SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, May 10, 2009

SEMESTER BARU


Sudah seminggu semester ketiga sesi 08/09 UIAM bermula. Semester ini aku naik awal setahun lagi pengajian di universiti ini iaitu tahun ketiga. Dan melihat kepada pelan pembelajaran dalam jurusan ini, aku tinggal 2 tahun lagi. Berada di tahap ini membuktikan teori ‘pejam celik, pejam celik’ yang sering kita perkatakan.


Terfikir juga, apa yang ingin dicapai selepas habis belajar lagi. Memilih jurusan kejuruteraan ini sebenarnya adalah cara untukku menghargai menyambung ilmu2 sains yang kupelajari di sekolah terutama sekali dalam subjek fizik dan matematik. Melihat keputusan SPM dan kelayakan memohon di IPT, UIAM menjadi pilihan. Alang2 sudah separuh jalan maka kuikatkan hati mengambil jurusan ini. Sayang andai ditinggalkan. Namun, untuk menjadi jurutera itu, bukanlah keinginan sebenar. Maka, aku tidak pernah menetapkan jurutera itu sebagai medan utama menyambung hidup. Namun, sekali-sekala ingin jua merasai suasana kerjayanya nanti.


Apapun, perancangan jangka panjang belum betul2 diatur. Aku masih risau bagaimana untuk mengekalkan reputasiku semester demi semester. Bagaimana untuk menguruskan masa dengan bijaksana tanpa perlu mengenepikan hal ehwal jemaah dan umat? Bagaimana untuk memanfaatkan masa dengan baik dan mengabaikan agenda2 hidup yang sia2? Patutnya persoalan2 ini sudah berjawapan sejak dahulu lagi. Cuma, empunya diri ini jualah yang tidak konsisten.


Semester baru tetap akan terus tiba. Mudahan Allah terus mudahkan jalan ini.

2 comments:

Safi ArRahman said...

Salam Fa, moga Allah mudahkn urusan fa. There are no gains without pains. Teruskn usaha tnpa jemu.

-Rancakkan Perjuangan, Tingkatkan Seruan-

KAK MEN said...

terima kasih, safi ar-Rahman....