SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, March 9, 2009

HIMPUNAN RAKSASA 100,000 RAKYAT

Salam. Saya berkesempatan mengikuti Kursus Latihan & Praktikal Dakwah yang berlangsung di Masjid As-Syakirin KLCC, 6-7 Mac 2009. Saya dan sahabat saya, Aida, hadir pada tengah hari Sabtu. Memang saya sudah tahu secara kasar agenda2 yang akan dibuat.

Pada mulanya saya memang agak tawar hati untuk hadir pabila saya dapat tahu peserta kursus yang juga ahli2 PKPIM akan berdemostrasi bagi membantah PPSMI dari Masjid Negara hingga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau tidak kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab saya untuk hadir Mesyuarat Selari pada sebelah malamnya, mungkin saya tidak akan hadir kursus ini. Terus-terang saya katakan, saya kurang berminat mengikuti apa2 demostrasi pun. Saya kurang bersetuju.

Setelah diberi taklimat ringkas, ada juga beberapa orang sahabat yang tidak turut serta. Tatkala ini, saya keliru. Kami diberi pilihan samada untuk mengikut demostrasi. Kalau tidak, kami mesti membuat soal selidik dengan orang2 awam mengenai isu PPSMI ini. Dalam hati saya menilai. Takkanlah nak ikut demostrasi semata2 tidak mahu membuat soal selidik. Niat pun lain pula. Saya mendiamkan diri sambil otak ini berfikir untuk membuat keputusan. Akhirnya, niat dibulatkan untuk tidak mengikuti Himpunan Raksasa 100,000 rakyat itu.


Sesiapa yang berdemostrasi itu, silakan. Itu pendekatan anda. Saya menghormati pendekatan itu kerana saya tahu kalau hendak mengubah sesuatu, BANYAK CARANYA!! Dan sesiapa yang tidak ikut serta pula, silakan. Kita buat survey mengenai PPSMI dan juga sambutan Maulidur Rasul. BUKAN BERMAKNA KITA TIDAK BERDEMOSTRASI, KITA TIDAK MENYOKONG AGAR DIMANSUHKAN PPSMI!!! BUKAN BERMAKNA KITA INI TIDAK MERASAKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN MEMBANTAH PPSMI!!! BUKAN BERMAKNA KITA PENGECUT!!!


Saya dan sahabat saya dari USM, Dilah, mula bergerak di sekitar Taman KLCC. Aduh! Pemandangan kurang menyenangkan muda-mudi menjadi tatapan. Sabar…mudahan Allah bagi petunjuk. Dari selepas waktu Zohor sehingga waktu Asar, kami berjaya mendekati 3 kumpulan – 2 orang pelajar Syariah, Kolej Cybernatik Cheras, seorang guru yang mengajar subjek ICT dan sekumpulan fasilitator wanita dari pelbagai IPT.


Ringkasnya, kesemua mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI. FAHAM adalah kunci bagi subjek2 kritikal seperti Sains dan Matematik. Banyak proses2 yang perlu kepada PEMAHAMAN. Dan, bagi kumpulan fasilitator tadi, mereka mempersoalkan mengapa perlu subjek Sains dan Matematik sahaja? Mengapa tidak dilaksanakan dalam subjek2 teori seperti Sejarah dan lain2? Tambahan pula, golongan doktor2 ataupun jurutera2 masakini belajar dalam Bahasa Melayu. Berjaya juga!




Dan menyentuh peristiwa yang berlaku pada hari itu, ada yang tahu dan ada yang tidak. Dan kami bercerita mengenai himpunan yang sedang berlaku tatkala itu. Habis tugasan, saya diberitahu berlaku kekecohan di tempat perhimpunan. Ada sahabat2 yang terkena gas pemedih mata, ada yang ditembak water canon dan ada juga yang dikasari FRU. Risau bertandang. Mudahan Allah mudahkan urusan mereka. Paling tidak pun, KPM sudah mula mendengar suara2 rakyat ini. Tertarik saya dengan kata2 Datuk A. Samad Said. Nak perjuangkan bahasa pun kena sampai berdemostrasi. Tidak mengapa, Datuk! Mudahan tinggi jua ganjarannya di sisi Allah SWT!

No comments: