SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, October 10, 2009

UMAR AL-KHATTAB : Singa berhati lembut.. - SIRI 1 -

Rasa teruja ingin menulis entri ini. Khatam sudah novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib bertajuk “UMAR AL-KHATTAB: Reformis Dunia Islam”. Habis membaca buku ini, saya simpulkan dia adalah “Singa Berhati Lembut”.


Ada dua peristiwa besar yang paling terkesan di hati selama mana saya menghabiskan pembacaan. Pertama, saya tertarik pada kehidupan Jahiliyyah Sayyidina Umar kerana selepas beliau memeluk Islam dan menjalani kehidupannya sebagai seorang Muslim, sesekali beliau teringat2 kesilapan2 yang beliau lakukan semasa Jahiliyyah. Beginilah yang patut kita ikuti. Dari sebesar2 dosa hinggalah sekecil2nya, kenangilah ia agar dapat kita bermuhasabah selalu. Agar kita sedar kelemahan kita sebagai insan. Agar kita malu untuk berhadapan dengan Tuhan andai tidak diiringi dengan taubat.


Kedua adalah satu peristiwa yang akhirnya menyebabkan Umar meninggal dunia iaitu perancangan pembunuhan beliau akibat perbuatan orang yang suka mengapi2kan orang lain.


Rasanya semua mengetahui bahawa Umar pernah menanam anak perempuannya hidup2 setelah dicabar oleh Abu Lahab. Umar mengheret anak perempuannya yang baru pandai berjalan yang satu kawasan yang jauh dari rumahnya. Ketika beliau menggali lubang, debu2 pasir terkena jubah. Anaknya datang lalu menyapu debu2 yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang siap digali, Umar al-Khattab berehat sebentar melepaskan penat. Anaknya datang lalu menyapu pasir2 halus yang melekat pada janggut ayahnya. Memang ketika itu ada kasihan di hatinya, namun kerana EGO dan KEJAHILAN lebih menguasai fikiran warasnya, dia meneruskan jua niatnya untuk menanam anaknya hidup2. Diangkatnya anak perempuannya, dihumban ke dalam lubang, lalu ditimbus dengan pasir. Satu saat selepas memeluk Islam, Umar pernah menangis kerana menyesali tindakannya itu.


Saya menggemari bab yang menceritakan peperangan tentera Islam menentang kerajaan Parsi. Diceritakan bahawa tentera2 Islam belum pernah lagi melihat gajah, menghadapi kesukaran untuk memberi tentangan kepada Tentera Bergajah Parsi. Walaupun ditetak dengan pedang, direjam dengan lembing tetap tidak memberi kesan pada si gajah. Saya ketika ini pun tertanya2 apa pula penyelesaian yang mampu dilakukan oleh tentera Islam yang tidak pernah melihat gajah sebelum itu.


Panglima yang mengetuai tentera Islam adalah Sa’ad bin Abi Waqas. Pada malam itu, dia dan tenteranya berbincang memikirkan bagaimana hendak menumpaskan musuh mereka keesokan harinya. Menurut Sa’ad bin Abi Waqas, setiap makhluk pasti ada kelemahannya. Maka tampil beberapa orang penduduk Iraq yang membenci tentera Parsi yang menjajah negara mereka. Menurut orang2 Iraq itu, kelemahan gajah adalah terletak pada bahagian mata dan hujung belalainya. Jadi, butakan mata ataupun cederakan bahagian belalainya.


Subhanallah…saya tersenyum membaca bahagian ini. Tentera Islam yang sebelumnya meletakkan pasukan berjalan kaki di barisan hadapan menukar strategi mereka dengan menggantikan pasukan itu dengan pasukan memanah untuk berada di barisan hadapan. Gajah2 yang dipanah pada mata dan belalainya, merasa sakit dan matanya buta, berpatah balik ke belakang merempuh tentera Parsi menyebabkan keadaan kucar-kacir. Ramai tentera Parsi yang mati dipijak dan dirempuh gajah2 itu. =)


Saat2 Umar al-Khattab meninggal dunia diceritakan dengan lebih mendalam. Sebelum ini, memang saya ketahui pembunuh Umar itu bernama Abu Lukluah. Zaman saya bersekolah dulu, ditulis sebagai Abu Lukluk. Persoalannya, siapakah dia dan apa cerita sebenarnya sehingga dia berani membunuh Umar?


Abu Lukluah sebelum memeluk Islam, namanya ialah Fairoz, putera raja kepada Yezdager III Maharaja Parsi yang memerintah pada tahun 21 hijrah. Fairoz diberi tanggungjawab untuk mengetuai tentera Parsi ke Nahawind. Apabila kalah di tangan tentera Islam Madinah yang dihantar ke situ, Fairoz menjadi tawanan perang lalu menjadi hamba kepada Mughirah, Gabenor Kufah.


Disebabkan dia menunjukkan sikap yang baik, tuannya menaruh kepercayaan kepadanya lalu dia dimerdekakan, lalu diberi nama Abu Lukluah. Dia datang ke Madinah dan disambut baik oleh Khalifah Umar yang sebelum itu sudah dimaklumkan oleh al-Mughirah perubahan sikap Abu Lukluah ini. Dia menyara hidup dengan hidup sebagai tukang besi di Madinah.


Tanggal 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, Hurmuzan dan Jafina, 2 orang tawanan perang yang juga dibawa ke Madinah dan berbangsa Parsi, datang ke tempat Abu Lukluah bekerja. Inilah titik tolak perubahan hati Abu Lukluah kerana Hurmuzan dan Jafina berjaya mengapi2kan dan menghasut Abu Lukluah agar membunuh Umar al-Khattab.


Mereka mula mengungkit kehidupan sebelum menjadi tawanan perang. Jafina sebelumnya sebagai ketua angkatan tentera, Fairoz pula sebelumnya adalah putera kepada seorang pembesar Parsi, Hurmuzan sebelumnya adalah seorang pembesar Parsi. Hidup di Parsi yang tanahnya subur. Hurmuzan mula menempelak Abu Lukluah yang kurang selesa berbual tentang masa silam mereka. Kerana bagi Abu Lukluah, lebih baik ditumpukan pada kehidupan sekarang sahaja.


Hurmuzan berkata: “Tidakkah engkau sedar wahai Fairoz? Engkau kehilangan segalanya. Sekiranya tentera Islam tidak menyerang Parsi, engkau masih menjadi putera raja. Tempat engkau di istana bukan di bengkel besi. Engkau kehilangan masa depan yang penuh kemewahan. Engkau menjadi tawanan perang dan menjadi orang suruhan al-Mughirah selama bertahun2.”


-bersambung-

2 comments:

aiman said...

selain umar al-khattab..buku salahuddin al ayubi bgs juak d baca..pemimpin agung keturunan kurdish..blh bc dr buku Biografi Salahuddin Al-Ayyubi oleh Abul Hassan Ali Nadwai Judul Asli : Saviors
of Islamic Spirit...
syg xda lgk pemimpin agung d zmn moden..Saddam Hussien pernah mengimpi jd "salahuddin al ayubi moden"utk mnyatu dunia arab n islam..

RINDOK ATI said...

insyaAllah....kmk pun dlm tempoh memanjakkan diri dengan buku2 sirah dan sejarah sahabat2 tok...kta tauk surface jak, jd rugi mun xtauk deeper kan?