SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, January 12, 2009

BANJIR

Di sini orang sibuk berkomentar tentang Gaza…termasuk juga aku.
Salah diriku sendiri, bertangguh-tangguh bertanya khabar keluarga di rumah sejak dari hari Jumaat lagi .

Petang Ahad, berita banjir di Kuching hanya kuketahui daripada Ju. Terus kuhubungi keluarga di sana. Ayah berkata air dari bawah tanah sudah masuk melalui celah2 dinding rumah sehingga paras pergelangan kaki.

-paras air pada petang ahad di rumahku-

Awal pagi Isnin, kuterima SMS ibu. Katanya, air memenuhi rumah sehingga paras dada! Inilah rekod banjir paling teruk sejak tahun 2004. Aku menghubungi ibu, dia dan adik2ku tidak dapat keluar dari rumah. Dia tidak mengajar hari itu dan adik2ku tidak dapat bersekolah. Katanya lagi, 4 hari hujan tidak henti2.
Tengah hari Isnin, adikku Ayong menghantar MMS. Air bah mula turun sehingga paras pinggang.

-paras air pada tengah hari Isnin-

Sama2 kita doakan bencana alam ini reda secepat mungkin. Sama2 juga kita doakan agar saudara2 kita di Gaza diberi kekuatan menentang musuh agama kita.

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

1 comment:

ummi qarnain said...

Ya Rabbi...kmk x tauk la pa polah mek mun umah mek knak...kecik2 lok ada la cerik banjir..cnun perang,ctok banjir...semoga kesukaran y kt tempuh mengingatkan kt dgn kehadiranNya....