SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, December 3, 2009

Jalan Jangan Sik Jalan!! - Kembara Jalan Kaki 2009

Alhamdulillah..tanggal 1 Disember 2009 lepas, aku berkesempatan mengikuti Kembara Jalan Kaki (KJK) 2009 dari Sukma Ria ke Kampung Pasir Pandak. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) - diketuai oleh Saudara Hisyamudin Roslan- , aku diberitahu bahawa ini adalah siri yang ketiga KJK diadakan. Menghabiskan lebih 3 jam perjalanan, ia merupakan satu pengalaman baru bagiku.




Sepanjang perjalanan ini, macam2 perkara aku fikirkan. Hmm...antaranya yang aku boleh ingat hingga sekarang adalah mengenai masa dan dunia.

3 jam adalah tempoh masa yang bersamaan dengan tempoh masa kertas final examku...tempoh yang agak lama jika kita tidak melakukan apa2 perkerjaan. Dalam hati berfikir, kalau bertasbih, bertahmid dan bertakbir dalam hati ketika itu, memuja dan memuji Tuhan yang menciptakan alam semesta...betapa untungnya...

Tentang dunia pula, aku terfikir...apalah yang akan terjadi andai Allah jadikan dunia ini ada penghujung? Dan jika ada penghujung, apakah yang menjadi penghujung kepada dunia? Hehe...sekadar terfikir yang tiada berjawapan.




Menjadi yang paling tua daripada peserta muslimah, aku menginginkan sesuatu untuk diabadikan bersama2 adik2 muslimah. Tempoh pengajian yang lama dan jarak yang jauh tidak memungkinkan aku untuk mendekati adik2 ini dengan lebih dekat sebelum ini. Maka, inilah peluang yang aku gunakan sebaik2nya untuk melonggarkan sedikit keadaan segan2 adik2 ini. Yang paling muda Tingkatan 1 dan yang paling tua Tingkatan 5.

Aku bersama2 HEWI2 lain mencuri masa membuat sedikit "Sharing Moment". Pengisian pada mulanya ialah mengenai ilmu yang disampaikan oleh Saudari Hamidah Mokhtar dan disambung oleh Saudari Ruzanna Kawi. Tiba giliran ku, isi yang berterabur pun berteraburlah...dari ilmu kepada hal ehwal hati, kepada hal ehwal kejayaan dan kegagalan, kepada pengalaman sendiri dari peringkat sekolah hingga universiti.

Ada yang terkejut apabila aku mengakui bahawa aku pernah bersekolah di SMK St. Teresa Kuching (LOVE & SERVE). Aku cuma mampu tersenyum kerana biar adik2 mengerti makna "Don't and Stop jugde a book by its cover". Sesiapa yang MAHU merasai hidup dalam beragama, maka dia akan mencari AGAMA tanpa perlu menghiraukan siapa, dari mana dan bagaimana dia dibesarkan. Terkebil2 mata adik2 ini...sesekali tergelak dengan gaya spontan ku menyampaikan pengisian serba berterabur itu. Apa yang penting, walaupun sekejap, biarlah mereka mendapat manfaat daripadanya.






Kembara kami juga disertai Saudara Zakaria Ahid yang juga merupakan orang lama dalam PERKEPIS. Beliau ialah senior PERKEPIS yang kini menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di Universiti Otago, New Zealand. Mengaitkan kembara ini dengan hijrah dan pengembaraan Rasulullah S.A.W dari Madinah ke Mekah adalah pengisian ringkas yang dibincangkan di tepian pantai Pasir Pandak ketika itu.


Alhamdulillah...selamatlah kembara ini. Skru kakiku bagaikan sudah longgar, mukaku bertukar merah2 dan kepalaku pusing2 sehingga nak minum petang itu pun aku hilang selera akibat penat yang teramat. Jangan sik ncerik kata orang (Jangan tak merasa kata orang)... Syukur ya ALLAH atas nikmat Islam dan Iman...kerana daripadanya terbit kasih sayang di dasar hati2 ini.

-RiNdOk AtI- (=

No comments: