SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, November 15, 2010

AIDILADHA & PENGORBANAN

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

Esok Hari Raya Aidiladha. Ibuku yang baru balik dari sekolahnya tadi terus melaungkan namaku yang leka melayan facebook dengan penuh semangat....*dan nada menyindir*....

"Mel, aruk kacang lok. Pakey molah kuah kacang isok. Ko sikmok raya kah?"

Hahaha...patuh pada arahan ibu, aku bingkas bangun mencapai bungkusan kacang tanah atas meja. Dah 3 hari aku balit Kuching bercuti, 3 hari juaklah aku menuntut "ilmu persilatan" dengan ibuku di dapur. =p *best wooo main kuali*

Sambil me"ngaruk" kacang tanah di dalam kuali, radio SARAWAK.FM menjadi teman memasak.
Lamak dah sik nengar radio tok, adeh2...rindok ati. Kakya, kuarlah lagu "SOFA & MARWAH" versi Hijjaz. Salunya aku nengar versi Mawaddah jak.


Walaupun aku tauk urang tua madah "Sik Boleh Belagu Di Dapor, Kelak .................." sambong jak dikpun, mulutku dengan kuasa luar kawalan pun turut ngekot Hijjaz berlagu. Sambil2 ya, aku teringat soalan nak ditanyak abangku malam Ahad on the way nak pegi Bank Islam.

"Kenak Allah perintahkan pada Ibrahim agar Ismail ya dikorbankan?"

Tanpa berfikir panjang, ya kunyawab dengan lurusnya, : "Taqdir".

Hahaha...hakikatnya aku "lupak2 ingat" peristiwa Aidiladha tok. Sejak ya aku insap.....berazam nak carik sejarahnya dalam sirah Nabawiyyah. *Tapi, sikda pun abangku madah balit cerita sirah ya tek koh*

Maka, aku refresh balit apa yang sepatutnya aku dah tauk mengenai "Aidiladha & Pengorbanan" tok. Beginilah ceritanya...........



Aidil-Adha merupakan hari memperingati peristiwa di mana Nabi Ibrahim A.S. diuji oleh Allah Taala agar menyembelih putra kesayangannya iaitu Nabi Ismail A.S. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah As-Saafaat ayat : 102-109

"Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: ‘ Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “ Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim"

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa sahaja yang ia miliki kerana Allah Taala, termasuklah berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga fikiran, perasaan dan sebagainya.

Begitulah juga dengan diri kita. Sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa menyerahkan kepada takdir semata-mata kerana kejayaan tidak datang begitu sahaja. Contohnya, tanpa melakukan pengorbanan dalam berbuat sesuatu, biasanya seseorang pelajar akan gagal dalam pembelajarannya, ulama’ akan dipandang sepi, masyarakat dan rumahtangga akan hancur, kampung halaman porak peranda dan negara akan terus dijajah.

Oleh yang demikian. Marilah kita menghayati erti pengorbanan dengan mengamalkan sikap suka berkorban dalam apa jua bidang bila diperlukan. Sesungguhnya betapa mulianya bila kita membudayakan sikap suka berkorban berdasarkan kemampuan masing-masing terutamanya demi kemaslahatan ummah sejagat seperti :

1. Pengorbanan ilmu bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunan ummah.
2. Pengorbanan akal fikiran dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana.
3. Pengorbanan harta benda dan tenaga bagi membantu orang yang memerlukan bantuan sebagai usaha bagi mewujudkan hubungan baik dengan sesama manusia.
4. Pengorbanan masa untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala.
5. Pengorbanan jiwa dan raga sebagaimana yang dilakukan oleh angkatan tentera demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta masyarakat.

Semua bentuk pengorbanan tersebut sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 272 :

“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah tentang apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita lakukan?. Adalah ianya merupakan sesuatu perkara yang amat kita sayangi? Jawapannya hanya pada diri masing-masing kerana kita semua pastinya tahu di mana letaknya kekuatan dan kemahuan kita untuk melakukan pengorbanan demi kepentingan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Mudah-mudahan kita semua dapat menyedari dan berusaha mencontohi pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya. Itulah satu-satunya contoh yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kehidupan manusia di dunia ini. Seseorang ayah sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi melaksanakan perintah Allah walaupun perbuatan itu bertentangan dengan jiwa dan kemahuannya. Akan tetapi demi ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah Taala mengatasi segala-galanya, maka ia bersedia melaksanakan perintah tersebut dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur.

Kedak yalah cerita dan kisah di sebalik AIDILADHA & PENGORBANAN. Mun kita lupak, cuba ingat2 balit. Mun sik kita urang Islam kedirik nak ngingat kisah tok, sapa lagik? Semoga Allah datangkan kebaikan yang bertambah2 di Aidiladha ini

p/s: Maaf, sik sedar nulis dalam Bahasa Sarawak... =)

Sumber: Khutbah KHUTBAH PERTAMA AIDIL- ADHA - "PENGORBANAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA" ( 10 JANUARI 2006/10 ZULHIJJAH 1426H)


Coretan HIKAYAT BUNGA di: www.raufasufrina87.blogspot.com

No comments: