SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, September 30, 2009

TINTA AIDILFITRI


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, wa lillah ilhamd..! Salam Aidilfitri, salam lebaran buat semua. Lama sudah ‘mood’ menulis entri baru blog tercantas dek tuntutan kuliah2 dan juga tuntutan ‘cuti’ selama 2 minggu. Alhamdulillah, jiwa ini masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Kenangan demi kenangan diukir dari hari berganti hari. Keresahan menanti hari kepulangan berganti indahnya nikmat pertemuan. Kerisauan memenuhi tugasan kuliah berganti syukur dipermudahkan urusan olehNya. Namun, hidup memang tak selamanya indah. Cabaran dan ujian itulah yang menukilkan keindahannya.

1)
Pengalaman balik raya tahun ini tidak akan kulupakan. Buat kali pertama dalam hidup ini, aku terlepas pesawat kerana terasa berliku2 pula perjalanannya kali ini.

Permulaannya menanti sahabatku, Aida, di KL Sentral. Akibat kepenatan, lalu di mana entahnya aku terlepas dompetku dan ketiadaan hanya disedari 3 jam kemudian selepas kali terakhir aku melihatnya. 2 jam menunggu polis di KL Sentral. Hanya pada jam 6 petang baru laporan kehilangan dompetku dapat dibuat. Aida masih tak sampai2 lagi, 6.30 petang barulah repot siap, lalu berlarianlah kami menaiki ERL ke KLIA. Jam 7 petang, menaiki teksi dari KLIA ke LCCT. Hanya tinggal 40 minit sebelum pesawat berlepas. Dalam perjalanan, 5 minit lagi nak sampai, teksi pula yang rosak dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Ketika ini, sambil mataku melihat pakcik teksi itu, hatiku berkata, “Macam drama TV indah”. Tersengih aku mengenang nasib diri. Kami menarik beg2 pakaian dan menahan kereta yang lalu-lalang dengan harapan ada yang berhenti. Sebuah kancil hijau berhenti dan sudi menumpangkan kami ke LCCT. Jam 7.30 petang, kami tiba di LCCT. Kedengaran nombor pesawat yang kami naiki diumumkan di LCCT. Dan, akhirnya… “Minta maaf,dik…tak boleh masuk. Pintu pesawat sudah ditutup.” Argh…bergenang jua airmata kerana merasakan aku ditewaskan oleh MASA…


Penat yang teramat sangat sehingga tidak dapat merasa sedih dengan apa yang berlaku. Aku hilang perasaan ketika itu. Meredhai taqdir ini, menghapus segala “kalaulah…” yang cuba2 meruntuhkan ketahanan hati. Akhirnya, tiket baru dibeli pada jam 7.10 pagi keesokan hari, kami bermalam di LCCT sehinggalah kami selamat tidur dalam perut pesawat esok harinya. Sepanjang malam kami mengimbas kembali kejadian hari ini lalu merasa geli hati kerana betul2 macam drama TV.

Inilah dia… hidup memang tak selamanya indah. Cabaran dan ujian itulah yang menukilkan keindahannya.
Alhamdulillah, Allah mudahkan jua segala2nya. Seminggu di bulan Ramadhan sebelum tibanya Syawal, tertumpah rasa rindu pada keluarganya kerana semuanya ada. Riuh rendah setiap kali berkumpul di meja makan. Senda gurau, sindiran2, dan nasihat2 hadir berselang seli. Nikmatnya pertemuan buat musafir ini, ya Allah… =D

2)
1 Syawal akhirnya menyinggah. Takbir bersahut2an. Malam tadi, bunga api dan mercun penghias malam raya…berdentam-dentum macam nak perang ler pulak. Balik dari solat sunat hari raya, abang menceritakan apa yang berlaku ketika menjadi khatib di Surau Darul Uyun kerana kami wanita2 bersolat di tempat lain. Katanya, punyalah semangat memberi khutbah, suara dan nada gaya khatib sudah ada, tiba2… “…kita hendaklah menjauhkan diri dari sifat dengki, takbur, SOMBANG…!” Hahaha… sombong = sombang. Berderai gelak kami semua.

Buat kali pertama, ada air mata berlinangan di pagi Syawal ketika bermaaf-maafan di pagi raya. Amin, paling bongsu dalam keluarga, menghadirkan syahdu di hati2 kami. Baru berjabat tangan dengan ayah, terus tidak tertahan2 air matanya. Cuba menahan getar di ruang rasanya, terus tubuhnya yang tinggi lampai itu dipeluk ayah.

Pertama kali kulihat, air mata ayah bergenang.
Adik bongsuku ini semakin dewasa, 17 tahun…entah apa yang difikirkannya ketika itu. Yang aku perhatikan, sejak 2 Ramadhan terakhir, dia lebih banyak diam dari kebiasaannya. Subhanallah, dialah penanda aras betapa jauh sudah masa itu meninggalkan kami semua. Pernah berbual2 dengannya, isu yang dibincangkan bukan lagi perkara main2. Dia menyalami abang2 dan kakak2nya ini diiringi sendu yang tidak habis lagi. Ya Allah, mudahkan urusannya adikku ini. Tunjukkan jalan padanya..amiin.. Indahnya aidilfitri kerana indahnya pertemuan ini. Lebaran yang tiba menginsafkan diri pabila mengenang pemergian Ramadhan. Ada lagikah Ramadhan akan datang untukku…

3)
Seminggu dalam suasana lebaran, ramai yang perlu diziarahi. Keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan teman-taulan…banyaknya hati perlu ditawan dek lama sudah tidak bersua. Ini sahajalah saat dan ketikanya. SMS ucapan hari raya memenuhi peti masuk telefon bimbitku. Namun, ampun dan maaf kupinta pada yang tidak sempat untuk diziarahi dan jua pada SMS yang tak sempat dibalas. Ampun beribu2 ampun…=)

Terima kasih buat Kak Baya dan Syazwani, kerana sudi meluangkan masa untuk konvoi HEWI yang jatuh pada hari raya ke 5 dan 6. Alhamdulillah, 16 rumah kami ziarahi dengan 2 buah kereta dan ahli2 yang terlibat ada juga kalangan HEWI2 PERKEPIS/MA. Terima kasih atas penglibatan kalian. Apa yang kuperhatikan, masing2 memanjatkan rasa syukur dan tidak menyangka sampai jua ke teratak mereka. InsyaAllah, tahun depan kami datang lagi. =)


Pada minit2 terakhir, syukur diberi kesempatan oleh Allah kerana sempat jua ke Rumah Terbuka Aidilfitri PERKEPIS 2009. Pada mulanya, kuingatkan program itu dibatalkan kerana tiba di Taman Sri Sena itu, rumah bos kita kosong. Menanti bersama abang dan adik angkatku, Aisyah, selepas itu barulah nampak kehadiran sahabat2 yang lain. Pengisian santai, ucapan ringkas dari Yang Di-Pertua PERKEPIS saudara Khairul Anwar Shazali dan juga persembahan qasidah beramai2 diketuai oleh Tariqah Naqshbandi Al-Haqqani -Abg Mus ang Abg Amirul-. Rindok ati berkumpul semula begini, bertukar2 cerita dan perkembangan diri. Yang jauh di mata, hadir dengan senyuman terukir. Yang tidak dapat hadir pula, kalian sentiasa dekat di hati. =) Indahnya ukhwahfillah…

4)
Jauh daripada keindahan yang berlaku ini, adalah perkongsian rasa daripada orang2 sekelilingku, keluarga mahupun sahabat. Masalah…memang tak pernah habis2 menyinggah. Setiap kali ada yang ingin meluahkan rasa hati, aku tekun mendengarnya. Akal mengarahkan agar segala perasaan dineutralkan agar tidak terlebih asid dan alkalinya. Supaya pendapat dan nasihat yang dihujahkan bersifat bersederhana. Bukan mudah merubah sikap diri. Doa yang kita pohon pada Ilahi selalu itu teruji pabila adanya peristiwa2 yang tidak kita sangka2kan.

Aku ini bukanlah seorang yang tenang sebelumnya. Bukan jua yang penyabar, jarang untukku berlapang dada apatah lagi untuk bersangka baik dengan manusia. Namun, kehendak yang kuat untuk merubah sikap2 begini merelakan diri untuk diuji Tuhan.
Hidup di sini, mengajar diri untuk memahami bahawa hubungan sesama manusia mestilah ada yang memberi, ada yang menerima. Setiap tahun pulang untuk berhari raya di kampung halaman, sedikit demi sedikit sikap2 ini terkubur dengan peringatan2 dari Tuhan. Kehendak yang kuat itulah menyebabkan hati terlalu dahagakan peringatan2Nya.

Maka, ingatlah… hidup memang tak selamanya indah. Cabaran dan ujian itulah yang menukilkan keindahannya. Hadapilah segala2nya dengan tenang, sabar, berlapang dada dan bersangka baiklah dengan perencanaan Allah selalu. Seronok pabila merasai ketenangan dalam menghadapi masalah kerana ketika itu kita tahu bahawa Allah Knows Best!

(= HADAPILAH DENGAN SENYUMAN =)

No comments: