SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, January 16, 2010

NAFSUUUUUUUU......


20. Jagalah nafsumu baik- baik walaupun ia telah berlegar- legar dalam ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.Maka janganlah engkau lengah dari menguasainya.

21. Berapa banyak ia telah menipu orang. Ia menyajikan makanan yang kelihatannya segar, padahal di dalamnya ada racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang sedap- sedap.

22. Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, sama ada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang.

23. Biarlah air matamu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia telah kenyang dengan maksiat. Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubat).

24. Lawanlah nafsu dan syaitan adn janganlah kau turuti keduanya. Seandainya keduanya menasihatimu, maka janganlah engkau hiraukan.

25. Jangan engkau ikuti keduanya, sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim.

26. Aku meminta ampun kepada ALLAH dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.

27. Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya. Dan aku menyuruh engkau supaya istiqomah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.

28. Aduhai malang nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang tak berpuasa melainkan yang wajib sahaja..

(petikan Qasidah Burdah: Perihal Nafsu)

No comments: