SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, June 28, 2009

DIARI 3 HARI ITU...(siri 2)

Hari 3:Ahad, 28 Jun 2009
Aku, Aida dan Cikgu Nurul merancang untuk ke Pustaka Indon di Masjid Jamek pagi itu. Tiba2 aku mendapat satu mesej daripada seorang sahabat mengatakan Ustaz Awang Pon dimasukkan semula ke SMC Shah Alam, wad 519. Aku mencadangkan kalau ada kereta
bolehlah melawat. Dan sahabat ini mencadangkan kami akan melawat beramai2 menaiki komuter dan teksi ke Shah Alam.


Ustaz Awang Pon…tidak banyak kenanganku bersamanya. Namun jauh di sudut hati, ingin sekali kuberbicara sendiri dengannya setelah mendengar cerita daripada sahabat2 di Sarawak. Teringat ketika dia masih sihat, aku adalah dalam 2-3 kali mendengar kuliah Subuhnya di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Malah hanya lambaian tangan kepadanya sahaja interaksi terdekat kami. Dan jam 1.30 petang, kami tiba di SMC Shah Alam. Muslimin seramai 4 orang mendahului kami.

Aku, Aida dan Nurul menyusul kemudian. Pintu Wad 519 kuketuk. Pabila kubuka, kulihat wajah seorang sahabat seperti menitiskan air mata. Berdebarnya tika itu. Inilah kali pertama ku berhadapan dengan Ustaz Awang Pon. Aku bersyukur dapat juga kumendekati ustaz walaupun dalam keadaan dia masih lemah. Ketika Ustaz masih berada di dalam bilik air, kutanya pekembangan kesihatan Ustaz kepada sahabat2ku. Mereka menjawab, penglihatan Ustaz agak kabur, namun masih boleh mendengar. Dan, kakinya agak bengkak. Sepanjang di wad itu, suasana sunyi menguasai kami. Kukira masing2 ketujuh2 orang anak muda ini tengah berfikir dan menahan perasaan masing2.

Dalam hati, aku bermonolog sendiri. Aku tidak kisah tidak dikenali Ustaz, namun dia adalah figura masyarakat yang aku kagumi. Dia salah seorang yang berjuang memakmurkan Sarawak dengan bunga2 Islam. Dia merintis banyak perkara dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri. Aku sangat bersyukur ketika ini. Pabila ustaz kembali baring di atas katil wad itu, dia mula bercerita kepada kami. Suara Ustaz sangat lemah sehingga ada butir bicaranya tidak tertangkap telingaku. Di sebalik dinding ruangan tempat duduk, air mataku menitis jua akhirnya. Tak tertahan mendengar getar suara lemah Ustaz. Ustaz terus bercerita, kami patuh mendengar bibirnya berkata-kata sambil matanya terpejam. Aku pasti dihati kami yang bera
da di situ tidak putus berdoa atas kesihatan Ustaz.

Melepasi jam 2 petang, kami meminta kebenaran Ustaz untuk berangkat pulang. Seusai itu, kami terus mencari surau kerana solat Zohor belum lagi tertunai. Dalam solat, air mataku tumpah lagi. Doaku masih jua tidak putus buat Ustaz Awang Pon.


Itulah perkara terbesar berlaku pada hari ini. Selepas tiba di KL Sentral, kami bertiga berpecah dengan sahabat muslimin dan terus ke Pustaka Indon di Masjid Jamek. Ini adalah kali pertama Cikgu Nurul dan Cikgu Aida menjejaki Pustaka Indon. Ingat lagi Cikgu Nurul bekata, “Kamek terasa berada dalam lautan buku jak! (Saya rasa seperti dalam lautan buku je)”. Tersenyum aku mendengarnya. Respon Cikgu Aida pula, “Mel, kamek asa sikmok balit jak, mok tinggal sitok (Mel, saya rasa tak nak balik je, nak tinggal kat sini)”. Hehehe…macamlah kedai buku itu bapak dia punya! Alhamdulillah…terima kasih Azwani kerana perkenalkan kedai buku ini padaku. Mudahan ada manfaatnya buat sahabat2 kita yang lain.


Dan sebagai hadiah buat diriku sendiri, aku membeli sebuah buku bertajuk: “Jangan Menyesal Menjadi Wanita” karangan Dr. Yusuf Qardhawi. InsyaALLAH, sebahgai ubat “sakit jiwa” yang kualami. Huhuhu

Hari Ini: 29 Jun 2009
Aku siapkan entri ini. Mataku masih lagi sakit akibat peristiwa malam tadi. Mudahan Allah menerima amalanku. Ya Allah, janganlah Kau persia2kan usaha kami ini. Berikanlah aku petunjuk atas perkara2 yang berlaku dalam hidupku. Sesungguhnya, tiada kuketahui perancangan-Mu ke atasku, ya Rabbi. Berikan aku petunjuk, berikan aku petunjuk…Amiin…

2 comments:

ceria duniaku:) said...

kmk baca pun nangis juak..moga rahmat tuhan bersama ustaz...

RINDOK ATI said...

doakan kesihatan beliau selalu, cerita duniaku. Sebab Ustaz adalah salah satu permata yang amat berharga dalam membantu dunia dakwah di Sarawak. Dan kita urang mudak tok, siapkan lah dirik kita dengan ilmu. :)