SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, July 15, 2009

SYUKUR SYUKURLAH

Alhamdulillah, Allah mudahkan aku mengemaskini entri terbaru blog ini. Syukur syukurlah …Tak habis2 hatiku memanjat rasa syukur atas nikmat Tuhan yang tak pernah putus-putus kepada hamba-hambaNya. Masuk hari ini, sudah 4 hari Semester 1 2009/2010 bermula di kampus utama UIAM Gombak. And, now I’m officially a 3rd year student. =)

Jauh benar sudah terasa tempoh pengajian ini. 2 hari pertama aku mula melangkah kaki ke dewan kuliah, entah mengapa rasa penat mengikat segenap urat sendi. Bahkan mulutku ini tidak seramah biasa, seolah2 terkunci malas untuk berbicara dengan sesiapa. Di sebalik rasa penat ini, ada azam yang berkobar2 dalam menghadapi semester baru ini.

Syukur ya Allah, kelmarin dan hari ini terasa bersemangat sekali. Senyuman seolah2 melekat di bibir. Dialah pencipta senyuman ini. Dengan 9 subjek baru, 18 credit hours…jadualku semester ini paling padat setakat ini. Hari Selasa dan Rabu kelasku bermula dari 8.30 pagi sehingga lewat petang. Pabila kubelek2 jadual ini, dalam hati berkira2 …“boleh ke tak ni?”… InsyaAllah, Allah tolong… =) Pesanan dan peringatan daripada sahabat2 seusrah cepat mencantas perasaan itu. Jangan pandang belakang!!

Setiap kali masuk kelas, aku teringat2 adab2 ketika menuntut ilmu yang acap kali disebut semasa usrah dahulu. Setiap hari kuberdoa agar ada berkat daripada ilmu yang kudapat daripada pensyarah2ku. Mudahan Allah terangkan hati ini, mudah menyerap tunjuk ajar mereka. Ampunkanlah dosa2 mereka ya Allah, kerana mereka adalah guru2ku yang menyampaikan ilmu-Mu. Mudahkan jua urusan mereka ya Allah.

“Kamek nak ngato idup lok (Saya ingin mengatur hidup)”. Teringat pada kata2ku kepada Kak Mariati tempoh hari. Kami tersenyum…macamlah hidup ini seperti benda konkrit yang bisa diatur2 kedudukannya. Sengaja aku mengeluarkan kenyataan sebegitu agar lebih terarah misi hidup seterusnya. Agar lebih teratur rentakku dalam pelajaran mahupun dalam persatuan. Kedua2nya sama penting. Bak kata seorang sahabat, “Study tetap nombor satu, tapi jemaah bukan nombor dua”. Ayat yang mudah dan amat mendalam maksudnya.

Lebih daripada semua ini, MASA menguji aku sekali lagi bagaimana untuk melihat kehidupan dalam makna hidup yang sebenar. Proses memanusiakan manusia sememangnya bukan kerja mudah. Proses memanusiakan diri sendiri juga perlu lebih tekun dilakukan. Mudah-mudahan diri ini terus bertahan untuk bermujahadah.

HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU =)

No comments: