SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, October 12, 2009

UMAR AL-KHATTAB : Tragedi Waktu Subuh.. - SIRI 2 -



Abu Lukluah termenung memikirkan kata2 Hurmuzan. Jafina menambah: “ Mereka adalah musuh kita, dan musuh kita selama2nya.”

“Panglima Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah dan ramai lagi panglima Islam yang handal sudah tiada. Sekiranya Umar al-Khattab juga tiada maka Islam menjadi lemah dan Parsi boleh bangun semula,” kata Hurmuzan.

“Umar al-Khattab masih hidup dan dia masih berkuasa,” kata Abu Lukluah.

“Bagaimana sekiranya dia terbunuh?” tanya Jafina pula.

“Maksud kamu kita bunuh Khalifah Umar al-Khattab?” tanya Abu Lukluah sambil berbisik, bimbang didengari orang lain.

Dan di situlah perancangan pembunuhan Umar al-Khattab dibuat. Memandangkan Abu Lukluah atau Fairoz adalah putera Yezdager III, mereka bersetuju Abu Lukluahlah yang akan membunuh Khalifah Umar al-Khattab manakala Hurmuzan dan Jafina akan membantunya melarikan diri. Namun, Abu Lukluah menghadapi kesukaran kerana Khalifah Umar al-Khattab sering ditemani sahabat handai dan keluarganya ke mana sahaja dia pergi. Hurmuzan berkata: “Lupakah kamu pepatah Parsi ada mengatakan sekiranya kamu tidak dapat membunuh musuh dari hadapan, maka lakukan dari belakang”.

Maka, dengan itu mereka bersetuju akan melakukan pembunuhan itu ketika Khalifah Umar sedang bersembahyang di masjid. Hati Abu Lukluah membulatkan keputusan untuk membunuh Khalifah Umar al-Khattab. Dia sudah termakan hasutan Hurmuzan dan Jafina yang sememangnya masih membenci Islam walaupun sudah menganutinya.

Abu Lukluah membuat sebilah pisau bermata dua lalu hujung mata pisau itu disapu dengan racun. Apabila bertemu kawan2 yang rapat dengannya dia akan berkata: “Inilah pisau yang akan menebus maruah bangsa Parsi.” Apabila terjumpa kanak2 Parsi, dia mengusap kepala anak itu sambil berkata: “ Umar al-Khattab merampas kehormatan kita. Dia pasti mendapat balasannya.”

Di pihak Umar al-Khattab pula, kelakuan aneh Abu Lukluah ini menarik perhatian seorang sahabat bernama Ka’ab lalu dia mengadu kepada Umar. Namun, Umar tidak menghiraukannya kerana dia sudah diberi jaminan oleh al-Mughirah bahawa Abu Lukluah adalah seorang lelaki yang baik.

Suatu malam Umar bermimpi dipatuk seekor ayam jantan, lalu keesokan harinya dia berjumpa Asma’ binti Umaisy. Asma’ menyatakan firasatnya bahawa Umar akan dibunuh oleh seorang yang bukan daripada bangsa Arab. Tetapi Umar masih juga tidak menghiraukan kerana dia yakin semua yang berlaku dengan kehendak Allah SWT juga. Sekiranya itulah ketentuan Nya, dia reda menerimanya.

Pada suatu Subuh, selepas azan dan iqamat, seperti hari2 biasa, Khalifah Umar tampil ke hadapan menjadi imam. Betul2 di belakangnya, iaitu di barisan hadapan saf berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan di sebelah kirinya Jafina. Ketika Khalifah Umar mengangkat takbiratul ihram, dengan pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Umar. Tiga kali tikaman di belakang menyebabkan Khalifah Umar tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula tiga kali di bahagian perut Umar. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan cekap sehingga orag ramai tergamam dan tidak sempat menghalangnya.

Begitulah tragedi pembunuhan Umar. Solat Subuh diteruskan berimamkan Abdul Rahman bin Auf atas perintah Umar yang masih kesakitan. Selesai mereka bersolat, Umar meminta Abdul Rahman membalut luka2nya dan membantunya berwuduk bagi membolehkan dia menunaikan kewajipan itu. Setelah selesai bersolat sendirian, Umar kelihatan terlalu lemah lalu dipapah oleh Abdul Rahman bin Auf dan Ibnu Abbas ke rumahnya.

Di rumah beliau, keadaanya semakin parah. Seorang tabib dipanggil bagi merawat lukanya. Tetapi, tabib itu tidak mampu berbuat apa2. Beliau mendapat tahu Abu Lukluah yang menikamnya sebentar tadi dan diberitahu Abu Lukluah sudah terbunuh, samada membunuh diri ataupun dibunuh oleh Hurmuzan dan Jafina. Mereka berdua dipanggil ke rumah Umar, namun mereka berdua menafikan terlibat dalam perkara itu. Akhirnya, Khalifah Umar memerintah supaya dibebaskan mereka berdua dan tidak mahu memanjangkan perkara itu. Dia reda menerima takdir Allah kepadanya.

Umar al-Khattab meminta segelas susu kerana berasa dahaga. Apabila diminum, susu itu keluar dari bekas luka di perut. Tahulah para sahabat bahawa Umar al-Khattab sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Tangisan muala bergema. Umar berkata: “ Setiap yang bernyawa pasti mati. Dan saya merasakan saat kematian itu semakin hampir. Selepas saya meninggal kelak, saya minta disemadikan berhampiran dengan makam Rasullullah SAW.”

Sakitnya bertambah tenat. Akhirnya pada pagi hari Ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafas yang terakhir setelah menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari ketika berusia 63 tahun.

Al-Fatihah

No comments: