SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, August 23, 2009

YA RAMADHAN…Hati Ini Penuh Cinta…

Meniti minggu terakhir sebelum menjelang 1 Ramadhan… Subhanallah sibuknya duniaku… Rasanya sudah lama aku tak terkejar2 begitu. Ada harapan yang kecundang, ada harapan yang ALLAH mudahkan. Syukur berpanjangan…teringat kata2 seorang sahabat, “Sekali Allah nak uji tu….alahai…Tuhan saja yang tahu”. Namun, percayalah sekali Allah nak mudahkan, petik jari…selesai masalah kita. =) Itulah kehidupan…maka berharap dan bersandarlah pada Allah selalu.

Kesibukan begini membuatkan aku risau…bagaimana Ramadhanku nanti? Ya Allah…jika boleh Kau hentikanlah segala urusan dunia ini. Jumaat malam minggu ini, ada mid semester exam kertas Math 5. Huhu...sedihnya…kenapa perlu ditetapkan malam? Ya TUHAN…..


Ya Ramadhan,
Kau datang bertamu lagi,
Menyinggah dan merubah diri insani,
Merindui menagih kasih Ilahi…

Ya Ramadhan,
Hadirmu di saat perlu,
Ketika hati disuntik pilu,
Ketika leka berbicara si nafsu,
Kau ubati dukaku…

Ya Ramadhan,
Kegilaan ini perlu dihentikan,
Kesakitan ini perlu dilupakan,
Menyulam semangat dengan kalam Tuhan,
Bangkitlah dari kekecewaan,
Kerana DIA tidak akan sia-siakan,
Doa yang penuh takut dan harapan…

Ya Ramadhan,
Hati ini penuh cinta,
Untukku labuhkan pada tempat asalnya,
Menantimu mendebar rasa,
Kini pintumu kaubuka,
Syukur ku ukir di tubir rahsia,
Moga amalan diterima,
Moga laluan lebih sempurna…


Terima kasih ya Tuhan atas kesempatan ini. Marilah kita berpesta ibadah. Jangan jemu, lelah dan gundah. Kerana akhirnya ada rahmat dan barokah. Manfaatkanlah sebaik2nya. Kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Salam Ramadhan!

No comments: