SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, November 20, 2008

JIHAD DI RUMAH

"Jihad di rumah, kak?"

Pelik Ana pabila mendengarkan jawapan Kak Ju. Bermain2 persoalan dimindanya...sambil berjalan ke kamarnya, dia cuba menterjemahkan cadangan Kak Ju itu.

Monolog Ana:
"Bagaimana nak berjihad di rumah? Padahal aku terkurung sahaja. Tiada langsung bergaul dengan masyarakat luar. Alangkah seronoknya jika berada di kampusku. Bersama2 dengan sahabatku yang cintakan perjuangan. Bersama2 ke usrah, ke majlis2 ilmu, malah semuanya rajin menelaah buku. Kalau tidak kerana punya sahabat seperti mereka, tak de nyer aku suka pada buku sekarang ni. Hai..kalau cuti je jadi macam ni."

Ana musykil mengapa Kak Ju memberikan jawapan sebegitu. Padahal di rumah melambak2 kerja2 rumah yang perlu disiapkan. Pinggan mangkuk dan pakaian2 kotor bertimbun2....nak sapu takkan habis punyer. Rumah punyalah besar...Macam mane dengan usrah dan aktiviti2 lain.?? Haduuu...ketinggalanlah dia..

Ana sebenarnya tidak gemar jika pulang ke rumahnya kerana ia akan menyekat pergerakannya mengikuti gerakan dakwah yang disana. Pasti ayah dan ibunya bising kerana dia keluar beraktiviti.


Wahai muslimah dan mujahidah sekalian…
Pada hemat kalian, apa sebenarnya maksud Kak Ju dengan JIHAD DI RUMAH?
Cik C pernah merasakan kesulitan ini. Namun, pernah Cik C katakan dahulu...masa itu agen yang mematangkan manusia. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, usia semakin tua…lama-kelamaan Cik C faham makna Kak Ju itu.

Rasa2nya, bukanlah Ana ataupun Cik C sahaja yang berhadapan dengan situasi sebegini. Cik C percaya ramai lagi muslimah dan mujahidah lain yang ‘meragam’ jika tidak dapat bersama2 sahabat2 perjuangan. Tapi percayalah dan fikirlah sedalam2nya, mengapa Allah letakkan kita dalam situasi dan keadaan ini.

Kadangkala, yang lebih parah ada di antara kita sehingga sanggup melawan dan memusuhi ayah dan ibu demi untuk gerakan dakwah dan perjuangan kita. Astaghfirullah…istighfarlah banyak2. Adakah ini hasil gerakan dakwah dan perjuangan yang kita bangga2kan sehingga sanggup mengenepikan orang2 yang melahirkan kita di dunia ini??

Wahai gadis2 muslimah…
Jihad itu luas maknanya…luas juga rangkumannya. Percayalah…di mana2 sahaja pun hatta di rumah sekalipun jihad dan dakwah itu tetap akan berjalan. Janganlah jadikan ayah dan ibu musuh kita…hanya kerana kekangan dari mereka. Fikirkanlah wahai gadis…kita ini makhluk yang bakal melahirkan generasi masa depan. Didiklah dirimu dengan lambakan kerja2 rumah itu kerana di situlah nilai kesabaran teruji. Anggaplah ini sebagai latihan atau ilmu rumah tangga. Ilmu juga…ilmu Allah itu Maha Luas. Dan bukan semuanya kita dapat dari usrah atau majlis2 ilmu semata2. Percayalah, daripada benda2 sekeliling kita pun kita boleh mendapat ilmu.

Memang benar kita akan merasa rindu berjumpa dan berkumpul dengan sahabat seperjuangan. Tapi, dimana pula hendak kita letakkan rasa rindu ayah dan ibu kita. Sudahlah berbulan2 di negeri orang, pabila kembali si anak tiada di rumah pula. Apalah bezanya… Apa2hal pula ingatlah…redha dan restu mereka lebih utama dari segalanya.

Itulah lumrah kita sebagai anak gadis. Berjihadlah di mana2 sahaja. Jika tidak mampu berjumpa dengan masyarakat luar, kita halakanlah jihad dan dakwah kita di bawah skop keluarga. Didiklah adik2 kita, bantulah ibu dan ayah. Teruskanlah dengan slogan amar ma’ruf nahi munkar mu. Dan pintalah nasihat dan ajaran dari mereka. Janganlah kita terus-menerus merajuk hati dan menangisi kegagalan kita di pentas perjuangan luar. Dan, mungkin jua hikmahnya kita lebih banyak masa untuk mendidik diri sendiri.

LA TAHZAN!!!

2 comments:

Suluh Hati said...

Salamun alaik comel...

Alhamdulillah..artikel yang menarik dan bermanfaat. Benar kata comel, setiap kita pasti menghadapi cabaran dalam usaha berjuang dan berpesatuan.
As for me, when I was still studying and stayed in hostel it's quite easy for me to go for usrah or meeting and handle programs. But when i started working, things changed. I started to limit my activities because my parents expect me to be with family at my free time (which is actually my rest time rather than free time). Walaupun hati meronta-ronta merindui perjuangan, akak akur dengan harapan keluarga.

Buat adik-adik yang berjuang, mendapat keluarga yang berfikrah dan memahami adalah sesuatu yang berharga. Hargailah peluang sepenuhnya.

Bagi yang mengalami kesukaran dan kekangan keluarga, janganlah menjadikan ia jurang antara adik-adik dan ibubapa. Ingat, ibubapa adalah keutamaan kita, yang patut kita cintai selepas Allah dan Rasul. Selagi perintah keduanya tidak melanggar syariah, wajib kita patuhi. Sekiranya mampu, terangkanlah tentang perjuangan kita dengan cara yang berhikmah serta tidak menyakiti hati keduanya. Jika mereka memahami alhamdulillah. Jika mereka masih berkeras, akurlah.. Ada banyak lagi cara berjuang; berjuang di rumah seperti kata comel, berjuang dalam arena maya melalui blogging/emel, berjuang dalam lapangan kerja kita, berjuang di kawasan kejiranan kita. Apa sahaja tanpa mengabaikan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta kecintaan pada da'wah. Sentiasa panjatkan doa moga da'wah kita sampai pada hati orang yang dekat dengan kita terutamanya keluarga. Mudah-mudahan ada nilainya di sisi Allah...

SITI RAUFA SUFRINA ABDUL RAUB said...

Dengar kata, kak aisyah ya...kita usaha untuk runtuhkan alasan sik dapat kuar umah di kalangan mujahidah2. Jihadlah dimana2...