SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, November 22, 2008

NENEK

“Penat! Penat! Penattttt!!!”
Dah lama rumahku ini tidak mendapat sentuhanku. Hari baik mood pun baik…aku dan adik2ku, Waiz dan Alan, memulakan projek pembersihan rumah. Semalam Mami, Ayong dan Amin berlepas ke Jakarta, Indonesia. Ayahku pula berlepas ke sana awal 2 hari iaitu 20 November lepas. Makanya, akulah tuai rumah sekarang ini.

Jam sekarang 12.27 tengahari. Sambil melayan kepenatan, aku duduk di meja makan bulat berhampiran dapur. 90 darjah dari meja bulat itu pula kedudukan nenekku duduk. Katanya lapar, maka kusendokkan 2 sudu nasi goreng ke dalam pinggan. Sejak nenek jatuh di bilik air di rumah makcikku 3 tahun lepas, selera makannya berkurang. Dan sejak itu juga, dia menghadapi kesukaran untuk berjalan. Sebelum ini, memang boleh berjalan tetapi perlahan-lahan. Teringat aku sehingga satu ketika, dia terbuang air kecil dalam perjalanannya ke bilik tandas. Pernah aku berbincang dengan ahli keluarga lain tentang hal ini. Namun, malang tidak berbau…nenek jatuh lalu menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam kakinya. Kini, pergerakannya dibantu tongkat besi 4 kaki. Tak tahulah apa istilah sebenarnya.


Nenek bertudung hitam bersama kami sekeluarga


Mula2 dahulu sukar untuk nenek malah keluargaku untuk menyesuaikan diri. Mandi, makan, pakai, dan lain2 perlu bantuan kami. Aku pulang ke rumah 2 bulan selepas kejadian itu. Terkedu aku melihat keadaan nenek mula2 dahulu. Beberapa hari pertama di rumah, aku membantu menguruskan nenek. Apatah lagi ketika itu, ibuku mengajar dan adik2ku bersekolah. Menurut adikku, Ayong, nenek kadangkala degil dan tak mahu dengar kata. Demi mengelakkan nenek terbuang air kecil dan air besar merata tempat, Mami terpaksa membelikan lampin pakai buang untuknya. Itulah yang tidak disukai nenek. Itulah sebabnya Mami kadangkala terpaksa meninggikan suara. Sensitifnya hati si tua, sering kali dia menangis. Tapi, apakan daya kami sekeluarga…masing2 sibuk. Ditambah lagi dengan karenah adik beradik sebelah Mami yang seolah2 melepas batuk ditangga, takkanlah Mami sanggup membiarkan ibu sendiri yang sudah tiada upaya menguruskan dirinya sendiri. Mami beralah…lalu sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga nenek. Bukanlah aku ingin mengaibkan sesiapa, tapi aku sendiri jadi sakit hati dan kecewa dengan sikap mereka. Namun, Mami selalu mengingatkan kami adik-beradik agar terus bersabar dengan semua ini. Layanlah nenek sebaiknya selagi dia masih hidup.

Aku kadangkala hilang sabar melayan karenah nenek dan bukanlah sengaja aku tinggikan suara. Ingatkan aku sorang…rupanya Ayong dan kakak juga terpaksa berbuat begitu. Mami selalu berkata…orang2 tua ni sampai satu tahap dia akan kembali seperti budak2…ulah dan pemikiran mereka. Menjaga dan menguruskan nenek memang satu cabaran yang sangat2 memerlukan kesabaran. Kadangkala, jatuh jua air mata ini mengenang nasib nenek. 3 tahun berlalu…kami sudah mampu membiasakan diri. Dari tahun ke tahun, aku boleh lihat betapa nenek menerima takdirnya. Kakak jua kulihat sudah semakin matang melayan karenah nenek. Ayong…hmm…garang sikit..hehe.. Apapun, kami merasakan biarlah nenek dibuang oleh anak2nya yang lain…kami lebih redha dan rela dia bersama kami.

Kisah hidup nenek memberi seribu satu pengajaran buat kami semua 6 beradiktermasuk juga Waiz. Bila duduk sahaja di meja bulat ini, ada sahaja perbualan tentang nenek yang meruntun hati kami. Contoh sudah ada di depan mata, jangan sesekali diulangi. Jangan sesekali membuang ayah dan ibu pabila sudah punyai keluarga sendiri nanti.

Pernah aku dan abang berbincang, inilah cabaran kita. Cabaran mengubah suasana keluarga. Cabaran untuk mengajak dan mendidik diri dan keluarga meletakkan agama itu teratas di kala senang dan susah. Cabaran untuk kita terjemahkan ilmu2 dari jemaah kita ke dalam kehidupan realiti ini. Kerana hanya agama itu sahaja mampu merubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Kudoakan moga Allah lembutkan hati anak2 nenek dan berikan petunjuk buat mereka.
Nenek bukan orang lain…dialah IBU kepada anak2nya.

Dan, sebagai pedoman kita....:


video

3 comments:

annamlatun said...

Salam,

hargailah dirinya tika dia masih ada...

Sabarlah wahai teman...

bukan semua orang berpeluang untuk bersua muka apatah lagi mempunyai peluang untuk menjaga nenek atau atuk ...

Anda adalah antara yang terpilih...

Bersabarlah wahai teman,

kerana kesabaranmu akan dibalas dengan kesabaran yang setimpal yang mungkin bakal dirimu sendiri lalui tika menjadi seorang nenek nanti...

Hargailah detik bersama orang yang lebih tua...

Kerana diriku termasuk yang tidak berpeluang menatap wajah bersih kedua nenek perempuan ku,

Dan kini, keempat-empatnya telah menghadap Ilahi...

Wallahualam...

SITI RAUFA SUFRINA ABDUL RAUB said...

tengkiu, wani... ;)

HuRuL_Aini said...

salam....
mmg sukar nak jaga org tua kan....tambah lagi kalau cdak x dpt bjalan sendiri lagi...nenek kmk pun baru dimasukkan besi kat kaki lepas jatuh..about a month ago...now, nenek kmk tinggal at my house...masih dalam proses menyesuai diri gne mok jaga nya...tpaksa pakai lampin coz nya mmg x dpt bjalan sendiri....tp insyaALlah ada hikmah disebalik semua tok...selalu mengingatkan kmk bila kita dh tua klak, maybe keadaan kita lebih teruk...so, kena bsyukur atas nikmat pada diri kita sendiri...
sekadar 1 pkongsian...ehe..(",)