.

Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.


5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.



Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang
• Semua gigi beliau telah dicabut
• Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna
• Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

“ Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)


Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan dibawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh.

Pautan: CINA ISLAM


Coretan HIKAYAT BUNGA di: www.raufasufrina87.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

:: ILAIKA ::


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat Tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).


(antara bait2 syair Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)

~~NOTA CINTA~~


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

Tuesday, October 12, 2010

BAM! BAM! BAM!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hohoho...mood saya malam ni ialah......SERABUT!!!
Mintak maaf Enche Masa...saya perlu mengeluarkannnya di SINI.
Ya! Di SINI!
Saya berada dalam Zon Amaran sekarang ni. Kenapa?
Kerana saya harus terkejar-kejar di sekitar Kulliyyah Engin tu,
rajin-rajin naik turun lif dan tangga.........
DAN MENGEJAR DEADLINE ataupun TARIKH MATI!! huh? hehe

Malam ni, saya KEMPUNAN kelas Talaqqi Ustaz Muhadir dan tertekannya saya...!
Kalau ada senapang atau pistol depan mata saya ni, mungkin sayalah pembidik yang terhebat??
Hahaha...satu persatu BEBANAN TUGASAN ini akan saya tembak!!!
BAM! BAM! BAM!
Maknanya...FINISH THEM and SUBMIT!!!
Tapi, jadi burung merah ni best gak...ada gaya pejuang! =D



Maaf, fikiran saya kucar-kacir
Maka terhasillah ayat kucar-kacir
3 minggu lagi...akan bermulalah Peperiksaan Akhir Semester....
Perasaan saya melalui hari2 saya sungguh bergelora...
Kenapa?
Kerana saya di Tahun Akhir ini boleh tahan juga tunggang langgang yang disediakan...
Tadi petang baru selesai mendaftar subjek semester depan
Rasa lapang sedikit kerana tinggal BAKI2 subjek yang perlu dipenuhi...
ALLAHU ALLAH!
MUDAHKANLAH!!!

Yang paling saya ******* (isi je ikut suka) ialah NAFSU!
Nafsu mahu sahaja mangajak saya bersenang2,

padahal kerja melambak2! berlonggok!
Syukur saya dipandu IMAN dan AKAL yang WARAS
agar mengagalkan rancangan si NAFSU keparat tuh!
DAN
Rakan2 sebiliknya yang bila aku perhatikan
sedikit sebanyak membangkitkan semangat blaja!

Ya ALLAH, permudahkanlah mujadahadah ini....
Tiada kumampu dan tiada kuberdaya
tanpa pimpinan,
tanpa kekuatan,
tanda petunjuk dariMu...
Berikanlah kebaikan2 pada usaha2 yang telah kulakukan selama ini...
dan
Jadikanlah hambaMu ini seorang HAMBA yang BERSYUKUR...
AMEEN

Thursday, October 7, 2010

BARUK FAHAM MAKNA "BONGGOL-BONGGOL"

Bismillahirrahmanirrahim...

Kawan-kawan yang disayangi, ketika saya masih berusia belasan tahun, saya pernah terbaca satu hadith yang tergaris dalam hal ehwal tabarruj bagi golongan wanita. Ketika itu, saya tidak memahaminya walaupun sudah ditanya dengan ustazah2 di sekolah.

Abu Hurairah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka (wanita) pula terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti... bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.

(Hadith riwayat Muslim)



Tahun berganti tahun, dunia fesyen di Malaysia mula mengabadikan pelbagai jenis fesyen termasuk busana Muslimah....ermm.."busana Muslimah" lebih tepatnya. Saya memerhatikan dunia sekeliling dalam ruang lingkup dunia kampus saya. Anak2 gadis di sini tidak ketinggalan mengikuti fesyen2 yang ada sehingga saya sendiri pening dengan penampilan yang ditonjolkan.

Suatu ketika, saya melahirkan sebuah pantun ketika dalam perjalanan kembali ke hostel dari kelas. Dan hari itu saya melihat penggayaan tudung pelbagai rupa.


Perasaan sebenarnya ialah kasihan melihat tudung seolah2 dipermain2kan. Lebih tepat lagi SYARIAT itu diperkotak-katikkan. Dalam hati saya geram.

Dalam seminggu dua ni pulak, saya melayari Facebook. Dan saya gemar membaca "link" tentang apa2 artikel dan tulisan. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah mengenai artikel sanggul seperti bonggol-bonggol unta. Terus saya imbas kembali saat2 saya di sekolah dan menghubungkaitkan dengan artikel yang saya baca itu. Kini, jelaslah dengan pemerhatian saya di kampus ini, mengenai bonggol2 unta yang menjadi penghias kepala2 muslimah kita di sebalik hijab yag mulia. Astaghfirullahal a'zim...


Wahai wanita, tidak kasihankah melihat dirimu sendiri? Demi kecantikan yang diidam2kan (cantik ke buat sanggul tinggi2 nih?) dan demi memenuhi peredaran zaman, PESANAN Nabi ditolak tepi.

Payung bukan sebarang payung,
Payung diputit berayan-rayan,
Tudung bukan sebarang tudung,
Cantiknya biarlah sampai ke Tuhan...


Sahabat2 muslimah, jangan cemarkan identiti Islam yang kita bawa dalam pemakaian dan imej kita. Takut2 akhirnya tanpa kita sedar tatkala orang lain memperlekehkan agama kita, puncanya adalah kerana diri kita sendiri. Jadi HAMBA yang mematuhi fitrah yang dicantikkan dengan syariat agama kita. INGAT! AGAMA TIDAK PERNAH MEMBEBANKAN UMATNYA...

Hanya nafsu manusia ini memilih untuk melawan kehendak dan peraturan Tuhan. Dan akhirnya, ada janji Allah yang menanti kerana kelalaian kita.

Ampunkan kami, ya ALLAH...(T_T)

Wednesday, October 6, 2010

SEBELUM ISYA'

Bismillahirrahmanirrahim...

Mencuri lagi masa sementara menunggu Isyak.
Kasihan laman sesawang saya ni, dijadikan tempat saya ditekan masalah.
Marilah saya jadikan ia "taman bunga" indah, seperti bunga2 yang sedang tumbuh di dalam hati.
Ewah! Pandey aku mengayat duhal...hee =p

Hmmm...syukur pada ALLAH...Alhamdulillah..
Saya terfikir, betapa HIDUP ini HIDUP pabila ada naik dan turun.
Melihat tempoh 2 minggu ini, seminggu pertama saya dalam keadaan sungguh tertekan dan sedikit keciwa...
Sekejap masa berlalu, Allah berikan saya minggu yang membahagiakan...

Melalui minggu yang penuh warna, macam2 berita yang didengar:
KELAHIRAN & KEMATIAN,
KEGAGALAN & KEJAYAAN,
PERTEMUAN & PERPISAHAN.
Semuanya mengumpul harapan dalam setiap doa.
Mengharap semuanya dalam REDHA YANG MAHA ESA...


Apa yang penting sekarang, harus lebih fokus dan rajin dan menyiapkan semua tugasan Tahun Akhir ini...Kuatkanlah hatiku ya RAB!!

Semoga diri ini menjadi hamba yang INGAT padaNYA ketika SUSAH mahupun SENANG..
ALLAHU RABBI, ALLAHU A'ZIM
(n_n)"