SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, November 27, 2009

Bila Manusia Berbudi Pada Tanah....

Petang Aidiladha yang panas...cuaca yang agak baik untuk melakukan apa2 aktiviti petang. Aku memandang dari jendela rumah, sepohon pokok rambutan di belakang rumah. Pokok yang kukatakan pada entri yang lepas. Dalam hatiku, daripada tak buat apa2 ni, baik aku menjolok buah2 itu...walaupun sudah diketahui hasilnya tak seberapa. Tapi, setakat saja2 nak mengeluarkan peluh apa salahnya. Lagipun, bila lagi nak buat kerja2 macam ni.? Di UIA manalah ada.

Maka aku pun turun mengheret sebatang galah buluh. Mula2, hasil yang aku dapat bolehlah menutupi tapak bakul hijau yang aku bawa. Terdengar suara adik bongsuku, Amin, menjerit namaku: "Kak Mennnnnnnnnnnn!!!! I'm cominggggggggggg!!!"... Tersengih aku dibuatnya.

Aku dan Amin pun bekerja keras membawa buah2 itu ke tanah. Akhirnya Amin mengambil keputusan untuk memanjat. Kesak (kerengga) menyerang Amin yang ada di atas pokok. Terburai gelak kami berdua.

Sambil mengutip buah2 yang gugur, terdetik di hatiku...beginilah apabila manusia berbudi kepada tanah. Hasil yang dinikmati kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Ini barulah kepuasan...bukan sekadar bermain Farm Ville di Facebook sahaja. Hasil pun tak ada.




Inilah hasil yang kami dapat. Memandangkan dahan pokok rambutan ini, merentasi kawasan jiran belakang rumahku, aku menyuruh Amin memberi sebungkus pada mereka. Rezeki Allah ini baik dikongsikan bersama2.



Hohoho...hasil yang hampir memenuhi bakul ini menimbulkan kepuasan di hatiku. Malam menjelma, penat dan letih menjalar di seluruh badan. Pabila bangun pagi tadi, aku dan Amin mengalami simptom sakit seluruh badan akibat lenguh. Namun, ia adalah kenangan bersama adik bongsuku yang membuatku tersenyum. =)

No comments: