SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, December 15, 2009

PABILA DIUJI DENGAN KATA2 SENDIRI...

“Yalah kau...pande nasehat urang. Dikpun sama juak...”

(“Tulah kau...pandai nasihat orang. Diri sendiri pun sama juga...”)


Kata-kata ini memang teramat sinis pabila ditujukan kepada kita.

Hatiku tertanya, salahkah orang yang berkata2 baik itu?

Salahkah dia memberi nasihat buat sahabat2 yang memerlukan semangat untuk bangun semula? Salahkah dia mengingati semula adik2nya yang mungkin lupa pada dugaan dan ujian Tuhan?

Dan...salahkah dia jika dirinya itu diuji dengan kata2nya sendiri?


“Mood” dan “tone” suara hatiku sekarang ini bukan marah...tetapi sedang bertanya dan berfikir dengan tenang pada diri sendiri agar mendapat jawapannya. Senang dan mudah menasihati, namun diri sendiri jualah yang payah untuk mematuhinya. Mungkin terlupa ketika ia diuji. Kerana manusia itu sifatnya memang pelupa. Namun, tiadalah salah bagi seorang manusia itu mengeluarkan kata2 yang baik andai itulah yang membahagiakan orang2 di sekelilingnya.


Namun, ketika dia diuji itu, pulanglah ke pangkal kata2 dahulu. Hadaplah wajah kepada Tuhan Yang Maha Satu dan pohonlah kekuatan hati. Kerana Dialah PENGUASA hati2 HAMBA2NYA. Tanpa KUASANYA, sungguh kita tiada upaya.


Syaitan sentiasa mencari pintu2 mana yang boleh ia masuk agar HAMBA itu lupa pada PENCIPTA nya. Maka ia akan terus berkeluh-kesah, padahal dia pernah MENASIHATI orang lain untuk REDHA. Maka, pohonlah pelindungan daripada bisikan2 durjana ini. Kita LEMAH, kita LUPA...pada DIA lah kita kembali.

Gelombang yang melanda iman sekarang ini bukan calang2. Mungkin kocakannya agak kuat menghasilkan lamda yang kecil. Kerana itu halaju gelora ini mampu merebahkan kekuatan dan benteng hati. Maka, haruslah untukku mencari material lain untuk membina benteng ini agar walaupun ia dimampat ataupun ditegangkan, ia masih mampu menanggung daya tujahan hidup yang melanda.


Sayyidina Ali radhiallahu anhu pernah berkata: “ MANUSIA SERING DIUJI DENGAN KATA2NYA SENDIRI.”

Yang pasti: “Ad-deenul Naseehah” = Agama itu ialah nasihat.

-SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI SEMALAM-

=)

PABILA DIUJI DENGAN KATA2 SENDIRI...


Thursday, December 10, 2009

BIARLAH TERKANDANG...


Jumaat, 11 Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430H. Setahun bakal berlalu...meninggalkan manusia, semesta alam dan segala isinya. Sesiapa yang terleka akan terus terleka. Dan sesiapa yang tercapai azam dan matlamatnya, maka beruntunglah mereka.

Syukur syukur ya Rahman...empat hari sudah berlalu dalam Semester 2 2009/2010 UIAM. Menghadapi hari2 ini sememangnya penuh debar. 3 minggu sebelumnya tanpa mendengar syarahan pensyarah2 melambatkan sedikit proses “menangkap” maklumat. Tapi, dalam minggu pertama ini, tidaklah banyak modul pengajian yang diterokai. Apatah lagi, minggu ini ramai pensyarahku punyai urusan2 rasmi tersendiri. Jadi... “CLASS CANCEL!!”...

Teringat semasa mula2 masuk semester lepas, Semester 1 2009/2010. Aku pernah mengadu mengalami tahap mengantuk yang luar biasa dari kebiasaan di awal2 semester. Ya Allah...aku pun tidak faham ketika itu. Pabila teringat semula lucu terasa. Sangat berbeza dengan semester ini, semangat luar biasa pula. Alhamdulillah...Allah buka jalan dan buka mata. Mungkin kerana tahap pengajian semakin meningkat dan perlu pada lebih fokus. Inilah permulaan baki2 tempoh pengajianku yang berbaki 3 semester daripada 8 semester keseluruhannya mengikut perancangan. Semoga Allah mudahkan segala urusanku jua sahabat2ku yang lain.

Kukira...bertepatan dengan semester baru dan juga tahun baru yang bakal tiba ini, banyak perkara yang perlu kutinggal2kan di tahun lepas, biar tersimpan rapi dalam sejarah hidupku. Pahit getir, kesusahan dan ujian2 Tuhan yang melanda jiwa, fikiran, mental dan fizikal biarlah terkandang dalam “kandang” tahun lepas. Keindahan itu rupa2nya ujian Tuhan sebenarnya. Keinginan dan angan2 jua rupa2nya adalah ujianNya. Aku sangat merasakan transformasi perasaan dalam jiwa ini untuk menghadapi semester baru dan tahun baru ini. Nisbah ingin menguburkan semua perkara itu sangat kuat mendominasi minda. Bantulah aku ya Tuhan kerana tanpa bantuan sungguh diriku ini tidak berdaya.

Dan, banyak juga perkara2 yang ingin kuabadikan dalam semester ini. Menjadi insan yang lebih BERDISIPLIN itu matlamat untuk mentarbiyyah diri. Yang lain2 itu insyaALLAH semuanya mestilah yang baik2 saja. Perasaan CINTA pada subjek2 sukar harus dipertingkatkan kerana DIA. Kerana DIAlah yang telah menciptakan segala2nya. Maka, harus untukku MENCINTAINYA melalui apa yang kupelajari dalam hidup ini. Bak kata pensyarahku yang mengajar subjek Applied Digital Signal Processing (ADSP), Dr. Momoh: River is analog, Rain is digital. Analogi ini cukup comel dalam menghubungkait penciptaan dengan Penciptanya. =)

RIVER IS ANALOG, RAIN IS DIGITAL... =)

Saturday, December 5, 2009

RINGKASAN DARIPADA SAYYID AHMAD DARIPADA AYAHNYA SAYYID MUHAMMAD (...sambungan)

....sambungan.....

RINGKASAN DARIPADA SAYYID AHMAD DARIPADA AYAHNYA SAYYID MUHAMMAD (pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah)

# Apakah ciri2 mazhab aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperjuangkan oleh Sayyid Muhammad?

#Sayyid Muhammad akan menisbatkan aqidah yang diperjuangkannya kepada Abu Hassan Al-Asyam. Persoalan yang selalu ditimbulkan: Kenapa perlu dinisbatkan kepada Abu Hassan Al-Asyam sahaja?

#Sayyid Muhammad menganggap beliau sebagai seorang yang mengumpulkan nas2 berkenaan hal2 aqidah bukan bermakna mengikut secara membuta tuli tetapi kerana sumbangan beliau.

#Abu Hassan Al-Asyam merupakan seorang yang qadim, jami', mufassir yang mengumpulkan bukti2, dalil2 tentang aqidah daripada tabiin dan sebagainya.

#Atas sebab kerja penyusunan yang baik, Sayyid Muhammad telah memilih buku2 beliau.

#Mengapa digunakan istilah "Ahli Sunnah Wal Jamaah"? - kerana yang lebih dekat dengan kebenaran ialah mereka yang dekat dengan perilaku Rasulullah S.A.W.

#"Salafian"- mereka yang mewakili zaman kegemilangan Islam. Kehidupan mereka menjadi tonggak dan digelar "salafi" - golongan yang terpilih.

#Bagi Sayyid Muhammad, Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang merupakan ulama'-ulama' terbilang dalam ilmu fiqh, bahasa, tafsir dan lain2. Mereka tidak mungkin mengkafirkan orang lain dan tidak mungkin tergelincir daripada jalan sebenar daripada pegangan aqidah.

#Masalah menggunakan hadis daif - Benar boleh beramal dengan hadith daif dalam permasalahan amalan lain. Tetapi tidak bagi masalah pokok seperti masalah aqidah.

#Masalah mengkafirkan orang- sangat bahaya kerana orang2 seperti ini suka memandang rendah orang lain, hanya dia yang terbaik. Apabila agendanya bermula dan diterima, maka akhirnya dia akan menjadi seorang yang kejam, ganas dan radikal.

Friday, December 4, 2009

MY NOTES 1: WACANA PEMIKIRAN AL-MUHADDITH PROF. DR. SAYYID MUHAMMAD IBN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI


11 OKTOBER 2009, MUZIUM KESENIAN ISLAM, KUALA LUMPUR
TEMA: MANHAJ AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

**Nota saya ini adalah berdasarkan rumusan yang disampaikan oleh Habib Hamid dari Palembang, iaitu pelajar Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani. Segala kesilapan dari segi fakta dan maklumat dimohon untuk diperbetulkan. Semoga memberi manfaat. Terima Kasih.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

# Dalam menuntut ilmu, memerlukan 6 perkara antaranya MASA YANG PANJANG, PETUNJUK DARI TUAN GURU, ......

# Lebih lama kita belajar, lebih banyak mutiara yang akan kita dapat.

# Rasulullah S.A.W ketika berada di suatu majlis, di sebelah kanan beliau ialah AHLUL BAIT dan di sebelah kiri beliau iaah PARA SAHABAT dan lain2 ialah TETAMU2 YANG DATANG. Tetamu2 yang datang menjemput Rasulullah S.A.W ke tempat mereka.

#Golongan tetamu yang pertama mengajak Rasulullah S.A.W dan keluarga Baginda.
#Golongan tetamu yang kedua mengajak Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
#Golongan tetamu yang ketiga mengajak Rasulullah S.A.W, keluarga Baginda dan para sahabat.

#Golongan ketiga itulah perumpamaan kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

#Ziarah ke maqam Rasulullah S.A.W- berdoa dan meminta kepada Allah melalui Rasulullah S.A.W

# Dr. Sayyid Muhammad mengajar sehinggalah sekecil2 buku aqidah.

#Ihya' Ulumuddin mengandungi banyak penjelasan tentang aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

#Ramai orang yang menempel dan menunggang aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah TETAPI tidak sama dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar kerana aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah mencaci maki.

#Ada satu golongan menganggap kitab aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah KAFIR - Abuya (Dr Sayyid) pernah berkata golongan inilah golongan PANCAROBA. Apabila mereka ditentang orang ramai, mereka akan tukar aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang digelar KAFIR kepada BID'AH DHALALAH. Kemudian tukar lagi kepada ASLALAH. Kemudian tukar lagi kepada LA YUS TAHSAN (ini yang paling dianggap tak baik)

#Jadi, cara kita ajar mereka ialah ajak berdialog, tolak dengan sopan seperti yang diajar Rasulullah S.A.W. Jika ingin diceritakan kepada oran lain (sebagai pengajaran), jangan disebut nama kerana begitulah kesantunan Rasulullah S.A.W.

#Yang adil dan faham akan mengerti. Yang jahi tidak akan faham2.

#Jaga aqidah kita jangan sampai boleh dibeli dengan wang, pangkat dan lain2. Jangan sampai dibuang. Maka, jaga aqidah kita, samalah kita didik.

....bersambung....

Thursday, December 3, 2009

Jalan Jangan Sik Jalan!! - Kembara Jalan Kaki 2009

Alhamdulillah..tanggal 1 Disember 2009 lepas, aku berkesempatan mengikuti Kembara Jalan Kaki (KJK) 2009 dari Sukma Ria ke Kampung Pasir Pandak. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) - diketuai oleh Saudara Hisyamudin Roslan- , aku diberitahu bahawa ini adalah siri yang ketiga KJK diadakan. Menghabiskan lebih 3 jam perjalanan, ia merupakan satu pengalaman baru bagiku.




Sepanjang perjalanan ini, macam2 perkara aku fikirkan. Hmm...antaranya yang aku boleh ingat hingga sekarang adalah mengenai masa dan dunia.

3 jam adalah tempoh masa yang bersamaan dengan tempoh masa kertas final examku...tempoh yang agak lama jika kita tidak melakukan apa2 perkerjaan. Dalam hati berfikir, kalau bertasbih, bertahmid dan bertakbir dalam hati ketika itu, memuja dan memuji Tuhan yang menciptakan alam semesta...betapa untungnya...

Tentang dunia pula, aku terfikir...apalah yang akan terjadi andai Allah jadikan dunia ini ada penghujung? Dan jika ada penghujung, apakah yang menjadi penghujung kepada dunia? Hehe...sekadar terfikir yang tiada berjawapan.




Menjadi yang paling tua daripada peserta muslimah, aku menginginkan sesuatu untuk diabadikan bersama2 adik2 muslimah. Tempoh pengajian yang lama dan jarak yang jauh tidak memungkinkan aku untuk mendekati adik2 ini dengan lebih dekat sebelum ini. Maka, inilah peluang yang aku gunakan sebaik2nya untuk melonggarkan sedikit keadaan segan2 adik2 ini. Yang paling muda Tingkatan 1 dan yang paling tua Tingkatan 5.

Aku bersama2 HEWI2 lain mencuri masa membuat sedikit "Sharing Moment". Pengisian pada mulanya ialah mengenai ilmu yang disampaikan oleh Saudari Hamidah Mokhtar dan disambung oleh Saudari Ruzanna Kawi. Tiba giliran ku, isi yang berterabur pun berteraburlah...dari ilmu kepada hal ehwal hati, kepada hal ehwal kejayaan dan kegagalan, kepada pengalaman sendiri dari peringkat sekolah hingga universiti.

Ada yang terkejut apabila aku mengakui bahawa aku pernah bersekolah di SMK St. Teresa Kuching (LOVE & SERVE). Aku cuma mampu tersenyum kerana biar adik2 mengerti makna "Don't and Stop jugde a book by its cover". Sesiapa yang MAHU merasai hidup dalam beragama, maka dia akan mencari AGAMA tanpa perlu menghiraukan siapa, dari mana dan bagaimana dia dibesarkan. Terkebil2 mata adik2 ini...sesekali tergelak dengan gaya spontan ku menyampaikan pengisian serba berterabur itu. Apa yang penting, walaupun sekejap, biarlah mereka mendapat manfaat daripadanya.






Kembara kami juga disertai Saudara Zakaria Ahid yang juga merupakan orang lama dalam PERKEPIS. Beliau ialah senior PERKEPIS yang kini menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di Universiti Otago, New Zealand. Mengaitkan kembara ini dengan hijrah dan pengembaraan Rasulullah S.A.W dari Madinah ke Mekah adalah pengisian ringkas yang dibincangkan di tepian pantai Pasir Pandak ketika itu.


Alhamdulillah...selamatlah kembara ini. Skru kakiku bagaikan sudah longgar, mukaku bertukar merah2 dan kepalaku pusing2 sehingga nak minum petang itu pun aku hilang selera akibat penat yang teramat. Jangan sik ncerik kata orang (Jangan tak merasa kata orang)... Syukur ya ALLAH atas nikmat Islam dan Iman...kerana daripadanya terbit kasih sayang di dasar hati2 ini.

-RiNdOk AtI- (=

Saturday, November 28, 2009

HOHOHO!! BALIK KAMPUNGGGG~~~

28 NOVEMBER 2009

WAH3....ini ceritaku balik kampung. Kampung Tangga Mawang, Serian Sarawak adalah kampung kelahiran ibuku. Ia adalah perkampungan Bidayuh kerana ibuku adalah berdarah Bidayuh. Rasa2nya lebih dari 5 tahun aku tidak menjejaki kampung nenekku ini. Selalunya kami akan balik kampung semasa musim Gawai ataupun Christmass untuk menziarahi keluarga datukku (adik nenek) yang beragama Kristian. Alhamdulillah Allah mudahkan. Perjalanan ini disertai Mami, Kakak, Ayong (adik), Anis (sepupu) dan Pak Nen (atok sebelah ayah).


-baru sampai-



-perlu melalui anak tangga ini untuk sampai ke rumah nenek-




-rumah nenek: sudah tiada penghuni kerana nenekku yang sudah tidak berupaya berjalan tinggal bersama kami di Kuching-


-rumah atok-


-kakakku: kopek buah durian setelah kami menghentam buah rambutan kampung-




-makan2: durian, rambutan, buah terap-

-semua tersandar selepas makan-



-ke rumah saudaraku, Ima, lalu dijamu pulak dgn bubur durian-




-inilah sungai tempat kami mandi masa kecil2 stiap kali balik kampung. dulu airnya dalam, sekarang agak keruh dan cetek...(ergh...pembangunan..)-




-nak balik dah...atok memberi bekalan buah2an kampung kepada kami untuk dibawa balik-


-terima kasih atok-

Satu perkara yang ingin kukongsi di sini adalah ketika aku dalam perjalanan ke sungai. Kami terpaksa melalui kawasan rumah orang lain kerana kawasan di situ memang padat. Kami adalah satu daripada 3 keluarga Islam di kampung itu dan yang lain2 majoriti kesemuanya Kristian. Jadi, memang sangat terasa apabila ada mata2 yang memandang ketika kami melalui rumah mereka. Ada juga yang menegur. Nasib baik Ima ada bersama kami kerana jiran2 mengenali Ima. Tambahan pula, kami tidak tahu berbahasa Bidayuh. Setelah diberitahu kami ini anak siapa, barulah mereka tersenyum.

Bukan mempromosi 1 Malaysia, tetapi aku terfikir hidup dalam berlainan agama dan bangsa ini sangat memerlukan toleransi dan memahami antara satu sama lain. Bunyi mudah...tetapi apabila menghadapinya tadi, kecut perut juga dibuatnya.Mudah-mudahan ALLAH terus memberi keamanan di negara kita ini. Maka bersyukurlah selalu... =)

Friday, November 27, 2009

Bila Manusia Berbudi Pada Tanah....

Petang Aidiladha yang panas...cuaca yang agak baik untuk melakukan apa2 aktiviti petang. Aku memandang dari jendela rumah, sepohon pokok rambutan di belakang rumah. Pokok yang kukatakan pada entri yang lepas. Dalam hatiku, daripada tak buat apa2 ni, baik aku menjolok buah2 itu...walaupun sudah diketahui hasilnya tak seberapa. Tapi, setakat saja2 nak mengeluarkan peluh apa salahnya. Lagipun, bila lagi nak buat kerja2 macam ni.? Di UIA manalah ada.

Maka aku pun turun mengheret sebatang galah buluh. Mula2, hasil yang aku dapat bolehlah menutupi tapak bakul hijau yang aku bawa. Terdengar suara adik bongsuku, Amin, menjerit namaku: "Kak Mennnnnnnnnnnn!!!! I'm cominggggggggggg!!!"... Tersengih aku dibuatnya.

Aku dan Amin pun bekerja keras membawa buah2 itu ke tanah. Akhirnya Amin mengambil keputusan untuk memanjat. Kesak (kerengga) menyerang Amin yang ada di atas pokok. Terburai gelak kami berdua.

Sambil mengutip buah2 yang gugur, terdetik di hatiku...beginilah apabila manusia berbudi kepada tanah. Hasil yang dinikmati kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Ini barulah kepuasan...bukan sekadar bermain Farm Ville di Facebook sahaja. Hasil pun tak ada.




Inilah hasil yang kami dapat. Memandangkan dahan pokok rambutan ini, merentasi kawasan jiran belakang rumahku, aku menyuruh Amin memberi sebungkus pada mereka. Rezeki Allah ini baik dikongsikan bersama2.



Hohoho...hasil yang hampir memenuhi bakul ini menimbulkan kepuasan di hatiku. Malam menjelma, penat dan letih menjalar di seluruh badan. Pabila bangun pagi tadi, aku dan Amin mengalami simptom sakit seluruh badan akibat lenguh. Namun, ia adalah kenangan bersama adik bongsuku yang membuatku tersenyum. =)

Tuesday, November 24, 2009

BILA DUA ITIK BERENANG...


"SATU pokok kelapa, DUA itik berenang, TIGA mulut ternganga, EMPAT pendayung sampan, LIMA perut buntal, ENAM ubat nyamuk, TUJUH kapak petani, LAPAN cermin mata, SEMBILAN pokok tauge, SEPULUH pokok kelapa dan sebiji bola..."

Hehehe...inilah lagu tadika ku yang masih ku ingat hingga kini. Semalam ayahku pula menyanyi, "DUA itik berenang". Aku tersengih2...semalam 24 November 2009, genaplah 22 tahun usiaku.

Usia yang Allah masih berikan peluang untukku meminjamnya. Samada aku menfaatkannya atau mensia2kannya.

Ya Allah...Wahai Tuhanku, Perbaikilah untukku agamaku, Yang menjadi pedoman hidupku, Dan perbaikilah untukku duniaku, Yang padanya aku beroleh kehidupan, Dan perbaikilah akhiratku, Yang padanya tempat kembaliku, Dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambah segala kebajikan bagiku, Dan jadikanlah mati itu tempat beristirehat dari segala kejahatan…

Sunday, November 22, 2009

RAMBUTAN WEI!!!

Salam kengkawan....
Alhamdulillah, nikmat Tuhan memang tak putus2....
Sekarang ni musim rambutan la...
Pokok rambutan belakang rumah aku membuahkan hasil yang mengagumkan...

Mak aku dah terfikir siapalah yang boleh memanjat pokok rambutan tu...
Nak dipanggil atokku, dia sudah tidak sekuat dulu untuk memanjat pokok rambutan ini...
Katanya, panggillah siapa2 yang ada galah untuk menjolok buah rambutan...
Rezeki ni bolehlah dikongsi2...

Subhanallah, merah bukan main lagi...
Jiranku bernama Pak Mat meminjamkan galahnya...
Dengan kudrat wanita yang ku ada, aku dan adik2ku pun mengangkata galah buluh yang cangkuknya agak longgar...
Nyamuk..mak aii..menyerang dengan hebatnya...
Akhirnya, dalam 8 ke 10 jolokan tu, dapatlah kami memenuhkan satu plastik merah yang besar...
Tetapi, akhirnya aku tidaklah larat manapun...
Jadi siapa2 yang mempunyai galah tu, jomlah datang ke rumahku...
Ibuku sangat berbesar hati atas bantuan kalian...

Sekian, terima kasih =)