SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, March 23, 2010

AKU MENGHITUNG DIRI =)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Memberi Rezeki, Maha Lemah Lembut, Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Aku bermohon agar dijauhi dari bisikan2 dan hasutan syaitan durjana…penghuni neraka Jahannam. Sungguh diri ini terasa amat tidak layak menjejak ke syurga dengan amal yang ada. Namun, tiada jua diri ini sanggup mengharungi siksa neraka yang sudah diberi amaran dan peringatan sejelas2nya dalam kitab suci Al-Quran….siksanya itu teramatlah pedih.


Selawat dan Salam buat junjungan mulia, junjungan agung, manusia terulung, Rasulullah S.A.W, penyebar risalah Islam yang suci ke serata alam.


Allahu Allah…bukan niat untuk menaip teks khutbah. Cuma ada satu perasaan yang teramat bersyukur. Sukar sebenarnya untukku ukir dengan kata2 sebegini.


Dalam kemelut masalah duniaku, dari dalaman mahupun luaran, aku menghitung diri.


Adakah telah kunilai seadil2nya?

Adakah telah kulaksanakan sebaik2nya?

Adakah telah kulalui sesabar2nya?

Adakah telah kulakukankan seikhlas2nya?


Aku bukan makhluk yang sempurna. Bisa saja anda lihat punyai cacat cela pada akhlakku, kata2ku, perwatakkanku, rupa parasku, tindakan dan keputusanku.


Aku menghitung diri. Satu semester lagi bakal dihabisi. Bagaimanakah aku sepanjang satu semester ini?


Mereka kata aku ini pemimpin. Hanya diam mampuku balas kerana tinggi benar orang yang dinamakan pemimpin itu. Aku terus menghitung diri. Pasti ada yang berkata, kau pemimpin dirimu sendiri. Ya, pemimpin diri sendiri ANDAI BENAR dirinya itu dipimpin iman dan akal sewaktu berseorangan tanpa teman. Aku menghitung diri lagi.


Aku suka suasana selepas hujan lebat seperti ini. Mindaku lincah menghitung diri.


Dari saat ini, kuharapkan padaMu ya Tuhan, cahaya ampunan dan maghfirahMu, atas segala niat dan perlakuan jahatku, atas segala kata2 kasarku, atas setiap keputusan zalimku, atas setiap perkara2 mazmunah dan kerosakan yang pernah kulakukan di muka Bumi ini. Aku mohon ampun andai ada hati2 orang2 di sekelilingku yang sakit dan terluka disebabkan diriku ini.


Selagi ada nafas yang disedut dan dihembus, mudah2an kita semua tidak tergolong dalam orang2 yang tidak sempat bertaubat sebelum dijemput sakaratul maut. Buatlah perhitungan untuk diri kita ini. Bukan KESEMPURNAAN yang dikejar, tetapi berusahalah menjadi manusia YANG LEBIH BAIK. Peringatan buat hamba yang sedang menghitung diri ini juga.



“Di sebalik awan mendung itu, Kau hadiahkan PELANGI selepas hujan… =)”


p/s :

Semoga berjaya buat sahabat2 yang tengah berjuang mengharungi hari2 peperiksaan akhir semester 2 2009/2010. Semoga dipermudahkan urusan kalian. Halalkan segala2nya. Berusahalah bersungguh2!!! Yeah!

1 comment:

Siti Nurbaya said...

An-Najm:39-44

Gambate