SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, March 4, 2010

KHABAR DARI PUSRAWI...


Saya dan beberapa teman2 sekelas baru sahaja kembali daripada menziarahi Dr. Wahyudi Martono, Head of Mechatronics Department, Kulliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Kuala Lumpur.

Sempat saya berbual dengan isteri beliau. Menurut isterinya, Dr. Wahyudi dimasukkan di PUSRAWI sejak hari Isnin yang lepas (1 Mac 2010) oleh Dr. Riza Muhida yang juga salah seorang pensyarah di Mechatronics Department, selepas beliau mengadu sakit dada dan tidak dapat memandu. Doktor di PUSRAWI mengesahkan Dr. Wahyudi mengalami jangkitan paru2 (lung infection) yang menyebabkan kandungan oksigen sangat kurang dalam badan. Hari ini ialah hari keempat beliau di sana dan keadaannya semakin teruk.


Kami pelajar2 Dr. Wahyudi di Mechatronics Department UIAM dan seluruh warga Kulliyyah of Engineering mendoakan agar beliau dan keluarganya diringankan beban atas musibah ini. Mudahan segala2nya selamat dan dipermudahkan ALLAH. Sama2lah kita doakan kebaikan buat beliau sekeluarga.

Ameen ya Rabb...

No comments: