SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, November 17, 2009

ONLINE DENGAN TUHAN


18 November 2009, Rabu, 11.40pagi...


Dah masuk 5 hari aku bercuti. Semalam barulah aku berkeinginan untuk keluar sebentar. Azamku untuk melembutkan tangan dan kaki yang ‘macam kayu’...kata adikku. Gelak besar aku dibuatnya kerana sungguh...macam kayu. Lama sudah aku tidak memandu. Apalah nasib...tapi aku percaya...practice makes perfect! =p Kayu pun kayulah. Pinochio versi wanita...hehe


Malam tadi aku memanjakan diri dengan sebuah buku yang aku beli semasa Pesta Buku yang lepas. Sudah lama dibeli tapi belum dibaca kerana banyak juga buku yang dibeli. Maka harus dibaca satu persatu termasuk yang satu ni. “ONLINE DENGAN TUHAN - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar” terbitan PTS Publication & Distribution Sdn Bhd. Buku yang nipis sahaja, 114 halaman...tapi cukup sebagai muqaddimah untuk membaca buku2 yang lebih berat kandungannya memandangkan agak lama juga aku tidak membaca buku2 luar kuliah. Maklumlah final exam katakan. Tiba2 rindu pula aku untuk ke Pesta Buku sambil ditemani sahabat baikku saudari Azwani. Hohoho...buku2...rindunya pada Pesta Buku...


Berbalik pada buku yang kubaca ini. Idea penulis -Zulkifi Khair- cukup ringan dan mudah dalam mengadaptasi teknologi dengan hubungan dengan Tuhan. Jom kita review beberapa bab yang agak terkesan di hatiku. =) Antaranya:


BAB 1: INTERNET ITU MAKHLUK, ALLAH ITU KHALIK

Manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada Maha Pencipta, Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang yang kagum pada PENCIPTA langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dengan PENCIPTA air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.


Begitu juga dengan kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta electron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan electron yang membantu menghantar data? Sudah tentu ALLAH.


Kecantikan dan kekayaan hanya bersifat sementara. Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. “Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu, tetapi dia memandang kepada hati kamu” –hadis yang direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim.


BAB 2: BROWSER AL-QURAN

Browser Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain hanya mampu memberi maklumat. Sebaliknya al-Quran mampu memberikan 100 peratus ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan di samping membibitkan rasa hamba.


Selain daripada membuka al-Quran untuk menyambung bacaan sehingga khatam, sesekali bukalah al-Quran secara rawak. Dengan izin Allah, di sana ada browser yang tepat dengan keadaan dan rasa hati kita. Katakan kita sedang bersedih, mungkin kita bertemu ayat yang memujuk supaya tidak bersedih.


Al-Quran tidak mampu menjadi browser selagi manusia memandang rendah kepadanya. Tidak melihatnya sebagai buku paling hebat dalam dunia, kurang menganggapnya sebagai kalam Allah, kurang mengiktirafnya sebagai mukjizat agung, kurang menghargai segala peraturan dan ketetapan yang terkandung di dalamnya sesuai bagi semua manusia sepanjang zaman.


BAB 3: SEKIRANYA TUHAN KELUARKAN BIL

Terlalu banyak nikmat yang Tuhan berikan. Walau bagaimanapun, perasaan ini hanya timbul apabila merasakan Tuhan Maha Besar dan pada masa yang sama merasakan diri begitu kerdil, lemah, dan miskin di hadapan Allah.


Bayangkan, apabila Tuhan mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak dilahirkan di dunia hingga sekarang. Pasti kita tidak mampu membayarnya! Mungkin banyak tunggakan. Apabila bil sudah beberapa kali tertunggak, perkhidmatan yang diberikan wajar dipotong! Bagaimana kita apabila bekalan oksigen dipotong?


Bersyukur dengan nikmat yang nampak sedikit dan kecil. Sekiranya tidak mampu bersyukur dengan nikmat yang sedikit, bagaimana mahu bersyukur apabila mendapat nikmat yang banyak dan besar.

“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung.” – Surah Ibrahim : 34


BACALAH, WALAU SATU BUKU...=)

1 comment:

Safi ArRahman said...

salam fa, nak2 bace!!! bwa la kat uia.hee...