SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, June 2, 2010

BAHAYA FAHAMAN PLURALISME AGAMA


Sudah terlalu lama saya tidak mengetengahkan entri2 yang berbunyi berat seperti ini. Peluang ketika berada di Semenanjung Malaysia terlalu luas melebar dengan wacana2 ilmu dan program ilmiah yang kaya dengan pengenalan dan pendekatan tentang apa itu ilmu falsafah dan ideologi. Dari seorang yang buta hati untuk ambil tahu tentang ideologi dan falsafah dalam tamadun2 dunia, sedikit demi sedikit minat itu disemai dan ingin terus dibaja. Bukan bermimpi untuk menjadi pencipta ideologi dalam dunia ini, tetapi saya sedar bahawa sebahagian dari akal dan otak saya ini harus tahu, kalau tidak banyak pun sedikit, mengenainya. Dan saya sarankan perkara yang sama buat mahasiswa bakal menjadi pewaris kepimpinan negara.

Merindui saat2 bertemu dengan orang2 hebat dari dalam kampus mahupun di luar kampus yang pakar dalam bidang ideologi dan falsafah ini, saya tumpahkan rasa rindu saya dalam Diskusi Meja Bulat MAIM yang berlangsung di Dewan Syarahan YADIM Zon Sarawak yang memperkenalkan Dr. Anis Malik Thoha (Pengarah IIUM Press Office) sebagai panel jemputan pada 29 Mei 2010 yang lepas. Salah satu sebab saya berminat untuk hadir ialah kerana rindu pada pensyarah kampus saya UIAM Gombak. Boleh ke?? =) Alhamdulillah…

Dipendekkan cerita, ayuh baca apa yang saya catatkan dalam sebahagian sesi diskusi ini. Namun, mohon maaf seandaikan ada kekurangan data dan fakta yang kurang konkrit untuk difahami. Sebarang tambahan dan kesilapan dalam tulisan ini dimohon untuk direspon dan diperbetulkan. InsyaALLAH.

LATAR BELAKANG

1- Makna pluralisme agama ialah kesamarataan dalam agama2 yang wujud di dunia ini.

2- Asalnya, kepimpinan Amerika Syarikat sedar dengan adanya multiracial, multi religious society dalam masyarakatnya. Maka pembangun dan pendiri AS tidak lupa dalam membincangkan agama yang mesti dianuti dalam pemerintahan.

3- Contohnya, Benjamin Franklin – beliau ingin membina masyarakat AS yang mempunyai 1 gagasan iaitu masyarakat majmuk di AS mesti ada satu fahaman yang boleh merangkumi seluruh masyarakatnya. Akhirnya beliau mencetuskan “public religion”.

4- “Public Religion” juga merupakan satu pendekatan untuk mencuba mengumpul seluruh keyakinan2 yang ada dalam masyarakat.

5- Pada tahun 1960-an, seorang socialist AS menyelidiki situasi agama di AS dalam jurnalnya “Tabloids” bertajuk Civil Religion di AS yang mengaitkan pluralisme dengan “civil religion”kerana kedua2nya ada kesamaan idea sebab kedua2nya lahir dari demokrasi.

DI TIMUR

1- Fakta: Isu pluralisme agama menjadi sangat dominan di saat ini tetapi ia agak lambat sampai di nusantara kerana boleh dikatakan baru merdeka. Kedua, ketika Barat sibuk menjajah negara2 di kawasan ini, maka isu pluralisme tidak dijaja dan tidak dipasarkan dalam masyarakat.

2- Namun cara penjajah moden ialah dengan memperkenalkan idea demokrasi kepada masyarakat Timur. Negara2 di Timur satu persatu mencapai kemerdekaan dan “kemerdekaan” mereka sekaligus akan menganakangkat sistem2 Barat iaitu sistem demokrasi.

3- Ramai di antara kita kurang cermat memahami isu demokrasi sehingga terkagum2 dengan apa sahaja yang datang dari Barat.

4- Maka kita tidak berupaya untuk mengkritik tentang apa yang sesuai dengan budaya kita. Sebaliknya, kita mencari dalil untuk menyokong idea2 dari Barat itu. Dan dalam isu pluralisme agama ini, banyak kecelaruan dalam memahaminya.

RESPON2 DALAM PLURALISME AGAMA

1- Majlis Ulama’ Indonesia (2005) – mengeluarkan fatwa yang mengharamkan SIPILIS (sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme).

2- Di Malaysia (2006) – Dr. Harussani mengeluarkan resolusi dan sikap yang sama iaitu umat Islam tidak boleh silap dalam isu pluralisme agama kerana ia benar2 menjejaskan aqidah umat Islam.

3- Namun masyarakat kita tidak faham apa pluralisme agama yang akhirnya akan menyebabkan respon yang pehun emosi sehingga ada yang mengatakan ulama’ tolol atau dalam istilah sarcastic “ulama’ ditolol2kan” padahal ia fahaman yang menyetarakan semua agama.

4- Di Indonesia, mantan Muhamadiyyah yang bernama Buya Syafie Maarif menyatakan bahawa dia akan menegakkan dan memperjuangkan pluralime agama kerana dia menganggap bahawa pluralisme agama bersamaan dengan toleransi agama.

5- Padahal “pluralisme” tidak ada langsung dalam kamus bahasa Melayu dan setiap istilah itu tidak terlahir begitu sahaja kerana ada konsep2 yang melingkupinya.

6- Kesimpulannya, sebahagian masyarakat tidak punyai daya kritis dan menganggap bahawa apa yang datang dari luar itu WAJIB ditaklidi seperti kenyataan dikeluarkan oleh seorang pemimpin Egypt bernama Thohasan: Kita mesti ikut Barat kalau mahu maju dan berkembang. Jadi apa saja yang datang dari Barat tidak perlu disaring (filtering and screening).

7- Ibnu Khaldun juga pernah menyatakan: Pihak yang terjajah itu selalu ingin sekali mengikuti pihak penjajah kerana memang satu psikologi orang2 terjajah tidak punyai daya resistance sama sekali.

8- Maka di negara yang terjajah golongan yang terjajah pasti mengikuti pihak yang kuat.

CETUSAN FAHAMAN PLURALISME AGAMA

1- Sewaktu Zaman Keemasan Islam, dunia Barat berada dalam Zaman Kegelapan.

2- Masyarakat barat tidak punyai ilmu sama sekali sehingga mereka yang ingin mempelajari ilmu berbondong-bondong menuju ke “centre of knowledge” yang mana diketuai dunia Islam (Cordova, Egypt dan lain2).

3- Jadi secara tidak langsung, mereka mempelajari Bahasa Arab, al-Quran dan ilmu2 bangsa Arab dan inilah yang menjadi cetusan awal dalam pembangunan awal untuk meruntuhkan tamadun Islam.

4- Dan dari sini juga terlahirlah golongan “Orientalis” yang cuba menterjemahkan al-Quran pada awal2 Perang Salib. Dan akhirnya ramailah sarjana2 Barat yang menjadi sarjana ulung seperti seorang Yahudi bernama Mymunaits (Musa bin Maimut) yang merupakan ahli fizik dan mengarang kitab dalam bahasa Arab.

5- Orang Islam yang mengikut idea Barat itu mempunyai mentality yang orang terjajah. Jadi harus diberi kesedaran agar dapat memahami permasalahan ini dengan benar iaitu Pluralisme TIDAK SAMA DENGAN Tolenrasi agama.

6- Sekarang ini, di tengah2 masyarakat kita telah berlaku kecelaruan dalam memahami Pluralisme.

KESIMPULAN

Dari paparan ringkas ini dapat disarikan bahawa pluralisme agama sebetulnya adalah ajaran demokrasi dalam beragama yang lebih menitikberatkan pada nilai-nilai dan prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri. Sebab secara nasab, pluralisme agama ini adalah “anak sah” yang terlahir dari “rahim” demokrasi. Oleh kerananya, secara geneologis pluralisme agama ini secara otomatis dan tak terhindarkan mewarisi watak dan karater demokrasi. Antaranya:

1- KESERATAAN: Ajaran pluralime agama mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.

2- LIBERISASI: bermakna ‘kebebasan’. Mengajarkan hak kebebasan beragama, dalam erti keluar-masuk Islam.

3- RELATIVISM: Merupakan implikasi daripada kedua-dua watak yang sebelumnya. Mengajarkan kebenaran agama relative.

4- REDUKSIONISME: Untuk sampai kesetaraan atau persamaan, ajaran pluralisme agama telah mengurangkan jati diri atau identiti agama-agama yang menjadi entity yang lebih sempit dan kecil iaitu sebagai urusan peribadi. Dengan kata lain, pluralism agama itu berwatak secular.

5- EKSKLUSIVISME: Ajaran yang “tampak” ramah dan sangat menghormati keberbedaan dan menjunjung tinggi kebebasan. Pada hakikatnya, ia telah merampas kebebasan pihak lain dan menginjak-injak, apabila seseorang itu mengisytiharkan diri sebagai pemberi ajaran/teori/tafsir tentang kemajmukan/keberagamaan/ keberbagaian agama2 yang sangat benar. Jadi sesungguhnya ia telah merampas dan menelanjangi agama2 dengan mengisytiharkan kebenarannya masing2 untuk kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh sendirinya secara eksklusif.

No comments: