SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, February 7, 2010

Wacana Ilmiah: Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan

Syukur Alhamdulillah. Petang tadi baru sahaja selesai subjek kedua untuk Peperiksaan Pertengahan Semester ini. Maksudnya ada baki exam untuk 2 subjek lagi minggu depan. 2 projek dan 2 repot lab harus disiapkan, 1 pembentangan dan 1 quiz. Minggu depan pasti ‘mantap’ kesibukannya. Lebih tepat kesibukan ini adalah rantaian dan kesinambungan daripada minggu ini.

Syukur sekali lagi pada Allah. Doa saya dimakbulkan. Atas keizinanNya jua, saya berpeluang untuk berhenti di salah satu ‘check point’ agar hati ini bisa timbul semula di permukaan, tidak terus hanyut dan tenggelam dek kesibukan dunia yang tak sudah2 ini. Bukan mengeluh atau tidak mahu mensyukuri atas segala yang datang dan pergi di laluan hidup ini. Namun satu benteng di sepanjang perjalanan ini harus dibina dan itulah sekeping hati yang dikurniakan pada setiap hamba2Nya. Mudahan komposisinya kembali konkrit. =)


‘Check point’ penyegar hati juga minda yang saya pilih (kerana sebenarnya ada 4 majlis ilmu yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur yang saya maklum. Makanya tidak mampu saya hadir kesemuanya kerana ada peperiksaan) minggu ini ialah satu majlis ilmu bertajuk “Wacana Ilmiah: Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan” yang dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) Sdn Bhd di Masjid Ghufran, Jalan Tun Dr. Ismail berdekatan Damansara. Kali kedua mendengar siraman ilmu daripada Prof. Dr. Wan Md. Nor Wan Daud yang merupakan Felo utama Akademi Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini juga sebenarnya lanjutan daripada Seminar Pandangan Islam oleh Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas.


Tajuk ini didengar amat tinggi fikir saya. Apalah yang mampu saya cambahkan di kotak akal mengenai tajuk ini dalam sisipan ilmu2 kejuruteraan yang saya pelajari. Ada idea awal, namun tidak mampu saya cambahkan di lapangan yang lebih luas. Tapi rasa2nya tidak berdosa untuk saya hadir, mendengar dan cuba memahami ilmu yang lebih realiti tentang masyarakat dan manusia. InsyaALLAH lebih nampak dan jelas penjelasannya daripada subjek2 kuliah saya itu. =)



-pengerusi majlis, Saudara Hilmi Ramli
memulakan majlis-


-moderator: Dr. Farid Shahran (kanan) bersama
Prof. Dr. Wan Md. Nor Wan Daud (kiri)-


# Umat Islam harus dikembalikan untuk berfikir secara islami.


# Masalah umat Islam dating dari masalah politik, ekonomi, teknologi, social dan lain2. Kesemua masalah ini bersifat ‘real’ dan kesemuanya berpangkal pada masalah yang lebih asasi lagi iaitu kekeliruan dan kesilapan dalam mendalami ilmu pengetahuan. Persoalannya: Bagaimana ia diselesaikan?


# Pada wahyu yang terakhir diturunkan, sebagai wahyu yang terakhir sudah pasti ia ialah penutup yang lebih sempurna. Nabi yang menyampaikannya harus seorang Nabi yang lebih berjaya dan umatnya adalah umat yang lebih tinggi.


# Kita berasa sedih andai agama kita dikelirukan oleh orang2 bukan Islam. Itu cabaran dahulu. Kini, kita menjadi lebih sedih kerana dikelirukan oleh institusi2 Islam, NGO2 Islam dan universiti2 Islam itu sendiri. Ini cabaran yang lebih sukar untuk dilalui. Perkara sebegini juga berlaku dalam agama2 lain seperti agam Kristian.


# Prof. Al-Attas : Ketika ALLAH ingin islamisasikan bangsa Arab, perkara pokok yang telah diubah ialah pandangan alam mereka. Umat yang akan ditinggalkan (selepas kewafatan Rasulullah) haruslah yang paling sempurna pada penurunan wahyu yang terakhir.


# Ada orang menganggap al-Quran itu sekadar produk budaya (Historical produk) kerana bahasa al-Quran sama sahaja dengan bahasa Arab dahulu.


# Ilmu mengalami transformasi besar. Ilmu manusia apabila sudah sampai tahap tertinggi (haqqul yakin), haruslah sedar ia bukanlah hasil perbuatan manusiawi, tetapi ia adalah anugerah ALLAH. Kerana ilmu memang datang dari ALLAH. Orang2 yang berilmu tinggi ini tidak akan gentar dan takut2 untuk mennyampaikan apa yang dia tahu. Tetapi dialah orang yang paling gentar dan paling takut kepada ALLAH. Dan inilah TAQWA.


# Satu dunia tidak kira tempat mematuhi 1 + 1 = 2. Undang2 ataupun pengetahuan ini bersifat mutlak kerana ALLAH sudah memberi manusia memahami semua perkara yang bersifat mutlak seperti ini. Namun, sampai satu tahap akal manusia adalah terbatas. Jadi, untuk mengatasi keterbatasan ini telah diturunkan sumber ilmu ketiga iaitu wahyu.


Tiba2 Prof Wan terdiam. Diamnya panjang. Kami tertanya2. Terkebil2 jua saya melihatnya dari kerusi audien. Lalu dia sampaikan isi wacana seterusnya iaitu mengenai peristiwa Isra’ Mikraj yang akhirnya menitiskan air mata beliau.


# Kita (manusia biasa) andai berpeluang ke syurga, kita tidak akan mahu turun semula ke dunia. Tapi, Baginda Rasulullah S.A.W walaupun sudah dapat melihat dan berinteraksi dengan ALLAH di mana itulah yang amat diingini Baginda apatah lagi kita ini, Baginda tetapi masih sanggup turun semula ke dunia yang penuh dengan masalah, menyambung semula tanggungjawabnya padahal Baginda sudah mencapai syurga dan bertemu ALLAH.


# Gunung-ganang yang simbolik kepada kekuatan itu apabila diberi tanggungjawab KHALIFAH, ia pecah dan lebur. Tetapi, Muhammad selama 23 tahun menggalas tanggungjawab itu – tiadalah Baginda pecah.


# Setiap kali Baginda menerima wahyu, Baginda berpeluh2, unta pun terduduk – membuktikan betapa beratnya tugas KHALIFAH yang menyampaikan ilmu2 daripada ALLAH.


# Bagi musuh2 Islam, Muhammadlah menghasilkan al-Quran. Kerana mereka mendakwa, Muhammad bukannya ‘tape recorder’. Jadi pasti ada ‘inteference’ (gangguan dan penambahan) dalam apa yang disampaikan jika ia memang daripada ALLAH.


# Sebaliknya, maklumat yang disampaikan ‘Tape recorder’ memang seperti Rasulullah S.A.W. Tetapi, penyampaian ‘Tape Recorder’ adalah menyampaikan sahaja. Sangat berbeza dengan apa yang disampaikan Muhammad. Bukan sahaja tiada langsung penambahan atau kekurangan huruf ‘wau’ (ini contoh Prof Wan), malah Baginda ‘recoder’ yang memahami, menjiwai apa yang disampaikan dan mampu menafsirkan wahyu tersebut.


# Maka, cubalah pertahankan sahsiah yang dibawa oleh Muhammad S.A.W


Nota saya terhenti sekadar ini. Sesi soal jawab tidak sempat saya tuliskan. Sesungguhnya, tiadalah saya merasa rugi berada di sini. Tahniah saya ucapkan kepada warga HAKIM atas penganjuran program ilmiah seperti ini. Saya tertarik apabila Prof Wan ada menyatakan:


# Orang selalu kata, melentur buluh dari rebungnya. Tetapi, apabila melihat keadaan sekarang, pengetahuan sebegini mesti dimulakan dengan mendidik orang2 dewasa pula. Apabila orang2 dewasa atau yang lebih berkuasa berilmu, maka secara automatik, orang2 di bawahnya akan mengikut.


Dan mereka akan tahu method bagaimana boleh diaplikasikan untuk mendidik anak2 agar diberi pendedahan dan kepentingan mendalami ilmu. Dan inilah misi terdekat HAKIM yang saya faham. Mudah2an berjaya hendaknya.


*Terima kasih pada sahabat2 yang mengajak dan menemani iaitu saudari Aemy Elyani dan Sheril Aida. =) Syukran Jiddan3x.

3 comments:

Azrul bin Jaini said...

>_< oh....

RINDOK ATI said...

pahal enta bunyi ya?? (ngeh3)

syah said...

salam ziarah....
tmpg copy ckit ye....:)