SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, April 30, 2009

BOOKS MANIA \(^o^)/


Hampir 3 minggu sudah entri blog ini tidak dikemaskini. Maaf beribu2 maaf…agenda disusun bertali arus setelah habis peperiksaan akhir semester lepas mengekang jari2 ini berada di persada alam maya. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan ini.

Pesta Buku 2009 yang selamat diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17-26 April yang lepas .( Macam tau2 je aku ni habis exam 16 April ;p) Kali ini saya memang betul2 berpestalah!

17 April, saya ditemani saudari Azwani Jaini meredah Masjid Jamek, Jalan TAR dan akhirnya ke Pesta Buku. Masing2 mencari barang2 yang dipesan dari saudara-mara masing sebelum pulang ke kampung halaman.

Hari pertama, sampai2 saja ke dewan pameran, tapak buku PTS terdahulu dicari. Pengunjung tidaklah berapa ramai pada hari tersebut dan agak memudahkan kami membelek2 buku2 yang ada. Hari ini jumlah buku yang saya beli ialah 8 buah buku semuanya.

18 April iaitu hari kedua, saya dan Azwani bersama saudari Siti Nurbaya (Kak Siti) yang tiba di Kuala Lumpur malam 17 April, pula menyerang PWTC. Saya ingatkan tidak sempat bersama mereka memandangkan urusan di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya perlu diuruskan, namun terbatal. Bayangkan 2 hari ‘begasak’ keluar setelah 2 minggu terkurung dalam bilik meletihkan segala urat sendi ini. Sudah lama saya tidak merasakan penat sebegitu.

Jam 3.30 petang saya beredar dari PWTC terlebih dahulu memandangkan saya terpaksa berkejar ke LCCT kerana petang tersebut saya akan pulang ke Sarawak. Dalam Sky Bus, saya mengira jumlah buku yang dibeli hari ini ada 4 buah semuanya.

Saya benar2 berpesta buku kali ini. Apa yang saya tak sangka, Kak Siti sanggup terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur dengan tujuan utama untuk pergi ke Pesta Buku. Semangat apakah itu? Books Mania kah??

Saya ingin memohon maaf banyak2 kepada sahabat2 di Sarawak. Saya terlepas pandang satu perkara. Saya terlupa untuk bertanya pesanan2 buku daripada sahabat2 di sana. InsyaAllah untuk Pesta Buku yang akan datang, saya akan khabar2kan.

3 comments:

Siti Nurbaya said...

Mel, semangat neGro! hehe

KAK MEN said...

haha... (n_n)

annamlatun said...

negro??? kah semangat gaban! hahaha...