SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, August 26, 2010

KAMEK SAYANG KITAK

Kamek Sayang Kitak, wahai al-Quran...
Hari ini 17 Ramadhan, tercatat dari sejarah Islam 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar. Allah izinkan lagi kaki ini untuk mencedok ilmu di Masjid TAR, Ampang. Kuliah Sheikh Fuad malam ini khusus buat Kalam Allah, Al-Quran yang mulia...

~~KURNIA, ANUGERAH, NIKMAT~~~
Tiga karakter al-Quran yang Tuan Sheikh sebut2 sepanjang kuliahnya. Taat hatiku mendengar sehingga timbul insaf kerana tidak "bercinta" dengan al-Quran dengan cinta yang penuh kecintaan sebelum ini.

Al-Quran adalah anugerah buat seluruh umat manusia yang tiada tolok bandingnya. Ia adalah "hablun marsulun" iaitu tali yang menghubungkan kita dengan empunya kalam tersebut. Ia adalah anugerah yang wajib disyukuri sehingga Allah menamakan orang2 yang tidak tahu bersyukur sebagai orang yang kufur. Sepertimana disebut dalam Surah Ibrahim ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Mengapa sukar mensyukuri nikmat al-Quran yang dianugerahkan buat kita? Padahal walaupun bertambah syukur kita kepadanya, tidak pula akan bertambah satu ayat atau satu surah pun dalam al-Quran. Yang bertambah adalah KEFAHAMAN kita terhadap isi kandungannya sehingga mampu untuk mengamalkannya.

Jadi, mana mungkin kita ni nak menjunjung perintah Raja kita yang menulis surat kepada kita, tapi kita tak faham langsung surat itu. Kita harus berusaha untuk bertambah dekat dengan al-Quran. Orang yang bertambah dekat dengan al-Quran merasakan sehingga tiada lagi yang mereka cintai selain al-Quran. Golongan salafussoleh, bangun2 tidur tak nampak dah benda lain selain mushaf al-Quran.

Golongan yang KUFUR, tidak faham al-Quran adalah ANUGERAH dan NIKMAT. Berapa ramai manusia yang diturunkan Al-Quran kepada mereka, tetapi tidak tahu hari ini hari al-Quran diturunkan. Kalau tak ada cuti Nuzul Quran, pasti tiada yang akan sedar dan ambil peduli. Tiada. Berapa ramai yang sekadar ambil cuti Nuzul Quran, menggunakan cutinya untuk balik kampung? Ada pula yang buat majlis keramaian. Lagi...ada pula guna cuti untuk membeli belah hari raya....Inilah HAKIKAT yang berlaku pada umat Islam sekarang ini.

Sebab apa HAKIKAT ini terjadi? Sebab ramai yang tidak bersyukur kerana merasakan rumah mereka lebih mulia dari al-Quran, anak bini mereka lebih mulia dari al-Quran, diri mereka lebih mulia dari al-Quran!

Macam manalah nak bersyukur kalau TAK FAHAM anugerah dari ALLAH dan tidak memandang al-Quran sebagai NIKMAT, ANUGERAH dan KURNIAAN!!

Kawan2, al-Quran diturunkan pada kita sebagai tanda kasih Allah pada umat Muhammad sehingga Allah tinggalkan tali penghubung pada umat itu sebagai penghubung kepada Penciptanya. Dan, sungguh! Azab Allah amat pedih bagi golongan yang tidak bersyukur ini.

Seorang Yahudi berkata kepada Saidina Umar: " Wahai ketua orang mukmin, andai satu ayat dalam kitab al-Quran diturunkan ke atas kami (iaitu golongan Yahudi), maka kami akan raikan dengan mengadakan Hari Raya".

Sesungguhnya orang yang mendapat nikmat tidak merasa dirinya dalam kenikmatan.
Sesungguhnya orang yang mendapat kesihatan tidak merasa dirinya dalam kenikmatan sehingga dia jatuh sakit.
Sesungguhnya orang yang mendapat berjawatan tinggi tidak merasa dirinya dalam kenikmatan sehingga dia turun pangkat.

Al-Quran ialah mukjizat terbesar pada umat Muhammad, kekal walaupun selepas kewafatannya. Mukjizat Nabi s.a.w sangat banyak, bergemerlapan, bercahaya, terang-benderang daripada mukjizat Nabi-Nabi lain.

Nabi s.a.w memiliki paling banyak mukjizat dan antaranya Kalam Allah yang bersifat "mukjizul basyar" iaitu melemahkan manusia yang mencabar kelemahan al-Quran. Dari gaya bahasanya, maksudnya, dan lain lagi. Tiada yang boleh mencabar kebenaran al-Quran. Kalau ada pun yang nak cabar al-Quran, al-Quran sendiri akan jawab cabaran tersebut. Walaupun jin dan manusia berbantu-bantu untuk membuat al-Quran, maka tiada yang akan mampu.

Kalau nak kata al-Quran tu ciptaan Muhammad, kita akan dapati al-Quran menolak dakwaan tersebut. Tidak mungkin seorang yang tidak pandai menulis, membaca dan mengarang boleh buat al-Quran.

Kalau kita selak dari helaian ke helaian dalam al-Quran, rahsianya tak pernah habis. Manusia akan menemui keajaiban al-Quran iaitu bagi orang2 yang mentadabbur isi kandungan al-Quran, yang membuka hatinya untuk memahami isi-isinya.

Kalau kita semak:
Perkataan "al-Yaum" = 365 kalimat sama seperti 365 hari setahun.
Perkataan "al-Ayyam" atau "al-Yauman" = 30 kalimat sama seperti 30 hari sebulan.
Perkataan "al-Syahar" = 12 kalimat sama seperti 12 bulan setahun.

Allahu ALLAH...banyak lagi rahsia2 al-Quran.
Cerita kejadian manusia dan alam satu-persatu Allah cerita, padahal pada masa itu belum ada lagi kajian2 biologi dan sebagainya, tapi dah ada dalam al-Quran. Contoh lagi, "nutfah" dalam al-Quran yang bermaksud setitis mani...orang2 Arab Jahilliyah mana faham. Dan jika tika itu belum ada kajian2 ilmiah, maka sudah tentu ia datang dari Allah...

Gunung terduduk tidak bergerak, tapi sebenarnya ia bergerak. Kalau tuan tengok peta dunia, 500 juta tahun dahulu, negara Mesir tu dekat dengan negara Afrika. Siapa kata gunung tidak bergerak. Setiap tahun daratan ini bergerak beberapa sentimeter setiap tahun dan ini pun ada diceritakan dalam al-Quran.

Banyak lagi kisah al-Quran yang diceritakan Sheikh Fuad: kewujudan Zoo, cerita klorofil...hehe menarik2 sehingga saya tidak mahu menyalin lagi kerana sedapnya mendengar cerita Tuan Guru....

Alhamdulillah...saya pulang dengan rasa bahagia. Cita2 saya selepas habis pengajian ini ingin diteruskan jua! MESTI! MESTI! =D

Ya Allah, Kau mudahkan jalan2ku. Semoga al-Quran dekat di hatiku, dalam setiap nafasku, sepanjang hayatku....Ameen

No comments: