SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, December 15, 2010

MEMAKNAI PUASA HARI ASYURA

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

Malam 10 Muharram yang membahagiakan. Kerinduan pada limpahan mutiara itu berlabuh di Masjid Taman TAR, Ampang setelah tertahan berbulan-bulan. "Aiwahhhhhhhhh" - perkataan Arab ini menerbit senyum di bibir saya setiap kali dilafazkan Tuan Guru Sheikh Fuad. Pengisian yang ditunggu2 ialah mengenai Hari Asyura. Maka, saya titipkan di laman ini kisah2 Hari Asyura yang telah disebut2kan oleh Tuan Guru sebagai tanda kita meraikan Hari Asyura.

Daripada Sheikh Abdul Qadir Jailani : Hari Asyura ialah hari kegembiraan dan kesyukuran kerana pada hari ini Allah telah menyelamatkan kekasihnya Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun.

Rasulullah s.a.w. apabila sampai ke Madinah, Baginda mendapati orang2 Yahudi berpuasa pada satu hari 10 Muharram. Apabila ditanya Nabi, hari apakah kamu berpuasa hari ini? Mereka menjawab, hari ini ialah hari mulia & hari agung. Di sinilah timbulnya persoalan bila sebenarnya mahu dimulakan puasa Hari Asyura.

Maka sabda Rasulullah saw : "Puasa Hari Asyura menghapus dosa setahun yg sebelumnya" Shahih Muslim hadits no.1162). Dalam madzhab Syafii (madzhab kita), berpuasa adalah pada 9 & 10 Muharram, kerana Imam Syafii berfatwa terdapat hadits Rasulullah s.a.w : "Jika aku menjumpai tahun yg akan datang aku akan berpuasa 9 dan 10 muharram". Namun beliau wafat dan tidak sempat melaksanakan puasa 9 - 10, namun Imam syafii berfatwa bahwa puasa 9-10 jauh lebih berhak dilakukan, demi tidak menyamai Yahudi yg berpuasa hanya pada 10 Muharram saja, kerana Rasulullah s.a.w mengajarkan untuk tidak menyamakan diri dengan Yahudi dan Nasrani.

Sebagai umat Muhammad, kita mesti gembira dengan apa yan terjadi dengan para kekasih ALLAH. Namun di hari ini, kebanyakkan manusia merasakan mengapa perlu meraikan Hari Asyura padahal kami umat Muhammad, bukan umat Musa. Maka, kalau kita tidak gembira dengan Nabi Musa, mana mungkin kita nak merasakan ada hubungan dengannya. Jadi, hadirnya kita di malam ini tanda kita ada hubungan dengan Nabi Musa. Kalau kita mengasihi Rasulullah s.a.w, maka kita juga perlu meraikan orang2 yang diraikan oleh Baginda.

Hari Asyura juga disebut sebagai hari Nabi Musa manakala bagi Rasulullah s.a.w disebutkan Hari Arafah itu sebagai hari Nabi Muhammad. Apabila dikatakan sunnah Nabi itu, maka ia terbahagi kepada 3 bahagian: Sunnah perbuatan, ucapan dan takrir (penetapan satu perkara oleh Nabi Muhammad sekalipun tidak dilakukan oleh Baginda).

Disebut2 juga "sunnat muakkad" bermakna sunnat yang dilakukan oleh Nabi dan tidak pernah Baginda tinggalkan. Manakala istilah "sunnat ghair muakkad" bermakna sunnat yang sekali sekala Nabi tinggalkan. Maka, puasa Hari Asyura ini jatuh dalam sunnat muakkad kerana sepanjang hayat Baginda tidak pernah Baginda meninggalkan puasa Hari Asyura.

Maka, seandainya kita tidak memahami makna Hari Asyura, selama itulah kita merasakan tiada kaitan dengan Nabi Musa. Ditanya lagi, kenapa meraikan Hari Asyura padahal ia bukan hari Nabi Muhammad? Kerana pada Hari Asyura Nabi s.a.w. MEMERINTAHKAN para sahabat berpuasa & Nabi juga berpuasa. Maka sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan ke atas orang Islam, telah difardhukan terlebih dahulu puasa Hari Asyura dan puasa Hari Asyura kekal kefardhuannya sehingga hari akhirat.

Lain2 kisah yang disampaikan Tuan Guru Shekih, telah disebutkan dalam riwayat dan kitab2 ulama' terdahulu pada Hari Asyura Nabi Ibrahim terselamat dari api Namrud. Sebelum beliau dilontarkan ke dalam api yang besar itu, beliau telah berdoa "Hasbunallahu wa ni'mal wakil".
Nabi Ayub juga dikatakan sembuh dari penyakit kulitnya pada Hari Asyura dan Nabi Yunus juga dikatakan dikeluarkan dari perut ikan Nun pada Hari Asyura.

(Sungguh! Ia ialah hari kegembiran dan hari kesyukuran buat para kekasih ALLAH)


Sesiapa yang menghidupkan malam Asyura, Allah akan hidupkan hayatkan selama mana yang dia mahu. Dan sesiapa yang berpuasa pada keesokan harinya, maka matinya dalam tidak merasai kematian iaitu diringankan sakaratul maut. Mengenai bubur Asyura pula, tiadalah sejarah khusus mengenai itu. Cuma, Nabi dan sahabat2nya tidak berpisah dari suatu majlis melainkan dengan merasai sedikit makanan.

Inilah sedikit titipan nota saya dari Kuliah Sheikh Fuad sempena Hari Asyura 10 Muharram 1432H. Tetapi sesungguhnya mendengar itu lebih nikmat dari menulis begini. Maka, maaf kerana ada yang tertinggal agaknya akibat terpana pada satu2 ketika sehingga hanya boleh diterima hati yang mendengar ini. Raikanlah hari ini dengan apa2 agenda pun dan banyakkanlah berdoa dan beribadat!

Jangan bersedih2 di hari ini ^_________^ Hari ini hari kegembiraan hari kesyukuran!

Coretan HIKAYAT BUNGA di: www.raufasufrina87.blogspot.com