SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, December 25, 2008

SUARAKU TERTINGGAL

Habis sahaja kelas Electromechanical System, Aku dan Saidah bergerak keluar dari kelas E2-2-2 di bangunan Kulliyah of Engineering. Rancak perbualan kami, tiba2 dengan muka yang berkerut, Fakhrul menyapaku.

“Eh Raufa! Mane pegi suare ko?”
“Hehe..tertinggal kat Sarawak,” selamba aku menjawab.

Tergelak dia dan Saidah mendengar jawapanku. Cuti semester lepas kuakhiri dengan Progam Jom Masuk U! anjuran PERKEPIS pusat. Hari ke-2 program suaraku makin lama makin hilang sehinggakan ketika post-mortem Majidah terpaksa menjadi jurucakapku.

Ini kali pertama aku merasakan suara yang hilang. Padahal menjadi AJK Makanan. Bak kata Abg Afham.

“Kitak tok kedak AJK Disiplin indah ilang sora.”

Bilamana Allah nak tarik nikmat bersuara tu, maka tak kisahlah bila saat dan ketikanya. Nak tak nak, ketika mana aku terpaksa memberi arahan dengan suara sesedap itu, ketika itulah aku digelakkan oleh adik AJK yang membantuku.

Namun apa yang lebih mustahak daripada suaraku yang hilang itu adalah respon adik2 peserta program. Sempat aku mencuri kesempatan untuk bersama mereka sewaktu sidang pleno. Majoriti memberikan respon yang agak memberangsangkan. Tidak terlambat kiranya untuk aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada fasilitator2 yang bekerja keras untuk program ini. Sentuhan mereka bukan setakat nasihat2 biasa yang bersifat surface sahaja, tetapi selalu adik2 ini diingatkan tentang hati dan niat agar tidak tersasar dari tujuan asal.

Ini juga kali pertama aku mengendalikan makanan untuk 100 orang. Boleh tahan juga kelam-kabut nya. Dari postmortem pertama hingga yan terakhir, isu makanan menarik fokusku. Ada yang mengadu makanan tidak cukup, lauk sedikit, nasi dibuang kerana peserta masih kenyang dan sebagainya lagi. Aku amat positif menerima kritikan ini kerana aku sedang belajar. Sesungguhnya bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang. Ada yang bersyukur dan ada yang berterima kasih kepadaku. Aku menerima seadanya.

Hari ini sudah hampir seminggu aku pulang ke UIA. Suaraku hampir pulih walaupun ada serak2nya. Semester ini azam dan matlamat mendapatkan pointer yang lebih baik amat tinggi. Teringat pesanan atuk kepada kami semua dalam slanga Simunjannya:

“Blaja mena2…dikpun pande, dikpun untung…”

BELAJAR BETUL2, SENDIRI PANDAI, SENDIRI UNTUNG!!!!!!!!


GAMBAR KENANG-KENANGAN SEWAKTU INDUKSI JMU 2008!





2 comments:

HuRuL_Aini said...

woo...
lama dah x ekot program eh....hahaha.
neway, when u say about ajk makanan, kakak pun nak share something nie...dulu time kakak jd pengarah program dgn budget yg tight, kakak rasa nak marah je bila ajk makanan sediakan makanan yg agak mewah...tp bila sendiri jd ajk makanan...baru faham perasaan bila kita nak beri makan kat orang mesti kita nak bagi yg terbaik kan...apapun...whatever we do, surely we learn something rigth?
neway...cayo2...keep up the good work...

RINDOK ATI said...

hehehe...yupss, always the best. because ALLAH love we finish the work in the best manner =)