SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, December 23, 2010

NILAI AIR MATAMU

Berapa nilai air matamu? Sejenak saya terfikir bilakah kali terakhir saya mengalirkan air mata. Sempena bulan Muharram 1432H ini, semangat dan azam tahun baru haruslah dikekalkan momentumnya. Ingin berhijrah, maknanya ingin berubah. Berubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Dan sungguh! Proses melaluinya pasti melalui saat2 sakit dan ujian yang cuba mencantas kekuatan hati.

Menangis tidak pernah sekali2 bermakna dayus atau lemah di mata Tuhan. Berhijrah dari kehidupan yang dilumur dosa dan ingin kepada kehidupan yang disinari redha Tuhan pasti membuatkan air mata penyesalan itu mengalir....seikhlas hati.

Air mata...berapa nilai air matamu?? Kitalah yang mampu memilih nilai air mata kita. Sedikit ingin saya kongsikan dari laman ::AS-SHIFA:: buat hidangan muhasabah di malam Jumaat ini.


Jenis-jenis air mata

Mengikut
Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan..

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4) Menangis kerana gembira
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu rasa sedih
7) Menangis kerana rasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9) Menangis kerana mengikut orang lain menangis
10) Menangis orang munafik > pura-pura menangis

" ... dan bahasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"

(An-Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang mencipta ketawa dan menangis serta mencipta sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil namun tidak pernah kering walaupun ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Ia seperti sungai yang mengalir ke sungai tanpa henti-henti. Rasanya kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada tangisan yang yang sangat cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek- robek pakaian.
Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : " Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya daripada api neraka . Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan , apabila seorang daripada suatu kaum itu menangis maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan rasa hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan olehnya. Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum air mata Nabi Adam a.s lalu berkata "Manis sungguh air ini ". Nabi Adam a.s terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu baginda memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Nabi Adam. Allah mewahyukan, " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air yang lebih lazat daripada air mata taubatmu".

Air mata yang tidak dituntut

Janganlah kita sesekali menangis jika tak tercapai cita-cita.Bukankah Allah telah menentukan semuanya?
Janganlah menangis kerana menonton filem sedih atau sebagainya.Semua itu hanyalah lakonan.
Janganlah juga menangis kerana cinta tak terbalas.Mungkin dia bukan jodoh yang telah Allah tentukan untuk kita.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan munkin kita kurang membuat persediaan ataupun perkata tersebut merupakan perkara yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.
Jangan juga menangis jika wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita jarang melakukan amalan bersedekah.
Janganlah juga menangis jika tidak dinaikkan pangkat atau sebagainya .Kita sepatutnya harus yakin bahawasanya rezeki itu pemberian Allah.


Oleh itu,
simpanlah air mata kita semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati kita hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T.
Menangislah agar air mata itu membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2.

Moga2 kita juga akan mendapat keampunanNya.

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda :

" Ada dua jenis mata yang tak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut akan Allah S.W.T dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

" Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat, seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah S.W.T lalu bercucuran air matanya.

" Jika tubuh seseorang hamba gementar keran takut kepada Allah, maka akan berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.


Salman Al-Faarisi r.a berkata:

Aku dibuat menangis atas 3 perkara iaitu:

1) Menangis kerana berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke Syurga atau Neraka.



Air mata tanda rahmat Allah

Rasulullah s.a.w bersabda: " Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara,

1) Apabila dahinya berpeluh

2) Air matanya berlinang

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal- hal tersebut menandakan rahmat Allah untuk si mati.
Kesimpulannya, sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu

- Dosa- dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai air mata kita.
Betul ea....Kadang-kadang terfikir juga kelakar betul jika mata kita bengkak kerana menangis disebabkab plot cerita yang sedih..hero atau heroin mati , menangis kerana peserta kesayangan kita terkeluar daripada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia atau sebagainya....hehe :)
Jadi, marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah dan supaya air mata kita yang menitis adalah air mata yang dituntut.Aminn...

No comments: