SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, January 5, 2010

KENAPA ISU KALIMAH “ALLAH” BUKAN ISU KECIL?


Syukur ke hadrat ILAHI, malam tadi (5 Januari 2010, 8.30malam), saya diberi izin hadir ke Forum “KALIMAH ALLAH: HAK MUSLIM @ HAK SEMUA?” yang berlangsung di ADM LT 4, UIAM Gombak. Sudah lama rasanya saya tidak diperdengarkan dengan majlis ilmu yang isi dan intipatinya agak tidak mengecewakan. Hadir kerana saya sedar agama saya diancam bahaya. Seandainya saya BUKAN JURUDAKWAH sekalipun, saya tetap ingin hadir. Mungkin pada yang masih kurang jelas, tanggal 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam majalah Herald.


Malam itu ada 2 panelis yang tampil mengupas sedalam2nya mengenai isu ini. Yang pertama ialah Timbalan Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu UIAM dan juga Mantan Timbalan Presiden ABIM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dan yang kedua Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga graduan Undang-undang UIAM, saudara Mohd Faisal Abdul Aziz.


Pusingan pertama forum telah dimulakan oleh Dr. Farid yang dilontarkan dengan persoalan isu ini dari sudut pandangan Islam dan perbandingan agama. Dr. Farid membuka bicara beliau dengan kesyukuran ke hadrat ALLAH Ta’ala. “Bukan ALLAH dalam majalah Herald tu.” Tergelak audien mendengar sindiran itu. Dr. Farid menegaskan bahawa, isu ini bukanlah isu mudah, bukan sekadar ‘simple word’, sebaliknya ia harus dilihat dari pelbagai sudut. Isu ini juga bukan isu yang kita boleh berikan hitam dan putih secara terus. Beliau melihat di peringkat Mahkamah Tinggi itu sendiri, kedua2 pihak mempunyai hujah tersendiri, namun kita perlu kepada hujah yang lebih tegar dalam memelihara pendirian masing2.


Dr. Farid menasihatkan agar isu kalimah “ALLAH” ini janganlah dilihat dalam konteks aqidah yang mudah, tetapi harus dibuka dan dilihat lebih luas lagi. Isu ini timbul apabila pihak majalah Herald itu ingin menterjemahkan perkataan “LORD” atau “GOD” ke dalam Bahasa Melayu dan mereka telah memilih “ALLAH” sebagai ganti “LORD” atau “GOD”. Persoalannya, kenapa perkataan “ALLAH” yang dipilih sedangkan ada lagi perkataan2 lain yang boleh digunakan seperti Tuhan, Ruh Qudus dan lain-lain. Kenapa mesti “ALLAH”?


Dr. Farid membawa kami menilai melalui 2 keadaan. Keadaan yang pertama kesalahan menterjemah. “LORD” ialah Kata Nama Am dalam Bahasa Inggeris. Maka, jika diterjemah ke Bahasa Melayu harus juga daripada Kata Nama Am iaitu “TUHAN”. Tetapi, dalam kes ini, mereka terus menggantikan “LORD” itu kepada Kata Nama Khas iaitu “ALLAH” yang mana merupakan satu kesalahan dalam sistem penterjemahan.


Keadaan yang kedua ialah dari sudut semantik. Semantik ini bermakna setiap istilah, lafaz dan perkataan mesti mempunyai ‘correspond meaning’ atau makna yang tersendiri. Al-Quran paling banyak mentakrifkan maksud “ALLAH”. Contohnya dalam Surah Al-Ikhlas. Ayat pertama memberi makna ALLAH itu Esa. Ayat kedua memberi makna ALLAH itu tempat bergantung. Ayat yang ketiga memberi makna ALLAH itu tidak beranak dan diperanakkan. Apa yang jelas, makna “ALLAH” tiada satu persamaan pun (mithal). Dr. Farid menambah lagi, sungguh jelas maknanya dalam Al-Quran dan ayat2nya juga ada yang “muhkamad” iaitu tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi, seandainya kita menggunakan hakikat lain pada istilah “ALLAH” maka kita telah biadab pada ALLAH. Dengan bahasa pun kita kena beradab.


Dr. Farid menegaskan bahawa beliau tidak begitu bersetuju dengan bunyi tajuk forum pada malam itu kerana bunyinya seolah2 kita hendak merebut dan memonopoli istilah. Padahal, kita berbahas kerana kita memahami isu ini dalam sudut pandangan alam Islam.


Beliau menjelaskan dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan pandangan alam Islam (Bahasa Arab) kerana kita tahu makna perkataan2 ini lebih tepat. Dr. Farid melahirkan rasa bimbang dengan situasi dalam masyarakat sekarang ini kerana ramai yang terkeliru. Bukan sahaja di kalangan umat Islam, yang bukan Islam pun turut terkeliru juga. Beliau sebenarnya tidak kisah apa yang bakal diputuskan mahkamah, tetapi yang beliau bimbangkan pemikiran di kalangan orang2 Islam terhadap isu ini tanpa melihat isu ini dalam konteks yang lebih mendalam.


Sesetengah pihak mengatakan, kita menang kes ini sebenarnya. Berdiri atas hujah istilah itu datang sebelum ISLAM lagi. Ini memang betul, tetapi apabila Islam tersebar serata alam, maka Islam telah mengubah (mengislamisasikan) istilah2 ini kepada makna yang lebih dekat dengan tauhid termasuklah istilah ALLAH.


Contoh yang beliau berikan ialah perkataan "KAREEM" yang bermaksud mulia. "KAREEM" sebelum kedatangan Islam diberikan kepada seseorang yang mempunyai ramai anak lelaki. Namun, setelah kedatangan Islam, nilai makna itu disandarkan pada ALLAH YANG MAHA MULIA. Dan, kita haruslah mengikut makna2 istilah itu selepas kedatangan Islam kerana ada ulama' bahasa yang telah mengkaji dan menghasilkan buku yang tebal2 yang mengandungi huraian istilah2 itu. Maka ia bukanlah perkara yang harus kita pandang ringan.


Inilah agenda sesetengah pihak yang berpegang pada konsep kesatuan agama. Bak kata ahli agam Rom: "ALL ROADS LEADS TO ROME" yang jelas menpromosikan konsep persamaa agama. Menyentuh soal TOLERANSI pula, beliau merasakan orang2 MELAYU ISLAM sudah cukup tolerant dengan orang2 bukan ISLAM. Sesungguhnya memang benar Nabi Muhammad S.A.W pun menyuruh kita untuk tolerant, TETAPI pendirian dalam agama TIDAK BOLEH ditoleransikan sewenang2nya. Bahkan, dalam Surah Al-Kafirun, kita telah mengisbatkan hak masing2 dan bukannya 'INTOLERANT'. Adakah salah untuk kita kata: "WE ARE DIFFERENT, BUT WE RESPECT EACH OTHER". Dan tidak perlulah asyik2 ingin bercakap soal persamaan.


Dr. Farid menegaskan kita perlu teliti dalam memberi pandangan dan meletakkan posisi kita dalam isu ini. Jangan sesekali memudahkan agama. Adalah berbeza antara AGAMA ITU MUDAH dengan MEMUDAH2KAN agama. Dari segi mengikut mazhab pula, beliau mengatakan kita mengikut mazhab bukanlah kita taklid buta, tetapi kita letakkan kepercayaan kepada kewibawaan ilmu ulama'2 Islam yang muktabar.


Pusingan kedua forum diserahkan kepada saudara Faisal dan beliau banyak menyentuh isu ini dari kaca mata undang2 walaupun tidak secara keseluruhannya. Saudara Faisal menjelaskan bahawa salah satu cara gerakan Kristianisasi menyebarkan dakyah mereka ialah dengan memperibumikan Kristian dalam masyarakat setempat. Perkembangan Kristianisasi di Eropah membuktikan bagaimana fahaman Kristianisasi telah disalahertikan iaitu berasal daripada tamadun Yunani, Rom dan lain2. Begitu juga di Alam Melayu, mereka menggunakan kalimah "ALLAH" untuk menserasikan Kristianisasi dalam masyarakat kita. Tujuannya mudah iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.


Tegas saudara Faisal lagi, ini bukan isu majalah semata2, tetapi isu sistem sosial yang akan berlaku dalam jangka panjang. Ramai orang2 muda tidak melihat implikasi besar isu ini dalam jangka panjang. Ramai yang memandang ringan kerana ia hanya satu kalimah. Beliau melontarkan persoalan:" MENGAPA KITA BERSYAHADAH 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH'? KENAPA TIDAK 'TIADA ALLAH SELAIN ALLAH'?". Ancaman yang bakal diterima juga dilontarkan oleh saudara Faisal. Beliau berkata, andai kalimah ini diizinkan untuk digunapakai oleh semua pihak sekarang, kita tidak akan mampu mempersoalkan penggunaannya dalam agama lain untuk masa akan datang.


"BAITULLAH" mungkin digunakan untuk gereja. Begitu juga dengan "RUMAH ALLAH". Bible pula mungkin mereka sebut "KITAB ALLAH". Inilah kesan jangka panjang yang lebih memudaratkan masyarakat Islam kita. Kita akan marah jika perkataan "ALLAH "itu diletakkan di bahagian pusat patung besar di Kuil Batu Caves itu. Namun ketika itu kita tidak akan mampu untuk berbuat apa2 kerana kita sudah benarkan pengunaab kalimah "ALLAH" ini untuk agama lain juga.Inilah sebabnya kenapa isu kalimah "ALLAH" ini bukan isu yang kecil, isu majalah semata2, TETAPI ADA AGENDA YANG CUKUP BESAR. Beliau menjelaskan lagi, pada tahun 1986, kabinet Malaysia telah memutuskan ada 4 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh agama lain iaitu ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH.



Kesimpulan dari forum di atas, saya merasakan sedikit terisi dengan fakta2 dan penjelasan2 kedua-dua panel. Sesungguhnya kita harus memahami isu ini bukan setakat untuk jangka pendek, tetapi kesannya untuk jangka panjang kelak.


**Kesalahan fakta mohon diperbetulkan**


-RiNdOk AtI-



13 comments:

aiman said...

ingat inilah agenda tersembunyi pihak dajjal...
untuk mengkafirkan umat islam..

احمد سيوطي said...

Salam kak Raufa. Mintak izin copy entry tk k sebar2kn pd sahabat kamek yg lain... :-)

RINDOK ATI said...

aiman: byk cara nak, aiman. kita ptt hati2

sayuti: insyaALLAH.silakan.moga bermanfaat.

aiman said...

rindok ati: byk cara cdak tok..dari muzik ke bju..smpylh modul pembelajaran yg kta blaja..even kta knk bulak olh org kafir dgn mngatakan kopi mgandungi kafein tp sbenany cdak xmok kta minum aik kegemaran Rasulullah..sebab kopi menjana minda untuk berfikir..sma ya juak dgn daging kambing..pdhl daging ya kolestrol rendah..kacang soya gik kta minum..pdhl aik ya..nyuroh byk komplikasi dlm bdn..blh melembabkan otak kta..
jd kta knk waspada..mainan dajjal semakin ari smakin membuai fikiran kta..
hati2 dgn tindakan sidak..

aiman said...

by the way...musik yg diembak oleh cdak dewa19 adalh musik new world order..mksud kmk musik ya lbh memuja kpd syaitan or dajjal..mun ktk prasan..suma lgu nya ada part2 yg tersembunyi n terselindung dr makna..especially satu xsilap n laskar cinta..

RINDOK ATI said...

wah..byk juak yang kitak tauk..cne dapat info2 tok? nang benar....jalan2 cdak tok ng byk..tp, kita tok juak "bersubahat" tanpa kita sedar.harus diingat pd dr dan kawan2, kejahatan yang terancang boleh mengalahkan kebaikan yang tak terancang..

aiman said...

ya klaklh kmk pdh ktk..tp yg penting tgrlh2 juak dkt uia ya...byk glak unsur2 islam america dlm ya..sbb kmk pdh gia negara kta tok byk glak nerimak pengaruh dr sia..lagik2 ada seorg bks pemimpin yg DIkatakn sbg warak n alim..org yg mula2 jd presiden uia..byk yg terselindugn..islam america apa ubah dgn islam liberal...tgrlh ktk keadaan kinek tok..hanya Allah jak tauk..

RINDOK ATI said...

Subhanallah...terbatasnya penilaian kita. di uia MAHUPUN bukan di uia...agama kita mmg dah byk dikoruptedkan oleh org2 sekular dan liberal tok. kenak sik sebut, "Malaysia" yang dikatakan "negara ISLAM"? andai UIA sikda "I" di sia, u will not mention that. sama jak dgn skolah2 agama kan?

kmk kurang bersetuju andai ur latest komen is becoz UIA. If u are in here, then u know and understand . kmk rasa, daripada we look at the BAD SIDE of UIA, then we should look again through the GOOD SIDE of it.

I was a Teresian, and I gained so much knowledge about my own religion here. kredit la bagi student2 yang masuk UIA dan memanfaatkan masa pengajiannya di UIA tok sebaik2nya. and yes, kmk pun jumpa bermacam2 urg yang "sayangkan" agama. ada terlalu keras, ada yang terlalu tolerate....DAN ada yang di tengah2. dan mudahan2 kta tergolong dalam org2 yang berada di jalan yan betul.

aiman said...

salam..maybe kmk tersebut ttg UIA..xsemestiny kmk pdh UIA ya jaik..mana2 tempat pun ada keburukan dan kebaikan..
n sori dgn komen ttg uia ya..kmk hanya komen psl org yg merusak keadaan kta.. kedak juak dgn sesetgh perkara..kmk pun bknny tinggi glak bla klaka psl agama..wlpn arwah nenek kmk memang guru agama..
UIA dtubhkn sebab kta ngera islam n galakan dr OIC..rite??but ad agenda tersembunyi d sebalik pnubuhan ya..
ya jak sbenany d pdh kmk..
berkenaan dgn isu kalimah..memang ktk pun tauklh sapa dlg sebena agenda tok..
politik dlm negara kta sbenany byk terpengaruh..dr ancaman lua..plg kmk sedih..ad sbuah parti sanggup xprthnkn kalimah
allah..ktk pun tauk parti bkenaan..yg menandakn kta perlu ad sbuah parti HIzbul muslimin..utk jg kta pun
kesucian agama..isu sbenany dtg dr bar council yg kuat mnyokong IFC..cdak akn nyucok segenap tempat utk
ngaco artikel 3 dan 11 perlembagaan psekutuan..
bkn takat ya jak.artikel 153=keistimewaan hak2 org melayu n bumiputera lgk nk d cabar..apatah lagik dgn agama islam..

RINDOK ATI said...

kmk asa surrounding dalam UIA tok sikdalah trasa gilak dgn politik atasan UIA ya. benda ya di luar pengetahuan kmk. kmk sik brani nk komen byk2 lah benda yang kmk sik tauk tok. macam juak kita tok byk sik puas hati ngan pemimpin2 negara kita.mcam2 crita kita dgr.

kmk tok bab2 politik kmk sik bpa ambik port. penin gilak palak mike kepimpinan yang agak "was-was" tok. kita rakyat jelata masing2 molah spekulasi sendirik. huhu..penin2...kmk sik suka sbb akhirnya beranok2 jak. ntah eyh...apa2lah...kadang2 kmk mike, org yg nganok pemimpin ya, andai nya diengkah di posisi pemimpin ya, adakah dia boleh melakukan yang lebih baik drpd pemimpin yang dianok nya ya?? belum tentu... =)

apa2pun, kita serah pada ALLAH. Kebenaran akan menang jua akhirnya. syukurlah di dasar hati kita tok masih ada ksedaran utk menyuarakan ketegaran kita untk menghalang niat buruk musuh2 agama.

aiman said...

IFC plg kmk takut..
cdak tok akan guna apa2 jak cara utk menentang islam d malaysia..
sister in islam ada link dgn IFC...
duak2 bersangkut paut..

RINDOK ATI said...

hehe...tringat kmk masa cdak konvo fest week last year, ada forum nyemput JIM, SIS n adala sorang ustaz. sampe berkelai indah masa forum ya..sungguh sik professional sidak SIS. ada sigek forum di UIA kuantan, nyemput semua wakil2 NGO rasa2nya. SIS sik datang last minit...apakahhhhhhhh

aiman said...

hahah..besalh..yg setauk kmk ad muallaf cina dlm SIS ya ng emo lh..heheh..mun kmk kali..memang prey tetak..hehehe