SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, April 5, 2009

FINAL EXAM & PM BARU



Yang ni jela isu hujung2 sem ni…. FINAL EXAM!! Alhamdulillah…baru tadi dah lepas satu paper.

UNGS 2050: Ethics & Fiqh for Everyday Life. Insya-Allah lepas ni ada 4 subjek lagi menanti. Lepas baca blog kak Diana – citra muslimah – aku mendapat kekuatan sedikit. Seronoknya melihat orang lain berusaha…mudahan Allah mudahkan jalan kak Diana dan sahabat2ku yang tengah final exam sekarang. Juga jalanku ini.


Aku sebenarnya teringat, tengah syok stadi…aku sumbat telinga dengan headphone. Sejak mendengar isu kotak rokok berwajah ngeri tu, aku tukar ke stesen radio yang sama untuk mengetahui apa pula isu terbaru hari tersebut. Aku syorkan agar mahasiswa2 lain juga mengambil langkah yang sama seperti ini agar tidak ketinggalan mengikuti isu semasa. Bagiku, radio ni digunapakai elok2, ada manfaatnya.


Bila dengar…PM? Tahniah?...ape pulak yang PM buat kali ni?...dengar punye dengar, tahniah kepada PM Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Naib Tun Razak…. Waa…!!!!!!! Tempurung betulla si katak ni….rupa2nya, hari tu hari perlantikan PM baru Malaysia.




Tanggal 3 April yang lepas, Pak Lah selamat meletakkan jawatannya sebagai PM yang ke-5, dan sekarang Malaysia diterajui oleh PM yang ke-6 pulak. Ape prasaan aku sebenarnya???


Hmm…tiada harapan menggunung tinggi. Cuma doa moga2 rakyat Malaysia ni tak hanyut dalam kemajuan dan lalai dalam pembangunan. Maka, kuasa itu semua Allah berikan atas pemimpin kita. Apa pendapat anda, bagaimana pemimpinnya, begitulah rakyatnya?? Fikir2kan… (:


Dah3…study2….

1 comment:

bro yusry said...

Salam ukhuwah, semoga di mana sahaja anda berada..bumi itu akan sentiasa riuh dengan dakwah anda :-D