SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, December 14, 2010

BERSABAR MENTAFSIR HIKMAH

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

"Ada hikmah di sebalik kejadian"


Rangkai kata yang mudah sekali terlontar untuk memujuk hati. Hari ini saya berfikir tentang perkataan "hikmah". Mengapa "hikmah" menjadi senjata merawat hati yang luka setelah diuji pelbagai ujian, dihenyak2 badai mendatang?

Pada pandangan awam, "hikmah" itu kebaikan2 yang bakal datang yang tiada kita ketahui bila saat2nya Allah turunkan pada kita. Mungkin kerap kita dengar bait2 ini:

"Kita berasa sedih dan tercari ke manakah hilangnya sang mentari tatkala hujan membasahi bumi, rupa-rupanya ALLAH ingin memberi kita pelangi".

Sesuatu yang kita ingin2kan dalam hidup tidak semestinya itulah yang bakal kita kecapi. Taqdir hidup ini Allah yang punya. Bakal dimudahkan atau bakal disusahkan satu2 usaha kita itu yang Allah yang tahu. Ya, usaha. Tidak harus disedih2kan usaha yang sungguh2 pabila hasilnya tidak seperti yang disangka2. Mulalah berbisik2, "di mana silapnya?". Tampak seperti tiada silap dalam mengorak langkah. Namun, tertahannya rezeki kita di dunia ini PASTI menyebabkan manusia menjadi semakin hamba pada Pencipta. Fikirkan, sekerap mana kita ingat padaNya tatkala diberi nikmat berbanding ketika kita dihurung duka?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)

Memerhatikan gelagat saya sendiri sebagai pelajar, seperti pelajar lain. Mengejar "kepandaian dalam pelajaran" demi sehelai sijil keramat yang dikatakan boleh menjamin peluang pekerjaan kelak, saya akui ini bukan sesuatu yang idealistik. Dan, jika ayah dan ibu saya rasa bahagia melihat saya menggenggam ijazah itu, saya redha demi membahagiakan mereka. Dan, saya tahu, kebanyakkan ibubapa berfikiran begini.

Namun, saya tidak puas jika sekadar itu. Saya mahu memaknai pengajian saya kerana saya terpilih menerokai bidang ini. Susah???? Belajar mana yang senang?? Pesanan abang jadi semangat buat saya di semester ini.

"Ini yang sudah kamu mulakan. Maka, habiskan dengan baik. Bersungguh2 di tahun akhir ini".

Marilah, ayuh memaknai azam hijrah kita. Bersabarlah dalam mentafsir aturan2 Tuhan dalam kehidupan ini. Bermimpi tentang hikmah2 itu harus kita satukan dengan doa.

Saya tinggalkan pesan guru saya. Semoga azam hijrah kita "sik abu-abu jak". Berkata guruku Ustaz Muhadir Hj. Joll:

"Semoga entum istiqomah berada di jalan yang benar. Ingatlah, beristiqomah AMAT2 SUSAH. Tetapi sesiapa memilikinya, akan merasa KELAZATAN"

Coretan HIKAYAT BUNGA di: www.raufasufrina87.blogspot.com

No comments: