SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, July 5, 2010

JARI PEMUTAR SKRU

Kenapa Jari Pemutar Skru??? Hehe...kerana sudah 3 bulan jari2 ini menjalankan tugasnya sebagai pemutar skru di SIRIM Sarawak. Bukanlah jawatannya PEMUTAR SKRU, tetapi setiap kali peralatan elektrik baru tiba di makmal, maka peralatan utama ketika itu ialah PEMUTAR SKRU... =)

Keras dan kaku juga jari2 ini. Memang terasa kesulitan masa mengemaskini blog dengan entri2 baru sejak 3 bulan berpraktikal ini. Geram juga melihat kegagalanku memberikan entri yang baru. Padahal, terlalu banyak perkara dan kenangan yang ingin diceritakan. ALLAHU ALLAH...semoga aku lebih istiqomah seperti dahulu.

Hurmmm....3 bulan hampir berakhir. Isnin hadapan (12 Julai 2010) bermulalah kehidupanku di UIA Gombak sebagai pelajar Tahun Akhir. Ayah asyik bertanya agak2 bilakah jangka masa akan habis pengajian? Aku terdiam mengenangkan kemampuan diri. Ada berat untuk menjawab, maka jawabannya sekadar : InsyaALLAH paling awal Jun dan paling lambat November.

AllahuALLAH...bukanlah keinginan diri ingin membuang masa begitu lama di sana. Tetapi, kemampuan diri harus dititikberatkan. Takut juga yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya merosakkan keputusan akhir CGPA ku. Tak maulah begitu. Namun, pesan ayah: You are given the chance to focus, then FOCUS! InsyaALLAH, aku cuba yang terbaik buat diriku jua dirimu.

Lupakan masa depan, mari imbas kenangan2ku di SIRIM. 21 staf SIRIM Sarawak, jumlah yang sedikit. Dalam divisionku, cuma 6 staf. Apa yang dapat aku simpulkan, mereka betul2 keluarga baruku. Gurau senda dan pengalaman2 mereka membuatkan aku boleh sesuaikan diri bekerja di dunia korporat. Seronok? Ya, seronok. Yang tak seronok tu aku jadikan cabaran di masa hadapan. Semuanya Ta'aruf alam pekerjaan buatku.


Terima kasih buat warga SIRIM QAS International Sdn Bhd : En. Kasvenda (Boss), Kak Sayrol, Kak Marinie (SIME-SIRIM), Kak Ida, Kak Cath, Nisa, Isam dan budak2 praktikal: Ken (UTM), Tcya (UTM), Yaya(UNIMAS), Man(Politeknik), Lau (UNIMAP)....hehe salam perkenalan dan seronok bekerja dengan anda walaupun dibom En. Kadir...haha...oppsss! Dunia pekerjaan memang macam2... =) Smoga ALLAH membalas jasa baik kalian....

2 comments:

bahiyah al-qudri said...

alhamdulillah.. selesai practical.. aku gak yang tak selesai2..hehe.. betullah kata raufa yang penting cgpa nnt mantop!!

selamat berjuang untuk sem akan datang(^0^)

RINDOK ATI said...

huhu...all the best gak sha...kalo kami buleh, hang bulehhhh gak~~~