SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU....



Saya tengah kebosanan sebenarnya. Rasa bosan ini kalau dibiarkan akan menjemput rasa mengantuk untuk berkawan dengannya. Maka, saya memikirkan entri yang sesuai dan yang kena pada masa dan tempatnya.



Hujung minggu ini, seluruh dunia akan meraikan Hari Guru. Maka di kesempatan ini, saya merindui guru2 saya yang telah mendidik saya sejak saya Tadika Bina lagi dan saya iringi kerinduan ini dengan ucapan Selama Hari Guru .



Saya teringat ketika saya darjah 1 hingga 4 di Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (SK RPR, Kuching), lagu “Terima Kasih Cikgu” paling saya ingati sehingga sekarang. Namun, apabila saya menyanyi lagu ini, ada yang tertanya2 dari mana saya mendapatkannya. Adakah dicipta sendiri?? Lirik lagu ini sangat menjadikan saya seperti budak kecil yang menyanyi buat guru2nya dan saya akan merindui mereka.



Hari pertama masuk sekolah,


Tak pandai membaca mengira,


Tetapi cikgu begitu tabah,


Mengajar kami sungguh-sungguh…



Bermula A B C sampai Z,


Hitung 1 hingga 10,


Baru ejaan dan kira-kira,


Kami belajar dengan lancar….



Berkat kesabaran guru bijaksana,


Memberi pelbagai petunjuk,


Hari demi hari kami pun mengerti,


Pelajaran nilainya tinggi…



Kami ingat setiap masa,


Jasa guru mendidik bangsa,


Sambutlah ini ucapan kami,


TERIMA KASIH CIKGU!!!



Satu isu yang pernah saya baca di laman blog seorang sahabat iaitu mengenai Adab Murid Dahulu dengan Sekarang. Isu guru dengan murid pernah hangat dipaparkan di media massa dan elektronik di negara kita. Mencalar kereta, memancitkan tayar, menyimbah kereta dengan cat, menyaman guru, menampar dan menumbuk guru, menyumpah seranah guru dan lain2 tindakan yang membuktikan betapa terhakisnya adab2 seorang murid itu. Semasa bersekolah dahulu memang sangat jarang didengar berita2 seperti ini. Namun, sekarang apabila timbul berita2 seperti ini separuh hati saya terasa geram pun ada.



Yang itu hal murid. Hal guru2 sekarang lain pula. Melakukan gangguan seks kepada pelajar, berdendam dengan pelajar, maki hamun dengan perkataan2 yang tidak sepatutnya, sambil lewa dan tidak bersungguh2 mengajar dan lain2 lagi yang menurunkan profession perguruan. Yang ini pun saya geram. Guru dahulu pun berbeza dengan guru2 sekarang.



Jangan marah wahai guru2. Ini cabaran buat guru2 hari ini. Hakikatnya, semakin ramai yang mempersoalkan kredibiliti guru2 sekarang dek isu2 tidak sedap didengar seperti ini. Saya sendiri pernah mendengar rungutan bekas2 guru cemerlang yang sedikit sebanyak kecewa dengan guru2 muda dan baru2. Ya, saya tidak layak berkata2 kerana saya bukan guru. Tetapi sebagai anak kepada 2 orang guru dan juga bekas pelajar sekolah, dan bersahabat dengan guru2…bermacam2 cerita sudah saya dengar. Baik yang baik mahupun yang tidak baik.



Saya teringatkan komen saya di laman blog berkenaan. Sebagai seorang mahasiswa, senario guru, murid dan ibu bapa ini saya hakimi dari sudut “pengeluaran” seorang graduan dari sesebuah IPT. Saya teringat pada semester yang lepas, timbul 2 kes mahasiswa di kuliah saya yang kurang adab dengan pensyarah. Dahlah kurang adab, lepas tu bukan nak risau dengan keberkatan ilmu daripada pensyarah2 berkenaan, tetapi risau tak dapat A bagi subjek2 tersebut kerana yang melakukan perkara ini di kalangan pelajar2 yang tinggi CGPA nya. Masuk senarai Dekan lagi. ‘A’ itu lebih utama daripada memohon kemaafan dari guru.



Saya dan rakan2 sebilik pernah berbincang2 mengenai kes itu. Memang sayang andai pelajar cemerlang akademik tidak cemerlang sahsiahnya. Pandangan dunia lebih utama dari pandangan Ilahi. Padahal inilah golongan2 yang BAKAL menjadi ibubapa, guru dan anak2 mereka akan menjadi murid2. Maka, agak2 bagaimanalah generasi yang bakal dilahirkan nanti. Fikir2kanlah…



Sekali lagi saya mendoakan kebaikan buat bekas2 guru, yang tengah menjadi guru dan bakal2 guru. Jadilah guru2 yang menjadi contoh terbaik buat anak2 muridnya. Ikhlaskanlah dan tetapkanlah matlamat murni sepanjang menjadi guru. Semoga kalian diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran2 mendatang. Andalah manusia hebat! Tanpa anda, tiadalah penunjuk arah kehidupan ini.



SELAMAT HARI GURU!!

No comments: