SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, February 12, 2010

APA PRASAAN KITAKURANG?




Gambar2 di atas adalah dari emel saya yang sudah lama saya tidak buka. Suka saya kongsikan pada kalian kerana apabila melihat gambar2 ini, saya teringat kehadiran Bro. Shah Kirit di Usrah Mingguan PERKEPIS pada 24 Januari 2010, Ahad yang lepas di Sekretariat PERKEPIS bersebelahan Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa (atau Kampung Gita), Kuching SARAWAK. Bukan saya hendak menambah apa2 perkara tentang isu kalimah ALLAH yang awal Januari 2010 dahulu auranya sungguh panas. Namun agak suam2 kuku dari sehari ke sehari sejak kebelakangan ini...

Profil Shah Kirit:
-pesyarah IIC
-Pengerusi Saba' Islamic Media
-bekas paderi dan 14 tahun lepas memeluk agama Islam.
-aktif dalam ceramah2 mengenai perbandingan agama.

Pengisian Bro. Shah Kirit malam itu menambah manis dalam pahit yang ditelan. Mungkin ada di antara kita geram dan mungkin juga dulunya geram tetapi sekarang sejuk sedikit dan mungkin juga anda tiada perasaan langsung. Saya mungkin jatuh dalam kategori kedua. Geram tapi sekarang sejuk sedikit. Kerana dari mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa menguji timbang tara kita semua.

Menurut Bro. Shah, beliau simpulkan 2 persoalan mengenai isu ini:
1- Boleh tak bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH?
2- Adakah wajar perkataan Kristian "God" diterjemah kepada "ALLAH"?

Beberapa perkara yang saya ingat ialah apabila Bro. Shah Kirit menterjemah beberapa ayat dari Bible dengan menukar "FATHER OF GOD" atau "GOD" kepada "ALLAH". Makna ayat2 tersebut mendekati kebenaran yang ada dalam al-Quran. Beliau berkata ia adalah berdasarkan pengalaman beliau berdebat dengan paderi2 yang kuat ingin menggunakan kalimah ALLAH.

Sayang saya tidak menulis ketika itu kerana saya fokus mendengar untuk memahami ayat2 itu. Pening juga kepala saya dengan ayat2 dalam Bible itu. Saya tidak berapa ingat, tetapi ala2 berbunyi: "Jesus Christ bangun lalu sujud pada Father of God". Jadi apabila diterjemahkan: "Jesus(Isa) bangun lalu bersujud kepada ALLAH". Cuba anda perhatikan bukankah ia mendekati makna2 dalam al-Quran ataupun makna2 kebenaran? Jadi, jika orang Islam yang membaca ayat ini, mereka tidak ada masalah. Yang bermasalah adalah orang2 Kristian sendiri kerana itulah kebenaran sebenarnya. "Tak terkata2 paderi2 itu," kata Bro. Shah.

Ada lagi terjemahan2 lain yang mendekati ayat2 dalam al-Quran sehinggakan ada cadangan nakal ingin membuat sticker kereta : "Jesus bersujud pada ALLAH" dan sebagainya. Hehe

Namun, apa yang paling utama yang sangat terkesan pada saya, jua mungkin pada sahabat2 usrah yang hadir ialah teguran dari Bro. Shah. Kerana pada awalnya beliau menyatakan bahawa penyampaian akan berpihak pada sudut pandangan orang Islam dan juga sudut pandangan Kristian atau musuh2 Islam yang lain.

Bro. Shah menegur umat Islam kerana orang2 Islam lebih banyak bersifat 'defensive'. Bak kata saudara Zamri yang menjadi jurukemudi usrah malam itu, "Macam kita main bola. Kalau asyik defend, defend, defend...lama2 bolos juga". Kalau ada isu, baru kita pertahankan. Lepas tu, senyap. Sikap ini harus ditukar kepada 'proactive'. Cergas tanpa perlu tunggu isu. Kalau terus bersikap defensive, jangan rasa pelik andai kita tewas nanti.

Akhirnya, kesimpulan inilah yang merubah status saya dalam isu ini. Menurut Bro. Shah ketika itu, kes ini masih dibawa ke Mahkamah Rayuan. Andai tidak berjaya, akan dibawa ke Mahkamah Tinggi. Namun, apapun keputusannya kelak, terimalah dengan redha.

ANDAI KATA...ANDAI KATA....keputusan mahkamah tidak memihak pada kita, perlukah kita bunuh orang2 Kristian? Perlukah kita bakar2 gereja? SAMA SEKALI TIDAK....terimalah dengan REDHA dan kekalkan kedamaian dan keamanan antara masyarakat2 di negara ini. MEMANG KITA TIDAK SUKA, MEMANG KITA GERAM...tetapi ingat tak pesanan dari ALLAH? "Barangkali kita TIDAK SUKA, padahal ITULAH YANG TERBAIK buat kita. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI"-semak al-Baqarah:216-

Sedikit bingkisan dari Bumi Kenyalang =D
-RINDOK ATI-

1 comment:

aiman said...

masa toklh...perlembagaan negara kita akan diguna sebenar2 nya..Raja berpelembagaan mempunyai kuasa untuk menarik balit isu kalimah ya..
isu tok sebenarnya silap dari PAK LAH..terlalu defensive dgn cdak non muslim..kes tok dh tutup lmk dh oleh datuk syed hamid alba..kerajaan tutup abiz kes cuma certain org jak tauk kes tok..then oleh kerana keadaan politik dalam malaysia tok tengah brkocak kuat glak..PakLah terlalu passive dgn cdak then mnyebabkan bnda tok terlepas dr genggaman kerajaan..tok taktik firaun2 kecil bak kata yb zulkifli nordin dlm mengembang idea liberal yg lebih kpd pluralisme agama..