SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, January 26, 2009

KEMBARA SAYA & KEMBARA KUANTAN HEWI 2009 (-:

Alhamdulillah. Setinggi2 puja dan puji kupanjatkan pada ya Allah.
KEMBARA KUA NTAN HEWI 2009 (KKH09) akhirnya melabuhkan tirai. Setelah sebulan lebih saya dan sahabat2 di Kuantan juga di Lembah Klang bertungkus-lumus, akhirnya inilah kembara kami. Kembara yang bermula jam 10.30 malam 23 Januari lepas membawa delegasi HEWI yang belajar sekitar Selangor seramai 19 orang. Tiba di Kuantan jam 2.30 pagi 24 Januari, kami ditemukan dengan HEWI dari UIAM Kampus Kuantan seramai 8 orang yang menjadi tuan rumah KKH09 kali ini. Penat perjalanan dari Selangor ke Pahang bertukar dengan rasa rindu antara satu sama lain. Inilah Hikmah Kembara (-:

Pagi 24 Januari, HEWI PERKEPISMA memulakan sesi ta’ruf yang tidak sempat dilaksanakan semalam. Pengisian Ma’na Syahadain oleh Saudari Ayat bt Ibrahim (Kak Ayat) seterusnya Hamba dan Khalifah oleh Saudari Mariati bt Roslan (Kak Mar) menjadi keutamaan untuk sesi pagi itu.


Dalam sesi Ma’na Syahatain, para peserta didedahkan dengan mendalam apa sebenarnya makna tersirat yang tekandung dalam kalimah syahadah kita. Itulah dia sumpah, ikrar dan janji kita pada Tuhan Pencipta sekalian makhluk di alam semesta ini.


Tajuk Hamba dan Khalifah yang disampaikan oleh Kak Mar juga agak menarik perhatian semua. Di sini para peserta diingatkan bahawa tangunggjawab sebenar hidup manusia di dunia ini dan bagaimana cara2 menjalankan tanggungjawab tersebut dalam ruang lingkup dan kapasiti masing2.


Aktiviti yang paling ditunggu2 adalah kembara ke Teluk Cempedak (TC). Petang itu agak berangin dan air laut juga sedang pasang. TC, pantainya agak panjang, pasirnya agak kasar sedikit. Ada juga pemandangan keluarga bahagia dan ada juga yang tidak sedap dipandang.
Kami mencari kawasan yang sesuai. Mulanya kami berjalan agak jauh dari tumpuan orang ramai. Baru beberapa minit aktiviti pembahagian kumpulan dijalankan, kami diganggu oleh makhluk ini!!


Saya amat kaget ketika itu. Dalam perjalanan tadi, Wani baru sahaja menceritakan pengalaman beliau dan beruk2 ini. Habislah tepung2 yang disediakan oleh Zuraidah (Ju) ‘diculik’ mereka. Sabar jelaaa…gagal mendapat apa2 faedah dari tepung itu, beruk2 itu mengintai barang2 pengunjung lain yang berhampiran dengan kami yang tidak dijaga. Berjaya mencapai dua pek makanan dan terus ia dilarikan, kami terkedu pabila rakan2 beruk itu semakin banyak keluar dari hutan seolah2 meraikan hasil ‘buruan’. Dalam 7 ke 10 ekor agaknya. Allahuakhbar…tak boleh jadi ni…


Kami segera kembali ke kawasan tumpuan orang ramai agar lebih selamat. Alhamdulillah…aktiviti tetap diteruskan walaupun kegalauan berbekas di hati. Saya menjadi komander Telematch HEWI ini. Para peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan : CEMPEDAK, DIVA, SEMPOI dan OMBAK. Dan 4 permainan disediakan kepada mereka. Ada keriangan di hati masing2. Inilah saatnya hujung tali ukhwah disimpul dan diikat antara satu sama lain. Setelah berada di TC selama lebih kurang 3 jam, kami pulang semula ke UIAM.


Malamnya, kami disajikan dengan cerita ‘Sang Murabbi’ yang menceritakan tentang seorang tokoh Indonesia iaitu Ustaz Rahmat yang tidak penat berjuang di tanahairnya sehingga ke akhir nafas. Apa yang meruntun perasaan saya adalah saat keranda Allahyarham diusung ke tanah perkuburan. Terlalu ramai manusia seolah2 disimbahi dengan Hari Kesedihan…saya terdetik,ini baru tokoh pejuang yang disayangi masyarakat. Maka pasti keadaan lebih sedih pada saat kewafatan Rasulullah S.A.W dahulu. Ya Allah, rahmatilah Rasul kami juga roh2 pejuang2 agama-Mu.


Hari terakhir kembara dibuka Qiammulail. Alhamdulillah, sempat kami melaksanakan Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir sebelum Subuh secara berjemaah. Tidak lupa, kami mendoakan agar diringankan ujian saudara2 kita di Palestin. Kuliah Subuh dikendalikan oleh saudari Azwani bt Jaini (Wani) bertajuk ‘An-Nisa’ di Bumi Kenyalang’. Pendekatan yang beliau lakukan adalah kuliah berantai. Maka pagi itu, ada 4 perkongsian yang berjaya dilakukan. Saya mendapati, semua orang segar-bugar sepanjang kuliah ini. Apalagi dengan perkongsian saudari Sheril Aida (Eda) yang mencuit hati semua tetapi dalam amat maknanya.


Kami meronda Kampus UIA Kuantan pagi itu. Keadaan pagi masih berangin. Saya melihat ada beberapa bangunan yang hampir siap, dan masjid UIA belum lagi nampak bentuknya. Dalam hati saya berdoa agar pembangunan kampus ini dapat segera disiapkan. Biar lebih selesa dan memudahkan para pelajar di sini.


Masa kembara memang dirasakan terlalu singkat. Itulah yang diutarakan oleh para peserta dalam sesi penutupan. Ada yang menyatakan bahawa mereka baru tersedar bahawa tanggungjawab mereka rupa2nya besar. Selain itu, ada yang menyatakan rasa syukur kerana cuti mereka terisi dengan KKH09. Sukar untuk mereka mencari saluran sekiranya berada di kampus masing2. Ada yang mencadangkan agar baju T-shirt HEWI dibuat sesuai untuk aktiviti2 seperti ini. (Hmmm….projek baru ni…)












Alhamdulillah…apa yang lebih penting adalah manfaat yang mereka dapat dari KKH09. Inilah harapan saya dan AJK2 yang lain. Program ini adalah yang pertama dalam kalender HEWI PERKEPISMA, memang ada gusar di hati2 kami. Namun sesungguhnya, pada Allah lah kami pohon kekuatan agar terus ikhlas dan istiqomah mendidik masyarakat terutamanya muslimah2 yang disayangi.


Di kesempatan ini, dalam kerendahan hati ini, saya ingin mengucapkan juta2an terima kasih, syukran jazilan dan thank you buat semua pihak yang menjayakan KKH09.

Terutamanya buat AJK Kuantan : Azwani, kak Ayat, kak Zaiti dan kawan2, Ain, Husna. AJK Lembah Klang: Ruzanna, Eda, Ju, Syazwani. Tidak lupa SENIOR2: Kak Mar dan saudara Azrul atas bantuan dan nasihat. En. Shahrudin kerana menyediakan bas yang selesa, juga buat warga PERKEPIS pusat, Ustaz Husaini, Pn. Lily dan penyumbang2 kewangan dan tenaga KKH09 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Akhir sekali kepada para peserta KKH09, saya doakan kalian diberi kekuatan untuk berjuang di arena masing2. Manfaatkan input KKH09, muhasabah diri kita dan teruslah bermujahadah. Kami mohon maaf atas segala kekurangan dalam KKH09 dan mudah2an ia menjadi tarbiyyah pada diri kita. Moga kita berjumpa lagi di KKH10 (…opsss…)


Dalam rebah kita bangun,
Pada-Nya kekuatan kita pohon…
Dalam lemah kita bangkit,
Pada-Nya kekuatan kita pohon…
Dalam gelisah kita tenang,
Pada-Nya kekuatan kita pohon…
Sungguh!
Yang susah itu amat senang bagi-Nya…
Sungguh!
Yang berat itu amat ringan bagi-Nya…
Maka,
Pada Allah kekuatan kita pohon…

(suprise!!!!! hihi)

video

2 comments:

hartini islet of lingerhen said...

kak nisa pun ada?
wahh2..

annamlatun said...

-_-" tok sik boleh jadi tok...

kenak ada suprise ya indah...

huhu...