SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, July 23, 2010

SEMANGAT KUAT ITU TERPENDAM

Hari ini Allah berikan masa untukku luangkan bersama sahabat teristimewa, Sheril Aida Sulainan. Ini sekadar rasa hatiku, tidak tahu untuk kukongsikan di mana. Biar hati ini yang berbicara. Tidak akan sama jika aku ceritakan dari bibir.

Dari corong telefon bimbit, aku dengar suaranya sungguh lemah. Dan aku hairan, mengapa aku kurang jelas sebutan kata2nya.


Selepas perbualan singkat dari telefon itu, terus aku ke kamarnya di Mahallah Aminah, berdepan dengan Mahallah Asma', kolej kediamanku. Seminggu tidak bertemu membibitkan rasa rindu....dan risau. Salam kuberi, Aida lekas membuka pintu. Senyuman bertaut beserta salam dan peluk...kerinduan...

Aku mengambil tempat di hujung katil, bertentang dengannya. Satu persatu kutanya khabar kesihatannya. Dia bercerita dengan penuh sabar kerana dirinya sungguh lemah. Sesekali, ada air bertakung di bibir mata. Aku cuba menahan. Tidak boleh aku titiskan di hadapan Aida. Kerana dalam rasa lemah itu, semangatnya masih kuat seperti dahulu. Namun ia sungguh terbatas dalam fizikal selemah itu. Dia kuat dalam lemahnya, maka aku harus lebih kuat.

Terbukti, telingaku tidak silap mendengar. Tidak berapa cekap telinga ini menangkap butir2 kata2nya. Aku dengan Aida tiada yang harus kami tapiskan untuk berbicara. Aku bertanya, mengapa dia bercakap seperti itu. Dia tidak terasa dengan soalan itu. Rupa2nya, air liurnya terasa pahit untuk ditelan. Maka, harus kerap dibuang. Sebab itu, percakapannya sedikit terganggu. Aku hanya terdiam, membuka ruang hati menerima apa yang dilihat.

Aku beralih, duduk di sebelah Aida. Biar terasa lebih dekatnya. Ada panggilan telefon dari ibunya. Aida terlupa hari ini hari Jumaat, maka dia tersalah melihat jadualnya. Dia memberitahu ibunya. Setelah itu, kuambil "Confirmation Slip" itu. Kuminta kertas putih dan beberapa pen warna. Sambil kami berbual, aku lakarkan jadual waktu kelasnya. Mudah2an dia lebih jelas...

Selepas Asar, kutemaninya memunggah barang2nya dari hostel lamanya, Mahallah Nusaibah. Aku memandu kereta seorang sahabat dan mengambil Aida di perhentian bas. Sesekali dia mengatakan dia sangat mengantuk. Kupandang wajahnya, kupasti itulah kesan ubat yang dia harus makan. Jalannya sedikit terhuyung-hayang, namun dia gagahkan dirinya memunggah barang2nya dari stor itu bersama kami. Sesekali tanganku laju menahan badannya, risau dia hilang pertimbangan. Dan sesekali juga, dia menyanyi2 kecil...lagu "Your Mother" dari Yusuf Islam. Kutahu dia ingin berlagak biasa, dia ingin menenangkan dirinya juga diri kami agar tidak risau akan keadaannya. Allahu Allah...air mataku bertakung lagi.. =''''|

Hari ini tiada perasaan lain hadir di hatiku selain redha atas apa yang telah berlaku. Aku tewas jua dalam hambatan perasaan ini dan akhirnya aku tumpahkan dalam doa2ku. Pertemuan ini di bawah madrasah PERKEPIS, namun manis ukhwah ini melebihi segala2nya. Mengingati Aida pasti seiring dengan air mata. Aku tidak seampuh kudratnya. Dia masih bersyukur dengan keadaannya. Setiap hari berteman ayat Quran agar sebagai pendinding diri, penguat dalamannya.

Ramai adik2 dan sahabat2 mencari Aida, pelik tiada berita darinya. Bahkan ahli keluarganya menelefonku bertanyakan khabar Aida tatkala Aida tiada kudrat pun untuk menjawab panggilan mereka dan membalas SMS mereka minggu lepas. Dan, aku kongsikan pada mereka agar sama2 mereka doakan kesihatan Aida. Kerana, tiada kemampuan lain yang boleh kulakukan selain ziarah dan doa buatnya...

Hal ehwal jemaah yang harus Aida laksanakan kukendalikan buat sementara waktu. Apa yang terdaya kulakukan ketika ini, maka itulah yang akan terjadi. Aku merindui Aida....Aida yang cergas, bijak dalam berbicara, tempat menumpah beban di hati. Semangat yang kuat itu terpendam dalam jasad yang sungguh lemah.

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Ya ALLAH, Wahai Tuhanku,
Kau sembuhkan sahabatku ini,
Berikan dia kesabaran dan kekuatan,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Memberi Belas Kasihan,
Mudahkanlah urusannya,
kerana urusan yang sukar ini amat mudah bagimu.
Kasihanilah dirinya ya ALLAH...
Dia diuji, kami turut sama diuji.
Maka kurniakanlah juga kesabaran dan kekuatan buat kami....

AMEEN.... T_T

3 comments:

puterinurzahra said...

alhamdulillah...semoga Allah kuatkan kita untuk menempuhi cabaran dan dugaan dalam hidup

RINDOK ATI said...

terima kasih ya uhktie =)

bahiyah al-qudri said...

apabila jiwa raga menjurus kepada Allah yg Esa maka ujian akan datang untuk menduga ketakwaan manusia

Aida seorg yg sgt kuat sbb tu dia dpt merasai kasih Allah