SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, July 17, 2010

KENAPA AKU YANG KAU PILIH?


Meredah kota Kuala Lumpur
Langkah ini cuma bersendiri
Memandang langit biru
"Kenapa aku yang KAU pilih?"

Bersendiri memujuk hati
Benarkah aku sendiri sahaja
Tak kulihat kelibat mereka
Harapan aku pada Mu Tuhan
"Kenapa aku yang KAU pilih?"

Semakin ingin aku berjalan
Taqdirmu agar ku berlari pula
Bagaimana perencanaanMu
Aku perlu cahaya Mu
Menyuluh hati yang gelap ini
"Kenapa aku yang KAU pilih?"

*MODE: minggu ni terlalu banyak perkara yang di luar perancangan hidupku ini, Allah taqdirkan untuk berlaku. Semakin diri ingin fokus dalam tahun akhir ini, semakin itu DIA taqdirkan untuk fokus itu dikongsikan dalam perkara2 utama lain. Aku tidak terkata cuma mampu mengadu: YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH! Apa sebenarnya perencanaanMu kepadaku??? Sungguh....kerisauan bertangkai di hati... Sahabat2, tolong ingatkan aku... T_T

No comments: