SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, June 8, 2009

“KTK MAOK KMK BERTERUS-TERANG KA BERTAPIS-TAPIS?”



Makna entri saya kali ini : “Anda mahu saya berterus-terang ke bertapis-tapis?”


Satu hari, saya menerima SMS daripada seorang adik yang ingin memberikan pendapatnya mengenai sesuatu. Apabila dia membalas dengan pernyataan di atas, saya terfikir sebentar.


Manusia dalam dunia ini pasti ada satu ketikanya akan berhadapan dengan situasi di mana perlunya berterus-terang. Dan, pasti juga berhadapan dengan situasi di mana perlu menerima respon orang lain tentang sesuatu perkara.


Berterus-terang dan menerima /menolak pendapat orang lain menuntut kepada kesediaan hati dan minda untuk mendengar dan menganalisis kebenarannya juga sebab-musababnya. Berterus terang adalah situasi yang boleh menyebabkan seseorang untuk berhenti, memuhasabah dan menilai salah silapnya, hasil kerjanya, sikapnya, ideologinya dan tindak-tanduknya. Kesediaan hati dan minda sememangnya sangat diutamakan kerana itu penggerak kepada kestabilan dan pengawalan emosi seseorang.


Pendapat yang membabi buta tanpa alasan yang jitu lebih baik jangan dilayan (BIKIN PANAS!!)…. Orang yang berterus-terang harus melafazkannya dengan penuh hikmah, tanpa emosi dan benar. Kenapa perlu berterus-terang??? Perlu…sebagai penilaian diri mahupun jemaah kita…


Secara peribadinya, saya merasakan banyak juga situasi ini berlaku. Kadangkala saya jadi pening, terdiam, cuba untuk menghadam jalan penyelesaiannya, menerima dan menolak. Namun akhirnya saya dapati satu perkara.

Dalam urusan kita sehari-harian, tidak semua yang bersetuju dengan apa yang kita putuskan. Hatta nak masak Laksa Sarawak pun ada banyak pendapat yang berbeza-beza dan setiap yang berkata-kata itu akan mengakhiri kata-kata mereka dengan : “baruk nyaman…” ataupun “barulah sedap…”. -_-“


Dan inilah masanya kita insafi diri kita. Kita sememangnya tidak dapat untuk memuaskan hati semua orang. Kerana setiap manusia tidak sama pendiriannya. Sebagai pemimpin, kita harus mengambil jalan tengah. Jalan yang dipersetujui majoriti. Inilah yang Rasulullah S.A.W ajarkan.


Dan harus juga kita ingat, penilaian manusia bukanlah apa sangat berbanding dengan penilaian Allah S.W.T. Asalkan kita berusaha untuk mendapat redha-Nya. Peri pentingnya penilaian manusia ini adalah sebagai batu loncatan dan anjakan paradigma dalam hidup. Dan selebihnya, pulangkanlah kepada Sang Pencipta.


Allahu a’lam…

2 comments:

aiman said...

Salam ziarah..

RINDOK ATI said...

makseh aiman...ziarah selalu :)