SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, April 2, 2009

KOTAK ROKOK BERIMEJ NGERI

Terpanggil untuk berkomentar di sini mengenai satu berita baru2 ini. Sedang saya mendengar satu stesen radio di satu pagi baru2 ini, saya cuba menangkap topik bual mereka pada pagi itu. Kalau tak silap dengar, kotak rokok berimej ngeri.

Betul2 ngeri bagi yang gemarkan rokok ni. Saya tertarik dan terus mengikuti siaran stesen radio tersebut pagi itu. Macam2 respon yg saya dengar dari pendengar2 lain.

Respon 1:

Suami saya gemar merokok. Bila dia beli rokok tu, dia balik rumah, dia ambik spray (rajin pulak nak spray2) dan spray kat kotak tu. Tak pun, dia ambik marker conteng sampai tak nampak. Kalau ade selotape, die balut dan macam2 lagilah dia buat.


Respon 2:

Saya merokok jugak, tapi jarang2la. Masa merewang ke, time tu saya akan merokok. Pasal imej ngeri kat kotak rokok tu, saya cadangkan selain letak imej2 tu, letak juga imej babun ke, tapir ke tgh hisap rokok. Jadi, perokok2 yang membeli ni akan rase, ‘same pulak aku ngan mamat2 ni’


Ada lagi komen2 lain, tapi yang 2 inilah yang membuat saya tergelak. Sejurus kemudian, saya mengingatkan diri untuk mencari maklumat sesegera mungkin. Inilah yang saya jumpa:



Subhanallah…nak muntah saya melihatnya. Ni kalau tak insaf2 lagi, tak taulah nak cakap.Tapi, tahniahlah kepada penyumbang idea kotak rokok berimej ngeri ni. Biar kita ni sama2 mengingati yang mereka yang terlupa. Lagipun, mangsanya bukan sahaja si perokok, tapi kita yang dok kat tepi depa pun dalam bahaya sekali. Maka, terus katakan TAK NAK! kepada rokok…


2 comments:

Suluh Hati said...

Ingat mek dialog kawan mek negur patient merokok.."Bila gik mok berenti merokok? Nunggu kilang tutup?"

SITI RAUFA SUFRINA ABDUL RAUB said...

hahaha...mun jak kilang tutup...