SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, December 30, 2010

TITIPAN TAHUN BARU 2011


Esok satu dunia bakal menghadapi tahun baru, tahun 2011. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2010. Ramai juga di kalangan manusia serata alam berazam memanfaatkan hari terakhir 2010 ini dengan pelbagai agenda dan acara.

Senario yang dijangkakan bakal berlaku hari ini ialah perhimpunan anak2 muda dan anak2 tua di beberapa lokasi utama di bandar2 dan kota2 setiap negeri. "Count Down" adalah agenda utama seperti kebiasaan apabila tahun baru. Kemudian, sering kali agenda seterusnya ialah mencari hiburan. Ketika ini, artis2 kita laku menjadi jemputan di lokasi2 tertentu.

Sebenarnya, berhimpun dan berhibur di tahun baru ini tiadalah salah. Semangat tahun baru katakan. Seperti juga kita nak menontong wayang. Menonton wayang di pawagam itu tidak salah sama sekali. Namun, kedua2 hal ini dipandang serong, dilihat senget, dan digambarkan sebagai satu kesalahan kerana CARA kita meraikannya. Minta maaflah jika saya katakan pada hari kebesaran seperti ini kemaksiatan itu lebih tampak kelihatan daripada kebaikan hasil daripada mengadakan perhimpunan seperti ini. Saya tak payah cakap pun anda sudah tahu.



Andai beginilah gayanya, bagaimana agaknya Rahmat Allah itu nak sampai pada kita padahal kita sering berhajat, berdoa dan memohon agar dikurniakan tahun yang lebik baik dari tahun2 lepas. Takut....takut akhirnya bukan Rahmat yang kita dapat, tapi sebaliknya KEMURKAAN dariNYA.

Berkongsi sedikit dari pengajaran kisah Hijrah umat Islam ke Madinah. Antara satu sebab ALLAH perintahkan umat Islam berhijrah ialah untuk menyelamatkan aqidah mereka. Suasana kota Makkah ketika itu yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran tidak mungkin memberikan suasana yang lebih baik untuk umat Islam yang baru memeluk Islam. Dan sesungguhnya, kejahatan dan kemaksiatan itu TIDAK BOLEH bercampur dengan KEBAIKAN. Ibarat cahaya tidak boleh bercampur dengan kegelapan, begitulah juga kebaikan tidak boleh bercampur dengan kemungkaran.

Ayuh, marilah kita pastikan sambutan tahun baru 2011 kali ini walau di manapun anda berada, sambutlah dengan rasa kesyukuran tanpa perlu mengundang kemurkaan Tuhan. Maka dengan itu, saya ingin mendedikasikan entri kali ini buat abang saya dan sahabat2 HAWARIAN juga semua pihak yang menjayakan MALAM GEMILANG NASYID SARAWAK 2010. Semoga usaha untuk menukar kiblat sambutan tahun baru di kalangan anak2 muda dan anak2 tua ini diteruskan untuk masa akan datang.


Selamat Tahun Baru 2011 ^__^

1 comment:

wafa said...

thank you vey very vey much! :)