SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, December 10, 2009

BIARLAH TERKANDANG...


Jumaat, 11 Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430H. Setahun bakal berlalu...meninggalkan manusia, semesta alam dan segala isinya. Sesiapa yang terleka akan terus terleka. Dan sesiapa yang tercapai azam dan matlamatnya, maka beruntunglah mereka.

Syukur syukur ya Rahman...empat hari sudah berlalu dalam Semester 2 2009/2010 UIAM. Menghadapi hari2 ini sememangnya penuh debar. 3 minggu sebelumnya tanpa mendengar syarahan pensyarah2 melambatkan sedikit proses “menangkap” maklumat. Tapi, dalam minggu pertama ini, tidaklah banyak modul pengajian yang diterokai. Apatah lagi, minggu ini ramai pensyarahku punyai urusan2 rasmi tersendiri. Jadi... “CLASS CANCEL!!”...

Teringat semasa mula2 masuk semester lepas, Semester 1 2009/2010. Aku pernah mengadu mengalami tahap mengantuk yang luar biasa dari kebiasaan di awal2 semester. Ya Allah...aku pun tidak faham ketika itu. Pabila teringat semula lucu terasa. Sangat berbeza dengan semester ini, semangat luar biasa pula. Alhamdulillah...Allah buka jalan dan buka mata. Mungkin kerana tahap pengajian semakin meningkat dan perlu pada lebih fokus. Inilah permulaan baki2 tempoh pengajianku yang berbaki 3 semester daripada 8 semester keseluruhannya mengikut perancangan. Semoga Allah mudahkan segala urusanku jua sahabat2ku yang lain.

Kukira...bertepatan dengan semester baru dan juga tahun baru yang bakal tiba ini, banyak perkara yang perlu kutinggal2kan di tahun lepas, biar tersimpan rapi dalam sejarah hidupku. Pahit getir, kesusahan dan ujian2 Tuhan yang melanda jiwa, fikiran, mental dan fizikal biarlah terkandang dalam “kandang” tahun lepas. Keindahan itu rupa2nya ujian Tuhan sebenarnya. Keinginan dan angan2 jua rupa2nya adalah ujianNya. Aku sangat merasakan transformasi perasaan dalam jiwa ini untuk menghadapi semester baru dan tahun baru ini. Nisbah ingin menguburkan semua perkara itu sangat kuat mendominasi minda. Bantulah aku ya Tuhan kerana tanpa bantuan sungguh diriku ini tidak berdaya.

Dan, banyak juga perkara2 yang ingin kuabadikan dalam semester ini. Menjadi insan yang lebih BERDISIPLIN itu matlamat untuk mentarbiyyah diri. Yang lain2 itu insyaALLAH semuanya mestilah yang baik2 saja. Perasaan CINTA pada subjek2 sukar harus dipertingkatkan kerana DIA. Kerana DIAlah yang telah menciptakan segala2nya. Maka, harus untukku MENCINTAINYA melalui apa yang kupelajari dalam hidup ini. Bak kata pensyarahku yang mengajar subjek Applied Digital Signal Processing (ADSP), Dr. Momoh: River is analog, Rain is digital. Analogi ini cukup comel dalam menghubungkait penciptaan dengan Penciptanya. =)

RIVER IS ANALOG, RAIN IS DIGITAL... =)

2 comments:

zuraima said...

'river is analog, rain is digital', menariklah dik. Boleh jelaskan?

RINDOK ATI said...

=) dalam electronics, signal tok terbahagi kepada 2: analog dan digital signal. analog tok dikenali sbg CONTINUOUS-TIME sgnal. graf yang berterusan. digital tok graf nya putus2 ataupun DISCRETE-TIME signal.tapi mun disambung nya seakan2 signal yang bersambung. yalah prof kmk madah. RIVER is analog sebab continuous. RAIN sekejap2 yang turun, ya digital la... ehehe..paham ndakka kitak...