SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, January 3, 2010

2010

Tak terlambat untuk diucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Pabila tanggal 1 Januari 2010, aku terlupa bahawa hari itu adalah hari pertama di tahun baru. Tenggelam dalam kesibukan yang mencantas ingatan pada tahun baru.

Alhamdulillah, 2010 kubuka di Melaka Bandaraya Bersejarah. Nantikan entri yang akan datang.

Hari ini 4 Januari 2010, sudah 4 hari di tahun baru. Terdengar juga cerita2 sahabat2 yang terlibat dalam aktiviti cegah maksiat di lokasi2 hangat di sekitar Kuala Lumpur di malam tahun baru. Pengalaman sebegitu pasti tidak akan dilupakan kerana bukan senang mendekati pasangan2 anak2 muda yang hangat bercinta meraikan Tahun Baru dengan cara yang tidak sepatutnya. Tahniah buat sahabat2 semua.

Aku sedang menanti giliran memeriksa gusi gigi bongsuku yang bengkak agaknya. Sekarang masih di Dental Clinic UIAM. Sukar menguyah dan menelan. Mudah2an keadaan lebih baik selepas ini.

Ya Tuhan, berikanlah aku kesihatan yang baik...Ameen..

No comments: