SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, January 13, 2010

RaHeeM 2010: “Aduhai Puteriku Sayang...”


RaHeeM 2010 adalah singkatan bagi “Rawon HEWI ke Melaka 2010” telah diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 1 hingga 3 Januari 2010. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh HEWI (Hal Ehwal Siswi) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama HEWI Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM). Kumpulan sasaran ialah pelajar2 muslimah Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Program ini ialah program lanjutan bagi Kembara Kuantan HEWI 2009 ataupun KKH09 yang pernah diadakan di Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu.


Setinggi2 syukur, puja dan puji dipanjatkan pada ALLAH S.W.T. Walaupun jumlah penyertaan kurang daripada penyertaan di Kuantan dahulu iaitu seramai 11 orang (UIAM Gombak, UIAM Kuantan, IIC, KUIS, KUIM, PEPIM), namun pengisian2 dan penerimaan para peserta adalah sangat baik. Jumlah yang sedikit ini memudahkan penyampaian dan perkongsian dari hati ke hati. Bertepatan dengan temanya, “Aduhai Puteriku Sayang...”, para peserta didedahkan dengan aktiviti2 dan pengisian2 yang mendidik mereka sebagai seorang insan yang bergelar muslimah


Hari pertama kami tiba di Bangunan Al-Huda milik bersama ABIM Melaka dan PEPIM setepatnya jam 5.30 petang. Sedikit taklimat ringkas daripada saya selaku Penasihat RaHeeM 2010, para peserta diingatkan agar memanfaatkan masa yang ada untuk mengamalkan adab2 dan sunnah2 yang telah diajarkan Islam sepanjang program ini. Bagi saya, jauh dari kesibukan dunia masing2, ia adalah masa terbaik bagi kami untuk merasai nikmatnya mengamalkan adab2 yang telah digariskan dan menikmati saat2 beribadat kepadaNya.


Hari kedua RaHeeM 2010, kami diberikan pengisian oleh beberapa penceramah dari pihak PEPIM mahupun PERKEPIS. Seawal jam 8.30 pagi, Cikgu Maimunah (PEPIM) dijemput bagi menyampaikan pengisian yang bertajuk “Di Sebalik Sang Mujahid”. Jam 11 pagi, pengisian disambung oleh Saudari Shamsiah Mahli (PERKEPIS) yang “hadir” melalui video-conference. Beliau telah memberi pengisian yang bertajuk “Wanita...Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Petangnya, kira2 jam 4.30 petang kami disajikan dengan perkongsian daripada Pengerusi HEWI PERKEPIS iaitu saudari Siti Nurbaya Mohd Basir yang “hadir” melalui talian telefon dan pada sebelah malamnya pula pengisian daripada saudari Mariati Roslan (PERKEPIS) juga melalui video-conference dengan tajuk pengisian “Hikmah Dalam Berdakwah & Berkomunikasi”.


Hari yang terakhir, kami telah dilepaskan ke Bandar Hilir Melaka iaitu lokasi pusat kegiatan dan aktiviti pelancongan di Melaka. Sungguh bersemangat HEWI2 ini memanfaatkan baki2 masa yang ada di Melaka. Melaka...memang cantik.. =)


Dan sebenarnya apa yang penting ialah hasil daripada RaHeeM 2010. Beberapa respon yang bernas dijadikan kayu ukur untuk mengadakan Rawon HEWI yang seterusnya kelak. Kepada Sheril Aida Sulainan selaku Pengarah RaHeeM 2010, saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas penganjuran RaHeeM 2010 kerana beliaulah yang sangat bertungkus-lumus membuat persediaannya. Kepada Azwani Jaini, Nurul Husna Aron, Ruzanna Kawi, Kamsiah Hanapi, Halimah Ramli, Nurmiati, Sukeseh, Fazira dan Jiha...terima kasih atas kesudian kalian membantu secara langsung dan tidak langsung. Ambillah yang jernih, buangkan yang keruh. Semoga rahmat ALLAH mengiringi kalian. Ameen...


















2 comments:

Azrul bin Jaini said...

Pahal torang bergambar dengan Alfonso de Albukaki? Bergambarlah dengan Hang Tuah, mun ndakpun Panglima Awang Magellan >=O

Apa ajakla...hohoho

RINDOK ATI said...

tangga gaya eda lok..."tumbuk" diberiknya ngan alfonso ya...haha