SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, December 10, 2008

AKU BERHARTA RUPANYA…

Jauh dari rumahku, sayup2 kedengaran belauan takbir yang terlantun2 dari dinding2 tabir malam. Sekejap bibirku ikut bertakbir menyambut kedatangan Aidiladha esok harinya. Sambil2 itu, aku memerap diriku dalam bilik. Apakah yang telah aku korbankan untuk agamaku, kehidupanku, keluargaku..?


Mood malam ni tiba2 mengarahkan aku menyelongkar meja belajarku. Sejak belajar di menara gading, balik sahaja ke rumah jarang sangat aku duduk saja2 di meja itu.


Habis mengemas meja ini, teringin sekali aku mengabadi cerita mejaku di sini. Sekadar berkongsi rasa 'rindok' tok.

Mejaku ini ada dua laci dan satu ruang bawah. Satu kecil dan satu lagi lebih lebar saiznya. Mula2, kutarik laci yang kecil. Mataku merayap2 melihat apakah yang kusimpan dalam laci ini. Di atasnya tertulis tulisan berbentuk separa bujur seperti pelangi: SEKOLAH MENENGAH BANTUAN ST. TERESA .Di tengahnya pula ada logo sekolahku dulu. Dan di bawah logo itu tercatat: BUKU LAPORAN diikuti namaku berserta tahun dan tingkatan.


BUKU LAPORAN SAYA


Kuselak sahaja halaman pertama, mataku melihat gambar di suatu sudut bawah. Terus aku tergelak…Masya-Allah…orang kata “muka tak bersalah”…hehehe.. Kutunjukkan gambar itu kepada Amin, adik bongsuku, dia turut sama menggelakkan aku.


Aku membaca sepintas lalu prestasiku dari tingkatan 1 hingga 5. Keputusan ujian2 sebelum PMR agak ok, tapi pabila kulihat tingkatan 4 Sains 2..Mak aii!!! Banyaknya merah!!!….huhuhu.. Rupanya2 subjek 3 serangkai (Kimia, Fizik, Biologi). Kulihatku prestasi tingkatan 5 Sains 2, kurang merahnya dari tahun sebelumnya. Nak SPM katakan…buatlah betul2 sikit, kan?? Hehe… Aku lihat pula kedudukan2ku dalam kelas. Kalau buat graf ni, mesti sinusoidal punya. Kalau tak turun, tak naik. Tapi, kalau dah naik, turun pula. Hihihi…apalah yang aku fikir ketika itu.


Suhanallah…pantas benar masa meninggalkan aku. Sudah 4 tahun aku tinggalkan buku itu dalam laci kecil ini. Aku terus mengeluarkan kandungan laci itu. Ada gambar yang siap dibingkaikan. Gambar aku bersama2 barisan pengawas2 sekolah di tingkatan 5.


FORM 5 PREFECT – 2004



Aku ingat lagi, gambar ini diambil di Anna Studio di Satok. Kelihatan Mr. Christopher Tan (Pengetua) di tengah, Pn. Dayang Rahanah (Timb. Pengetua 1) di sebelah kanan, dan seorang guru Cina wanita dan seorang lagi lelaki yang kulupa nama mereka. Tercatat di bawah gambar itu “Form 5 Prefects-2004”. Aku cuba menyebut2 satu persatu nama rakan2ku. Ada yang kuingat, dan ada jua yang kulupa. Astaghfirullah…inilah kelemahanku. Sukar untuk mengingati nama orang, tapi tidak wajah mereka. Apatah lagi, yang sudah lama tidak kutemui.


Sedikit sahaja barang2 di laci kecil. Aku terus menyelongkar laci sebelah dan juga bahagian bawah kanan meja. Bersepah2 … Satu persatu kukeluarkan. Dan ini yang aku jumpa…


INI CERMIN MATA-CERMIN MATA KU DARI DARJAH 5 SAMPAI SEKARANG.

ADA JUGA YANG SUDAH HILANG ENTAH DI MANA.



WAH, BILA MASALAA AKU ADA DAIRY NI??



BEKAS JAM TANGAN DARI TAHUN 2004 YANG MASIH KUGUNAKAN SEHINGGA KINI



KOTAK YANG BERISI KAD2 RAYA, SURAT2 ADIK2 PROGRAM HIKMAH DULU DAN LAIN2



Tersenyum2 sorang2 aku melihat harta2ku ini. Ibuku masuk ke bilik yang juga melihat barang2 itu terus memberikan cadangan agar harta2ku ini….DIBUANG!!!!!!! Hujahnya..buat menyemak aje... Ceh, sabo jelaa…


Aku TIDAK PERNAH sama sekali menyangka bahawa benda2 ini masih lagi wujud di muka bumi ini. Aku tidak pernah berniat pun untuk menyimpan benda2 ini lagi. Lagipun, aku memang tak berapa kisah untuk mengemas meja belajarku ini. Banyak juga barang2 adikku yang masih bersekolah bercampur2 dalam laci itu. Dan yang paling tak kusangka, ada bungkusan kecil gula2 ubat batuk yang “bertapa” entah berapa lama mencair di dalamnya.


Terima kasih kepada adikku, Ayong kerana tidak mengalihkan harta bendaku ini. Semuanya akan kusimpan dalam laci yang sama. Cuma, dairi itu akan kubakar… Malu kalau dibaca orang. Di situ tersimpan rajuk, marah, sakit hati, suka dan duka zamanku muda2 dulu. Membaca dairi itu melihat betapa pemikiranku berubah dari tahun ke tahun. Dari keanak2kan ke arah yang lebih matang. Seperti sekarang ini…bagaimana ia perlu berubah untuk melihat, menerima dan mengubah dunia.

No comments: