SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, April 30, 2009

SABAH KUJEJAKI 1

HARI 1: 19 APRIL 2009, AHAD, 12.30AM

Saya tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Saya adalah peserta terakhir yang tiba di Sabah ini. Mengantuk dan penat menjadi ‘Cinderella’ di tengah2 malam buta. Kira2 12.45am, sahabat2 saya tiba seramai 4 orang menaiki kancil. Akhirnya, kami menjadi ‘ikan sardin’ akibat beg pakaian yang besar juga beg buah tangan yang saya bawa. Perjalanan diteruskan ke Kampung Pimping, daerah Membakut, Sabah yang jauhnya lebih 2 marhalah dari KKIA.


Jam 2.30am, saya tiba di Kediaman En Awang Samat, keluarga angkat saya sejak 2 tahun lepas. Terus kami ‘packing’ barang2 dan bekalan2 yang akan dibawa ke gunung Kinabalu awal pagi esoknya.

(Cuak gak…huhu)


HARI 2: 20 APRIL 2009, ISNIN

Kami bertolak ke Kota Kinabalu terus ke Ranau iaitu lokasi Gunung Kinabalu. Sebelum itu, kami singgah ke Kinabalu Park untuk makan tengah hari. Buka saja pintu HILUX, hawa sejuk menghembus muka. Sejuk. Ini belum lagi naik gunung. Huhu


Habis makan tengah hari, kami tiba di perkarangan gunung. Gunung Kinabalu berada di hadapan mata. Subhanallah…tinggi dan sejuk bukan main. Gunung yang tertinggi di Malaysia, kira2 4093.4 meter dari aras laut memukau mata. Dan, inilah hasilnya:





Kami diberikan 2 jam untuk mendaki 2 pondok perhentian. Sekadar ingin memberi pengalaman kepada 5 manusia yang bukan asalnya dari Sabah ini. Saya khuatir saya tidak mampu menghabiskan pendakian ini. Kami diberikan tongkat untuk membantu pergerakan di gunung. 3/4 pendakian saya mengah. Baru terfikir, kami tak panaskan badan pun tadi. Akhirnya, pondok pertama ditawan.Hehe

Saya agak putus asa. Penat bukan kepalang. Saya menyuruh sahabat2 lain meneruskan pendakian mereka terlebih dahaulu dan saya akan menyusul. Antara pendakian dari pondok 1 ke pondok 2, saya sudah menggapai awan!! Kabus tebal ini adalah awan nipis jika dilihat dari bawah. Suhanallah…awan… Lima langkah, berhenti…lima langkah, berhenti… sikit2 akhirnya tibalah ke pondok 2. Baki 30minit lagi kami mendaki separuh perjalanan ke pondok 3.


Alhamdulillah…sambil berehat Pak Cik Samat (Abah) memberi input kepada kami anak2 muda. Mendaki gunung ini banyak mengajar kita sebenarnya. Kekuatan mental itulah kuncinya. Kalau kita tak sanggup nak naik, kita perlu turun melalui perjalanan yang lebih jauh. Maka, perlu kuatkan teruskan sampai ke puncak.

Ketika menuruni kaki gunung, kaki kami semua lenguh. Jika berhenti berjalan, kaki akan menggeletar.

Ya Allah…kelakar.. Hampir2 ke perhentian terakhir, saya dah mencekak pinggang…jalan, jalan dan jalan lagi…berakhir juga pendakian ini.


...bersambung....


No comments: