SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, July 20, 2009

AKU JATUH HATI

Bila aku jatuh hati, ada getar membidik jantung ini. Aku tertunduk bersama deraian air mata tidak segan silu hadir. Bibirku terus jua mengalunkan bait2 qosidah bersama jemaah2 lain yang hadir di Masjid Taman TAR, Ampang. Kukira ini adalah kali kedua aku merasai perasaan sebegini.


Alhamdulillah, Allah mudahkan jua aku ke sini pada malam 27 Rejab ini. Walaupun masih terasa kepenatan kerana baru sahaja selesaikan Bengkel Keselamatan Remaja Islam (BESTARI) di Kolej Dar Hikmah, KDH Kajang yang berlangsung selama 3 hari dan berakhir tengahari tadi, aku cuba melawan. Sempat aku mengecas handset agar dapat merakam pengisian Isra’ Mikraj malam ini. Kalau hendak menulis dengan lebihan tenaga yang tinggal, mungkin banyak perkara juga yang akan tertinggal.


Di hadapan sana kelihatan Habib Umar Abdul Rahman al-Aziz dari Madinah sedang memberikan pengisian kepada para jemaah. Di sebelahnya, kelihatan Sheikh Fuad Kamaluddin al-Maliki, Mufti Negeri Sembilan. Hatiku mulanya agak kecewa kerana kepingin benar mendengar ceramah dari Sheikh Fuad. Syukur Alhamdulillah… rupanya slot pertama itu adalah buat Habib Umar dan disambung dengan slot kedua daripada Sheikh Fuad. Aku tidak terlepas rupanya. =)


Inilah kali pertama mendengar penyampaian ilmu daripada ulama ini. Ada 3 perkara yang beliau sampaikan pada malam itu. InsyaAllah…dalam entri seterusnya, aku akan menulis semula rakaman Majlis Isra’ Mikraj ini.

Pertama mengenai perkahwinan. Aik…? Takkanlah Sheikh Fuad pun nak bukak bab2 ni. Bukan apa…sejak 3 hari lepas dalam BESTARI pun isu ini menjadi bualan antara HEWI PKPIM jua penceramah2 yang datang. Tau2 je sekarang ni musim orang kahwin. Sesungguhnya kalau dalam bab2 ni, aku lebih suka mendiamkan diri kerana aku “jahil” mengenai perkahwinan dan yang sewaktu dengannya. Bukanlah aku menolak rahmat dan keberkatan perkahwinan dalam hidup manusia. Cuma, aku menjadi non-responsive jika inilah perkara yang dibincangkan. Aku lebih banyak mendengar daripada berkomentar.


Kedua mengenai Rasulullah S.A.W yang juga topik besar ceramahnya malam ini. Dan inilah kemuncaknya pabila aku sudah tidak mampu membendung air mata kerana rasa malu, rasa tidak layak, rasa bahawa aku sebenarnya telah menyakiti Rasullullah S.A.W. Layakkah aku mendapat syafaat Baginda di Mahsyar nanti? Kenalkah Baginda denganku di sana nanti? Kata-kata Shiekh Fuad terus menguasai jiwa dan fikiranku. Kita manusia kadang2 mengambil ringan soal dan kepentingan selawat buat junjungan besar Muhammad S.A.W. Padahal dengan banyak2 selawatlah Baginda mengenali umatnya kelak. Dan sekarang ini, ramai yang sudah memperlekehkan Rasullullah S.A.W dan mempersoalkan banyak perkara mengenai Rasullullah S.A.W. Padahal untuk mendapat cinta Allah, kita perlu juga untuk mencintai Rasullullah S.A.W. Menurut Sheikh Fuad, para nabi2 pun tidak akan masuk ke syurga tanpa syafaat Rasullullah S.A.W, apatah lagi kita ini manusia biasa..!


Ketiganya, Sheikh Fuad telah mengijazahkan sebuah hadith yang sanadnya bersambung hingga sampai kepada Rasullullah S.A.W. InsyaAllah, akanku tulis jua di entri akan datang.


Malam itu sungguh indah. Aku benar2 sudah jatuh hati dengan bait2 qosidah yang dialunkan beramai2 pada malam itu dan juga pada majlis sebelum ini yang kuhadiri di Ampang juga. Kuliah daripada Sheikh Fuad membuka rasa cinta buat Muhammad S.A.W. Tidak pernah kuhadiri kuliah yang mula dan akhirnya diindahkan dengan qosidah2 ini. InsyaAllah, misi seterusnya adalah untuk memiliki qosidah ini dalam bentuk buku dan audio. Syukran ya Allah, Terima Kasih Tuhan =)

2 comments:

hartini ♥ said...

salam.
that is the same feeling tht i got when attending majlis zikir/kelas di rumah Habib Muhammad. Teringin nak jumpa dengan Habib Umar n Syeikh Fuad.

RINDOK ATI said...

insyaALLAH..mudahan Allah mudahkan. Byk berkat berguru dengan ulama yng mursyid tok =)