SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, May 6, 2010

ADA HADIAH UNTUK IBU


Selamat Hari Ibu buat ibu2 seluruh dunia. Hari Ahad, 9 Mei 2010 dipilih sebagai Hari Ibu tahun ini. Saya teringat pula sewaktu di salah satu siri Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin dahulu, pernah menjadikan topik ini sebagai tajuk perbincangan.

Perlukah ada hari2 khusus untuk Ibu, Guru dan lain2 lagi?
Adakah sayang kita dapa Ibu hanya terserlah pada hari itu?

Inilah antara persoalan2 yang dilontarkan ketika itu. Tahun ini apabila terdengar "Hari Ibu" saya terimbas pertemuan itu. Saya bermonolog dan bertanya2 pada diri. Perlukah? Betul juga...mengapa perlu sehari???

Ini jawapan saya. Terciptanya hari2 khusus seperti Hari Ibu, Hari Guru malah hari khusus yang lain tak lain tak bukan untuk mengembalikan ingatan kita pada jasa dan pengorbanan mereka. Samalah seperti meraikan Hari Kemerdekaan atau Sambutan Maulidurrasul dan lain2 lagi. Tujuan yang sama iaitu untuk mengingatkan yang lupa, untuk menyedarkan yang lalai.
Mungkin segelintir anak2 yang hanyut dengan kerjayanya, keluarganya, dan sudah punyai kehidupan sendiri akan menyingkirkan manusia2 yang mereka rasakan tidak lagi memberi keuntungan dalam hidup mereka. Lupa bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Yang tinggal jauh amat jarang sekali berhubung dengan ibu bapa di kampung. Allahu ALLAH.

Ya, saya berpendapat memang tiada kesalahan kita raikan hari khusus untuk ibu dan lain2 lagi. Tetapi haruslah kita ingat hakikat sebenarnya ialah hari2 adalah hari untuk kita berkasih sayang dengan ibunda. Tak perlu menunggu tiba Hari Ibu. Jasa dan pengorbanan nya tidak terbalas walaupun kita miliki berjuta2 wang ringgit....aduhai...sungguh tidak terbayar jasa si ibu...

Dan, bagi yang tidak punyai ayah dan ibu lagi, hatta yang masih hidup lagi, jangan sesekali pernah merasa lelah mendoakan kesejahteraan buat mereka di dunia dan akhirat. Doakan kebaikan2 buat mereka sepanjang hayat mereka. Ingatlah dalam apa2 perkara sekalipun tanpa redha orang tua kita, tidak akan mengiringi redha Tuhan kita...pesanan buat saya juga..
Dan, itulah hadiah kita buat ibu...


Selamat Hari Ibu buat ibundaku Puan Fatimah Abdullah. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini. Tanpa kehadirannya, tidakku fahami makna bangkit setelah jatuh tersungkur. Hanya dengan nasihat2nya dari corong telefon itu, cukup mengubat gusar dan luka di hati terubat...bangkit meneruskan hidup dan perjuangan di negeri orang. Terima Kasih ya Allah...Kau kurniakanlah kebaikan2, kebahagiaan dan kesejahteraan buatnya selama2nya. Ameen ya Rab!

No comments: