SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, November 20, 2008

APA KHABAR, CIK C??

Peperiksaan akhir semester 1 selesai sudah. Cik C melihat pelan perjalanannya sebelum tiba ke tanah tumpah darahnya. Dari UIA Gombak ke UIA Petaling Jaya, Cik C berangkat pula ke Bandar Klang. 4 hari di Bandar Klang, berangkat pula Cik C ke Bandar Shah Alam lalu bermalam 2 hari di sana. Perjalanan diteruskan ke Negeri Darul Takzim selama 4 hari. Dan akhirnya, tiba jua Cik C ke negeri yang dinanti2. Genap 10 hari untuk dia menghabiskan misi ziarah saudara2nya.



Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman. Benar, kadangkala Cik C terbayang2 sahabat2nya yang sudah berada di negerinya pasti sudah mula bersama membantu perjuangan di sana. Dan sememangnya saat2 berkumpul itulah yang dirinduiya. Timbul rasa kesal kerana merancang perjalanan cuti sebegini.

Namun di sudut lain, Cik C mengingatkan diri. Orang2 ini perlu juga diberi perhatian kerana merekalah Cik C mendapat kemudahan di awal2 kemasukkannya ke UIAM setahun setengah yang lepas. Tok neneknya jua pernah bermadah: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Sekurang2nya, kehadiran Cik C dalam misi ziarah ini sedikit sebanyak melahirkan rasa sukacita keluarga2 angkatnya ini kerana hubungan minannas ini bukan sekadar ketika ada kepentingan diri sahaja.

Takdir menemukan keluarga Cik C dengan keluarga angkatnya 18 tahun lalu. Ketika itu, Cik C baru berusia 3 tahun. 12 hari mereka diam di rumah Cik C, sempat mereka tinggalkan mural pemandangan indah di dinding hadapan rumah yang kekal sehingga kini. Itulah sejarah lukisan di dinding rumah Cik C. Selepas itu, terputus hubungan dan dipertemukan semula pada tahun 2005 ketika ibu Cik C menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Makanya, mereka yang kini sudah beranak pinak sudi menumpangkan Cik C sekeluarga di rumahnya di Klang, malah sudi jua menjadi driver sepanjang berada di sana. Sejak itulah, Cik C dan keluarganya diperkenalkan dengan keluarga si suami di Kampung Jalan Kebun dan keluarga si isteri di Kuarters Masjid Negeri, Shah Alam.

Kini sudah 3 tahun silaturrahim ini terus dijaga. Memandangkan Cik C paling dekat dengan mereka, jika ada kelapangan sekali-sekala berambehlah di rumah mereka di Kampung Seri Alam, Klang. InsyaAllah…berkat ziarah ini ia akan berpanjangan.

Namun biasanya kalau Cik C ke sana, pasti jadi penjaga anak2 mereka. Tak pasal2 Cik C terpaksa menemani anak2 ini ke Wet World, Shah Alam kerana menurut abah mereka, sudah sebulan anak2 ini mengajak ke sana. Jadi, tak mengapalaaa…layan… Ada satu malam, ummi budak2 ini kepenatan. Katanya, selepas ini dia kena mengajar mengaji pula di surau terdekat. Jadi, dibawaknya la Cik C ini membantu mengajar mengaji di surau itu. Mak ai!! Cik C ke?? Alhamdulillah…nasib baik budak2 yang datang tidak ramai. Maka, Cik C pun membantu pembacaan mereka sekadar yang tahu dan termampu.


Add VideoAdik2 angkat

Perjalanan ke Darul Takzim pula memakan masa 6 jam. Ini kali pertama Cik C ke negeri Johor. Demi berjumpa dengan kakak yang bekerja di sana. Sampai2 di terminal bas, Cik C duduklah berhadapan restoran. Tiba2, Cik C nampak seseorang merokok. Astaghfirullah…wanita. Inilah akibatnya kalau nak sangat sama dengan lelaki. Bermalam di rumah kakak, kami bertukar2 cerita. Ada juga gossip yang tak perlu Cik C catatkan disini. Hehe…

Namun menurut kakak Cik C, di Johor ini tiada langsung sekolah agama. Kalau ada pun, kena masuk asrama. Kelas KAFA untuk sekolah harian memang tiada. Cik C berfikir, adakah maksudnya, pelajar sekolah harian sekadar mendapat pengajaran agama itu dalam subjek Pendidikan Islam sahaja? Tak percaya Cik C dengan dakwaan ini. Tapi, mungkin sahabat2 dari JB boleh tolong jawab persoalan ini. Mampuslah kalau sistem pendidikan di Johor begitu. Apatah lagi pabila Cik C baca akhbar, berita pelajar SPM yang terlibat samun dan berita mengenai remaja (salah seorangnya OKU) yang membuang bayi kedua2nya dari JB. Mungkin kebetulan kerana jenayah ini berlaku di mana2 sahaja.

Hai…macam2. Dan akhirnya, semalam 20 November selamatlah Cik C berlepas dari Lapangan Terbang Senai ke Kuching. Alhamdulillah…Allah permudahkan segalanya. Menatap wajah ayahnda, bonda dan saudara2ku itulah yang bemakna. Apa2hal pun, FAMILY FIRST!!

No comments: