SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, August 29, 2009

TAK FAHAM KENAPA AKU TAK FAHAM2!


Seminggu berlalu pantas. Hari ini 9 Ramadhan 1430 H bersamaan 30 Ogos 2009 , Ahad.


Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita bernafas di dunia ini.

Allah masih memberi kesempatan buat kita agar terus berjuang melawan nafsu di bulan mulia ini.


Seminggu pertama Ramadhan yang lepas, seperti yang disangka2, tuntutan dan hal ehwal dunia ini mengasak2 jiwa dan minda. Permulaan Ramadhan yang cukup pincang. Ingatkan aku sudah cukup kental untuk menghadapinya. Masuk hari Isnin, kemudian Selasa…hinggalah akhirnya Jumaat…cukup membuat diriku tidak keruan, kepeningan dan akhirnya aku tersungkur jua…menangisi perjalanan hidup yang penuh resah, gelisah, terkejar2 dan agak bengang dengan permulaan Ramadhan ku begini.


Ujian, ujian, ujian….! Inilah perkara yang aku lupa. Rupa-rupanya Allah sedang mengujiku. Rupanya lambakan tugasan2 kuliah dengan kesempitan masa untuk ia disiapkan itu ujian. Rupanya masalah2 mad’u2 ku itu ujian. Rupanya, hal2 ehwal dakwah dan jemaah ini adalah ujian. Rupanya segala SMS yang masuk dengan pelbagai hajat dan persoalan itu adalah ujian. Rupanya, aku sedang diuji. Ya Allah, mengapa aku lupa bahawa aku sebenarnya diuji Mu?


Aku lupa, ujian itu rupanya bukan sekadar RASA SEDIH DAN SIMPATI dengan berita adik2 yang demam dan dikuarantin, bimbang penularan H1N1. Bukan sekadar mendengar berita rumah sewa adik usrahku dipecah masuk sehingga kerugian hampir RM5000. Bukan sekadar mendengar berita kembalinya sahabat2 seperjuangan ke Bumi Kenyalang dan terbahulah satu tanggungjawab yang besar di bahu ini. Bukan sekadar mengawal clutch, gear, break dan minyak semasa belajar memandu, ditambah lagi dengan instructor yang aku tak paham!!! Rupanya ujianMu bukan sekadar ini.


Tetapi, rupa-rupanya ujian itu juga datang di kala aku teringin untuk SENYUM, ketika aku ingin terus BERLAPANG DADA dan BERTENANG, ketika aku sedang membina SABAR, ketika aku masih BERSEMANGAT, ketika aku BERAZAM dan BERTAWAKKAL di setiap penjuru malam-Mu!! Subhanallah…aku sedang diuji rupanya. Sekelip mata…senyum, lapang dada, tenang, sabar, semangat, azam dan tawakkalku…semua itu hampir2 runtuh dan luluh dari pangkalan hati ini…dan air mata jualah hadiah buat segala2nya.


Ya Tuhan…kenapa dengan aku ni? Aku tidak faham kenapa aku tidak faham2 Kau mengujiku, ya Allah. Kenapa aku tidak terfikir ini semua ujianMu. Astaghfirullahal a’zim…aku tak faham…sungguh aku tak faham… Aku tidak faham mengapa aku tidak faham2 bahawa ujian di Ramadhan ini perlu disusuli dengan SABAR LUAR BIASA…! Ya Allah, ya Tuhan…


Jumaat malam lepas, selesai peperiksaan pertengahan semester kertas MATH 5, aku kembali ke kamarku. Sebelum tidur, aku membaca SMS yang dibalas kepadaku pada hari Khamis, sebagai penawar ‘penyakit’ku ini. SMS yang kuterima ini dihantar kepadaku setelah aku meminta dia menghiburkan aku, setelah kupinta dia ingatkan aku dengan janji2 Tuhan, setelah kupinta dia menenangkan aku kerana aku sungguh tidak berdaya untuk memikirkan urusan dunia ini.


Dia mulakan dengan doa ini:

“Ya Allah, bukakan jalan untuk kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, kerana memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah bagiMu. Ya Allah, mudahkan kami dalam segala urusan kami dan kurniakan ketenangan di hati kami dan kesihatan pada tubuh badan kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami…”


Dia berkata (setelah dialih bahasa daripada bahasaku kepada bahasa Melayu):

“Ramadhan ini bulan kesabaran. Setiap kebajikan yang kau buat, Tuhan gandakan. InsyaAllah, tingkatkan kesabaranmu atas musibah ini. Tuhan sebenarnya tahu apa yang sedang kau lalui. Mungkin Tuhan rindu dengan rintihanmu. Tiada benda lain, Tuhan nak tarbiyyahkan kita ketika Dia turunkan musibah. Kau beruntung, punya peluang bertaqarub denganNya, apatah lagi dalam bulan mulia ini. InsyaAllah, moga semakin kuat cintamu kepadaNya. Musibah yang melanda mu itu, andai Tuhan nak selesaikan tanpa disangka2 ia akan selesai. Banyakkan bersabar. Moga dipermudahkan. Amin”


Hari ini, pabila kukenangi graf kehidupanku yang menurun minggu lepas disusuli dengan solusi2 yang kucari2, aku semakin stabil dan semakin WARAS. Aku semakin sedar dan berpijak di Bumi yang nyata. Aku sedar bahawa aku berada di dalam bulan Ramadhan dan SABAR LUAR BIASA lah penawar segala masalah jiwa ini.


Semasa aku bertadarrus Surah Fushshilat dan memahami terjemahannya, sampai ayat 30, aku merasakan Allah sedang menjawab doakan, sedang bercakap dan membalas permintaanku:


30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.


Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah!!…Dia menjawab doaku. Dia terasa dekat sekali denganku. Terasa seperti hati ini Kau pujuk, ya Allah. Terasa kelembutan dan hikmahnya ayat ini. Rupanya Allah sayang padaku. Rupanya Allah kasih padaku. Sebab itulah Dia datang semua ini. Alhamdulillah was Syukrulillah…


Berbaki 21 hari Ramadhan ini, ingin kulalui dengan lebih baik 9 hari yang kelam kelibut ini. Aku mohon kesempatan dan sedikit kekuatan Mu ya Tuhan…Amiin ya Rabbal a’lamin… Dan, terima kasih ‘dia’, mengembalikan ingatanku yang lupa dan lalai ini. Sahabatku dunia akhirat. =)

4 comments:

Suluh Hati said...

semoga Allah meluruskan hatimu dik...

RINDOK ATI said...

sama juak ngan kitak kak. kmk ada bca juak entri kitak ya. rupa2nya, kita semua diuji dalam ruang lingkup masing2.

puterinurzahra said...

salam... raufa..

Bila kita mula molah salah or something wrong...Allah cepat-cepat berik kesedaran kepada kita...mungkin ada perkara yang kita polah ya kita pun xperasan. Nampak remeh tapi amat besar akibatnya..
Lalu Allah datangkan ujian agar kita mula berfikir mengenai apa yang telah kita lakukan.
Bila Allah datangkan ujian bermakna Allah masih sayang pada kita. Sebab ya nya berik kita ujian.
Bila kita sik di uji, seolah-olah Allah sik peduli dengan kita.
Bersyukur dengan ujian Allah sebab ujian-ujian ya mampu mangingatkan kita kepada Allah...

peringatan tok dirik kmk juak :)

RINDOK ATI said...

makseh cikgu. kmk musykil phl kmk sik phm2. huhu.. Aku hamba yang sering lupa... smoga trus istiqomah =)