SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, July 20, 2010

DALAM BAHAGIA ADA SENGSARA??


Tertarik mengutarakan tajuk ini setelah beberapa komen saya berikan di laman Facebook seorang sahabat. Statusnya berbunyi:

>> 3 hari lepas, aku terdengar kata2 kesat dan teriakan dari seorang lelaki kepada teman wanitanya. Sungguh sedih mendengarnya sungguhpun aku seorang lelaki. Apakah salah si teman wanitanya? Perlukah mengeluarkan kata2 kesat dan teriakan? Adakah cinta itu kejam? Setahu aku, cinta itu indah dan menjadi lebih indah dengan ikatan yang suci<<


Ya, pernyataan di atas tanda "sengsara". Lumrah cinta yang dicipta manusia zaman kini. Sehingga hilang adab dan hormat pada manusia lain. Saya tertarik pabila dikatakan cinta itu indah dan menjadi indah dengan ikatan yang suci. Sesungguhnya itulah kemuncak cinta manusia yang Allah letakkan sebagai satu anugerah melalui pernikahan yang halal.

Teringat kisah bagaimana pernikahan pertama antara manusia yang dinukilkan dalam buku RAHSIA SEBUAH MIMPI (Hasan Ali) , iaitu Nabi Adam dengan isterinya Hawa. Bermaharkan selawat buat Nabi Muhammad s.a.w sebanyak sepuluh kali, maka halallah Hawa menjadi peneman hidup Adam di syurga jua di dunia ini. Indahnya hidup bersyariat. =)

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Lirik lagu nasyid kegemaran saya suatu ketika dahulu menjadi peneman di kala semangat diasak fenomena2 dunia pelbagai ragam. Dalam SENGSARA ada BAHAGIA, cukup jelas di pentas dunia sekitar. Dilihat indah apabila diulit rasa syukur yang tidak putus2. Merasa cukup dalam serba kekurangan. Basah bibir dengan tahmid, lapang dada hamba mengecap sedikit rasa BAHAGIA anugerah Penciptanya.

Tapi dalam BAHAGIA ada SENGSARA?? Ini persoalan yang ditimbulkan dalam komen2 status tersebut. Ia sungguh membuatkan otak ini bekerja. Ini pendapat akal dan jiwa dengan sedikit bekalan ilmu di dada. Andai dalam BAHAGIA ada SENGSARA, ataupun lebih indah saya tuliskan andai dalam BAHAGIA diiringi SENGSARA, maka orang itu juga sedang meraih rasa syukur pada Tuhannya seandainya dia sedar segala2 yang datang itu ada tujuan diberikan kepadanya.

Sebaliknya, andai dia hanyut dibuai KEBAHAGIAN, tanpa menyedari (atau tidak mahu sedar) dari mana ia datang dan siapa yang memberinya, maka kesombongan beraja mencengkam hati. Maka Allah kata: TUNGGU! Mereka akan mendapat balasan atas apa yang mereka kerjakan.

Dalam keadaan kesusahan, kesengsaraan, kepayahan, buntu tanpa arah tuju, akhirnya terpulang pada jentera HATI yang berfungsi ketika itu.

Memetik petikan dari laman GENTA RASA dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi:

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu


Soalan itu, terjawab....ia terpulang pada hati kita menerima percaturan dan perencanaan Tuhan. Hati ini ibarat tangan. Luka di tangan itulah hati yang sakit. Akhirnya, tanya sama HATI... =) Sebab itu ada kata2 nasihat yang saya baca: Berbahagialah dalam kesengsaraan~~,

Namun, saya percaya saya lebih bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain. Senyuman tak akan lekang di bibir, hatta hanya dengan menunjuk arah jalan sekalipun. Anda juga berhak mendefinisikan kebahagiaan itu pada mata hati anda.

*Oh! Miss my Mom n Dad =') *

Semoga anda diberi kebahagian dunia jua di akhirat kekal abadi....ameen

No comments: