SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, July 29, 2010

NILAI NISFU SYA'BAN

Petang 15 Sya'aban saya penuhi dengan undangan ke Majlis Berbuka Puasa di rumah Sheikh Fuad Kamaluddin al-Maliki. Tidak tahu pula Tuan Sheikh adakan majlis sempena meraikan Nisfu Sya'aban. Namun, rezeki diterima...syukur alhamdulillah...



Dua bahagian di rumah yang bakal dijadikan madrasah itu memisahkan saf muslimin dengan saf muslimat. Saya terkejut apabila Tuan Sheikh sendiri mengimami solat maghrib bersama saf muslimah. Mudahan ada berkat dari doa2 ulama' ini.

Usai solat Maghrib, kami berbuka puasa dengan nasi minyak dan daging kambing. Makanan sunnah, kata isteri saudara Abdul Muntaqim, adik Noor Adibah Othman. Dan, lain2 lagi juadah dan kuih-muih.

Usai solat Isyak pula, saat2 yang saya nantikan. Agak lama juga merindui ilmu2 beliau. Beliau membuka majlis dengan muqaddimah yang cukup tersentuh.

"Semoga tuan2 dan puan2 dianugerahkan hati yang merasai suasana sekeliling terutamanya yang berlaku pada Rasulullah S.A.W. Hati yang sentiasa tahu tentang Kekasih Allah itu. Sedihnya Rasulullah, kita akan turut bersedih. Riang Rasulullah menyebabkan kita turut merasa riang. Begitulah sepatutnya perasaan kekasih kepada Kekasih Nya..."

17 bulan 3 hari merupakan tempoh Rasulullah S.A.W dilanda kesedihan disebabkan penghinaan, cacian, hinaan dan ditempelak Yahudi. Maka, Allah angkat Nabi, hilangkan kesedihan Baginda dan akhirnya kiblat umat Islam ditukar dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.

Maka, 15 Sya'ban merupakan hari kesedihan dan kehinaan bagi orang Yahudi dan sepatutnya menjadi hari kegembiraan umat Islam kerana Allah telah menyempurnakan hajat Rasulullah S.A.W iaitu untuk memindahkan kiblat.

Malaikat berkata kepada Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya kami sentiasa melihat engkau mendongak mukamu ke arah langit, wahai Muhammad".

Cerita Tuan Sheikh lagi, Allah beri Nabi...Nabi tak mintak. Baginda sekadar mendongak2kan mukanya KALAU2 Allah arahkan Jibril untuk menyampaikan wahyu agar menukar kkblat ke Masjidil Haram. Wajah Nabi sentiasa dilihat Allah, maka berkatlah orang2 yang melihat wajah nabi. Dan berkat jugalah orang 2 yang melihat wajah orang2 yang melihat wajah Nabi..Allahu Allah...rajin2kan berdampingan dengan ulama'2 dan guru2 yang mursyid...

Allah tidak menetapkan untuk Rasulullah S.A.W memalingkan wajahnya ke Masjidil haram, tetapi Allah berkata pada Nabi: Palingkan wajahmu ke arah kiblat yang engkau sukai. Ini bermakna ke mana sahaja yang Nabi sukai. Maka, kata Tuan Shiekh, kita lihat di sini syariat itu sentiasa dalam tangan Rasulullah kerana Allah kata ikut kehendak dan kemahuan Baginda.

Redha Nabi, maka Allah juga redha pada kita. Tak pernah Allah murka kepada Rasulullah. Ini satu lagi kelebihan yang dianugerahkan buat Baginda. Para Nabi2 lain tidak tahu sama ada mereka diredhai atau dimurkai Allah. Tapi, Rasulullah S.A.W tahu. Allah tak pernah marah dengannya, tak pernah kecil hati dengan Baginda.Kita selalu menyebut redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Tapi, jarang sekali kita ingat keutamaan redha Rasulullah.

Dan, apabila kita berkumpul pada Hari Nifsu Sya'aban, kita gembira dengan kegembiraan Rasulullah, riang dengan keriangan Rasulullah. Nabi Musa menangis dan berkata kepada Rasulullah S.A.W: "Engkau muda2 lagi, umatmu ramai daripada umatku". Menurut Tuan Sheikh, bukan itu sahaja, ditambah lagi ahli2 syurga serami 120 saf, 80 saf umat Muhammad, 40 saf umat2 lain berkongsi.

Allah memerintahkan kita, membalas jasa Nabi. Tapi, kalau kita fikir2, tidak mungkin kita mampu membalas jasa Baginda. Kita tak mampu. Jadi, kita harus rajin2 berdoa kepada ALLAH agar Dia membalas jasa2 Nabi kita sebab siapalah kita nak balas jasa2 Rasulullah. Abu Sufian berkata: Tak pernah aku melihat aku melihat orang2 yang sangat mengasihi Rasulullah S.A.W seperti kasihnya para sahabatnya.

Tuan Sheikh menyelitkan bahawa orang-orang yang mati dalam keadaan su'ul khatimah adalah kerana mereka tidak menghargai nikmat Iman yang diberikan pada mereka.

Satu kisah lagi, ketika mana Aisyah menjahit pakaian, jatuh jarum dari tangannya. Tidak dapat dicari dengan keterbatasan cahaya. Rasulullah S.A.W masuk ke bilik Aisyah, lalu bercahaya bilik tersebut sehingga membolehkan Aisyah mampu mengambil semula jarum itu. Lalu Aisyah membuat dan mengalunkan syair buat Baginda dan Rasulullah sungguh gembira. Lalu dikucupnya di antara dua kening Aisyah. Baginda bersabda:

"Celakalah, wahai Humaira, bagi sesiapa yang tidak dapat melihat aku di hari Akhirat kelak". Baginda mengulangi sabdanya sebanyak 3 kali.

Apabila bertemu aku, mereka lebih suka dari bertemu anak bininya, lebih suka dari bertemu duni dan seisinya. Lebih terasa nikmat bertemu aku daripada nikmat dunia dan seisinya.

Aisyah seraya bertanya: "Siapa ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Orang yang apabila disebut namaku disisinya, dia tidak mengucap selawat dan salam ke atasku."

Sedikit pedoman dari Tuan Sheikh, umat dalam dunia ini, berapa ramai yang berhimpun kerana Muhammad? Selalu dapat berhimpun untuk hari Keluarga, hari lahir dan sebagainya.

Memetik bait2 qasidah: Cahaya Matahari berasa malu dengan sinar Rasulullah. Kerana matahari memberi manfaat untuk jasad, tapi cahaya Muhammad memberi manfaat untuk batin.

Wallahu a'lam.
Segala kesalahan fakta amatlah dialu2kan untuk diperbetulkan...

=)

No comments: